32 [ end ]

480 52 2
                                    

" Jihoon? Ada nak announce something? Sempena pulang ke tanah air la katakan. " Mic disua, dan Jihoon mengangguk.

Jihoon bangun dari duduk, lalu naik keatas, meraih mic. Kesemua yang berada di situ memberi perhatian sepenuhnya kepada Jihoon.

Nafas dihela lembut.

Mata lelaki ini memandang rakannya yang lain.

Junkyu.

Sujin.

Jihaa.

Adiknya Jieun.

Dan akhir sekali Arissa Nabeeha.

Jihoon menggigit bibir bawahnya. Menunduk seketika sebelum dia kembali memandang semula ke arah rakannya.

Microphone dipegangan dieratkan.

" Aku nak buat pengumuman. "

" Pengumuman apa? Uyyoo mesti nak kahwin dengan Arissa kan? " Usik Junkyu. Sujin dan Jihaa turut ketawa.

" Aku bahagia kat Turkey. Banyak juga benda yang aku belajar. Dan berdirinya aku di sini, aku nak melamar gadis yang aku cintai selama ni..... "

Mata Jihoon berbalik kepada Arissa.

Sebelum senyuman dilepaskan.

" Arissa Nabeeha. "

BLUSHHHH!

Pipi Arissa merona kemerahan.

Apa? Blushing?

" FUYYOOOOO!! "

Kesemua turut bersorak.

" Pergi la naik, tunggu apa lagi? " Sujin dan Jihaa menarik tangan Arissa lalu dibawa keatas pentas.

Jihoon tersenyum, melutut melamarnya gadisnya, menatap wajah yang cantik itu.

Sungguh Ya Tuhan, Arissa Nabeeha sungguh indah.

" Ji... " Lirih Arissa. Matanya berair.

Sungguh kehilangan kata.

" Saya ikhlas nak jadikan awak isteri saya. Jadi ibu kepada anak-anak saya. Dan jadikan awak seseorang yang akan temani saya sampai ke hujung nyawa. Hanya Arissa Nabeeha, tiada yang lain. "

Arissa menggeleng perlahan. Mengelap air mata yang mengalir di pipi.

" Tak, saya jahat, Ji. Saya buat awak sedih. Buat awak kecewa. Saya bukan perempuan yang baik. Kenapa awak tak cari saja yang lebih sempurna, Park Jihoon? " Sayu Arissa membalas.

Bibirnya melengkung menahan tangisan.

Jihoon yang melihat segera bangun, dan tersenyum lebar.

" Saya bukan nak yang sempurna. Saya nak yang sanggup bertahan susah senang bersama saya. Percaya Dan ikhlas dengan saya. Hati Arissa Nabeeha... Sanggup menunggu Park Jihoon tanpa ada rasa mengalah. Takkan saya nak sia-siakan? "

" Ji... "

Arissa menunduk. Cecair daripada mata cuba untuk bertahan daripada jatuh.

" Saya ingat awak dah ada orang lain masa kat Turkey. "

" Macam mana? Kalau hanya Arissa Nabeeha yang mampu buat hati ni berdetak laju. Dan, hanya Arissa Nabeeha yang mampu buat Park Jihoon tergila-gilakan dia. Aunty banyak beritahu saya pasal awak... Sebab dia tahu, yang saya akan halalkan anak perempuannya satu hari nanti. "

Jihoon kembali melutut.

Memandang wajah Arissa yang sudah sembab, tergaris satu senyuman di bibir.

" Sudikah Arissa Nabeeha menjadi bidadari Park Jihoon, dunia dan akhirat? "

------------------

8 bulan kemudian...

" Sayang ni lambat lagi ke? "

" Sabarlah, sikit lagi ni. "

" Janganlah makeup tebal sangat, nanti lelaki lain tergoda macam mana? " Cemberut Jihoon.

" Biarlah, macam lah saya nak tergoda kat diorang balik. "

Jihoon mendekati Arissa.

Cup!

Bibir pink Arissa dikucup lembut.

" You're my perfection, sunshine. "

Kata Jihoon lembut di telinga Arissa.

" Jangan nak goda saya kat sini eh. Jomlah, tadi suruh cepat. " Kata Arissa dalam nada tegas.

" Saya tak goda awak pun. Melainkan kalau sayang sendiri yang tergoda. " Kata Jihoon bersama senyuman menggoda. Tangannya naik memegang pinggang Arissa, lalu ditarik dalam pelukannya.

" Bestnya boleh peluk sayang macam ni. "

" Kenapa? Dulu tak boleh ke? "

" Mana boleh, kan haram. Sekarang, awak dah jadi milik saya. "

" Eh tak! Saya bukan awak punya sorang je tau! " Balas Arissa menggeleng. Jihoon berkerut, memandang Arissa.

" Siapa? Lelaki mana? "

" Lelaki apa? "

" Yang nak kongsi awak dengan saya. "
Balas Jihoon tidak puas hati. Arissa tertawa.

" Anak- anak kita nanti. Awak kena kongsi saya dengan dia. "

Serta merta, wajah Jihoon merona merah. Wajah yang tadi masam kini diserlah dengan senyuman hingga ke telinga.

Lantas pipi Arissa dikucup lembut.

" I love you so much, sunshine. "

" Me too. "

Syukurlah kebahagiaan menjadi milik mereka.

Meskipun badai menimpa, Arissa percaya kesemuanya bakal diatasi dengan mudah.

Kerana hidup Arissa kini, ditemani dengan cinta seorang Park Jihoon.

End


Sekian, 73010 membuka tirai💐

73010 // pjhWhere stories live. Discover now