13

557 56 7
                                    

Sudah seminggu selepas kejadian Jihoon dan Arissa itu berlaku.

Semuanya berjalan mengikut rancangan yang telah dirancang Sujin. Jihaa dan Junkyu hanya mengikut saja.

Dan seminggu juga, Arissa dan Jihoon tidak bersemuka. Tak tahu la mereka.

——

Malam ini, hujan turun dengan lebat membasahi bumi. Hujan turun berterusan tidak henti.

" Jihaa, aku keluar sekejap eh. "

" Hujan hujan macam ni? "

Arissa memandang kearah luar tingkap. Hujan masih lebat.

" Yalah. Aku redah je. "

" Nak aku hantarkan tak? "

" Eh takpe, aku okay. Aku pergi dulu ya? "

" Jalan hati hati. "

Arissa keluar dengan keadaan berpayung, berjalan kaki ke tempat yang ingin dituju.

Tiba tiba,..

DANGG!

" ARGHH! "

Teriak Arissa akibat dentaman guruh itu. Dengan pantas dia terus berlari mencari tempat untuk berteduh dahulu.

Apabila situasi sudah berubah begini tak kan masih ingin meredah?

" Fuhh... "

Arissa melepaskan nafas berat. Tubuh pula dipeluk seerat yang mungkin. Menghalang tubuhnya dari terus menggigil.

Sejuk.

Silap dia juga semasa keluar tadi tidak memakai jacket bersamanya.

Tiba tiba muncul sepasang tangan yang memakaikan nya jacket. Menghalang tubuhnya dari terus kesejukkan.

Arissa mengangkat muka. Memandang gerangan yang melakukan itu kepadanya.

Argh, dia ini.

Jihoon.

" Ji? Awak-- "

" Awak sejuk. Takkan saya nak biarkan girlfriend saya menggigil sorang sorang kat sini? "

Jihoon tersenyum.

" Awak.. buat apa kat sini? "

" Jihaa call saya. Kata awak keluar, tak balik balik. Saya pun nekad pergi keluar cari awak. Tiba tiba saya nampak awak kat sini. "

Arissa kaku. Sungguh, dia terharu. Sanggup keluar waktu hujan deminya? Sweetnya boyfriend saya!

" Awak masih sejuk ni. Jom masuk kereta? Saya hantar awak balik. Takut nanti awak selesema pula. "

Arissa mengangguk. Kaki diatur menuju ke kereta milik Jihoon.

---------------

Jihoon memasuki drive thru Starbucks. Arissa hanya diam. Mungkin Jihoon ingin membeli coffee buat lelaki itu sendiri.

" One hot caramel macchiato with three shots of espresso. One hot chocolate. "

" Anything else sir? "

Jihoon memandang Arissa.

" Awak nak apa apa tak? Donut ke? "

Laju sahaja Arissa menggeleng.

" No, thanks. Itu saja. "

" Baik, sila bayar depan ya. "

Jihoon kembali menaikkan tingkap keretanya semula.

" Tolong ambilkan card dalam wallet saya. " Jihoon mengunjukkan dompetnya yang berada diatas dashboard.

Arissa tanpa banyak bunyi terus mengambil dompet tersebut.

Arissa membuka dompet milik Jihoon. Fuh, gila tebal duit dalam dompet dia. Ada la mungkin dalam lebih 100 keping duit.

" Card ke cash? "

" Card, sunshine. " Sudah dikata card, boleh tanya lagi card ke cash. Haih.

Arissa menggigit bibir bawahnya. Ini kali pertama Jihoon memanggilnya dengan panggilan 'sunshine'. Namun, dia biarkan saja. Yalah, dah jadi boyfriend kan?

" Card yang mana satu? " Arissa menggaru kepala yang tidak gatal. Banyak sangat card dalam dompet dia ni, sampai ketat dibuatnya.

" That black one. "

Arissa mengangguk. Dengan pantas dia menarik black card tersebut dan dihulurkan kepada Jihoon. Jihoon menarik card tersebut sebelum dia memberi kepada cashier.

Dalam pada menanti minuman mereka sampai, masing masing hanya selesa untuk diam.

" Sir... "

Lantas, Jihoon memandang kearah pekerja Starbucks itu. Dua cawan kertas yang bersaiz venti dihulurkan kepada Jihoon lantas lelaki itu terus saja mengambilnya.

" For you... "

Jihoon menghulurkan cawan kertas yang berisi coklat panas itu kepada Arissa.

" Untuk saya? "

" Yes, sunshine. "

BLUSHHH!

Arissa mengambil cawan kertas itu pada akhirnya. Bibir cawan didekatkan pada bibirnya lalu dia meneguk coklat panas itu setelah ditiup sedikit. Badannya terasa lebih segar setelah tegukan demi tegukan mulai jatuh ke tekak.

Jihoon tersenyum kecil sebelum dia juga meneguk hot caramel macchiato miliknya. Setelah itu, dia meletakkan cawan kertas itu pada cup holder.

Handbrake kembali diturunkan sebelum keretanya mulai meluncur keluar dari kawasan cafe minuman itu.

-----------------

Almari solek didekati lalu Arissa mengambil salah satu botol losen. Disapunya pada bahagian pergelangan nya. Memang routine nya setiap malam, selepas sahaja menyapu skincare pasti akan menyapu losen pada tangan.

Ting!

Bunyi telefonnya. Menandakan seseorang baru sahaja menghantar mesej kepadanya.

Namun, telefon yang berada diatas katil dia endahkan sahaja. Malas mahu menjawab lagi. Orang tengah sapu losen ni jangan nak kacau!

Ting!

Bunyi itu lagi.

Ting!

Argh, serabut la pula. Lantas Arissa bangun dan menuju kearah katilnya. Telefon yang berbunyi tadi dicapai. Mesej dibuka dan dibaca.

" Hi, Arissa. "

" Awak free tak weekend ni? Saya ingat nak ajak awak keluar. "

" Kalau awak busy, it's okay kita boleh pergi lain kali. "

Mesej itu ditenung lama. Berfikir sama ada jadualnya hujung minggu ini sudah penuh atau tidak. Selepas itu jari jemarinya pantas menaip untuk membalas pesanan tersebut.

" Hi, Ji. "

" Saya rasa saya free. Boleh je kalau awak nak bawa saya keluar. "

Tidak lama menunggu, telefonnya kembali berbunyi.

Ting!

" Okay, set! See you this weekend, sunshine! "

Pipi Arissa merona merah. Argh panggilan itu. Sejak dah jadi boyfriend ni suka betul Jihoon memanggilnya dengan panggilan 'sunshine' . Membuatkan hatinya membunga.

73010 // pjhWhere stories live. Discover now