27

399 45 4
                                    

Tok! Tok! Tok!

Dengan perlahan, pintu terbuka. Terpampang wajah seorang wanita yang bakal menjadi mama mertuanya nanti.

Mama Arissa.

" Eh Harraz? Kenapa ni? "

Mama memandang wajah Harraz yang seperti cuak itu.

Dan kemudian memandang kearah Jihoon yang disebelahnya atas bawah.  Terus mama terasa sesuatu.

" Aunty, Arissa ada datang sini? " Soal Harraz. Hanya dia saja yang berbicara sementara Jihoon hanya mendiamkan diri.

" Dia ada kat atas dengan Sujin dan Jihaa. "

Harraz melepaskan nafas lega. Jihoon masih lagi diam. Kadang jika bertentang mata dengan mama Arissa, dia akan melakarkan senyuman.

" Err, dia ni siapa? " Soal mama sambil mata tertuju kearah Jihoon.

" Err, dia... "

" Saya kawan Arissa. "

Ucap Jihoon dengan tenang. Mulutnya tidak lenggang dari senyuman.

" Ouh, Arissa tak pernah bagitahu pun dia ada kawan lelaki. "

" Macam tak kenal Arissa tu kan suka sangat rahsia dengan aunty. " Harraz berkata.

" Yelah. Jom masuk? Kebetulan aunty ada buat cookies. Nak rasa? "

" Wow, lazat! Ofc, nak! " Harraz terlebih dahulu melangkah masuk. Diikuti juga Jihoon dibelakang.

" Ma, boleh tak Beeha nak– "

Terhenti seketika langkah si gadis. Terkejut dia apabila turun dari tangga, ada dua sosok tubuh yang dia cuba sekali untuk elak dari berjumpa sekarang.

Seorang, dia ingin mengelak kerana sakit hati. Sorang lagi, ingin mengelak kerana ingin merelakan pemergian.

Dua laluan yang berbeza kan?

" Apa diorang buat kat sini ma? " Soal Arissa. Nadanya juga agak sedikit tinggi kepada mamanya.

" Tak baik tanya macam tu, Nabeeha. Tadi diorang ni datang cari Beeha, lepas tu mama ajak la makan cookies yang baru mama buat ni kejap. Tak salah kan sayang? "

" Salah! Sebab Beeha tak nak diorang ada kat sini! "

Arissa kembali membuka langkah menuju ketingkat atas. Ingin mengadu kepada Sujin dan Jihaa di dalam bilik la tu.

" Eh budak ni dah pandai nak tinggikan suara? " Bebel mama.

" Biarlah aunty. Maybe hati dia masih panas tu. Tunggu dia reda sikit. "

" Korang gaduh? "

Harraz dan Jihoon berpandangan antara satu sama lain. Sebelum Harraz menggeleng.

" Eh tak, cuma ada salah faham sikit. "

" Kalau ada salah faham, patut selesaikan secepat mungkin. Jangan bagi ego tu kuasai diri. Nanti semuanya akan musnah. Faham kan maksud aunty? "

" Err, faham aunty. "

--------------------

" Hah? Diorang buat apa kat sini? " Soal Jihaa bersama kerutan dahi.

" Aku tak tahu. Aku turun je, terpancul Jihoon ngan Harraz tu kat sofa. "

" Tak, yang Harraz tu aku tak pelik sangat. Tapi Jihoon tu asal boleh ada? "

" Mana aku tahu ko ni– "

Tok! Tok! Tok!

" Beeha, Harraz nak jumpa Beeha kat luar. "

" Tapi Beeha tak nak jumpa dia. "

" Pergi la, sayang. Dia tunang Beeha sekarang. Tak baik buat dia macam tu. " Lembut mama berkata. Arissa hanya menunduk. Dan dengan perlahan, dia mengangguk.

" Okayy. "





Gadis ini menapak turun kebawah, diikuti bersama mama dibelakang.

" Arissa... "

" Kita cakap kat luar. "

Akur, Harraz mengikut langkah Arissa menuju ke luar rumah bersebelahan kawasan yang penuh dengan bunga bunga tanaman mamanya.

" Ada apa ni? "

" Harraz nak minta maaf, sebab tinggalkan Arissa kat tepi jalan. Sumpah, Harraz tak sedar pun apa yang Harraz buat tadi. "

Diam.

Arissa tidak berkata apa apa.

Hanya mata yang memandang tepat kearah mata Harraz.

" Kenapa bawa dia? "

" Huh? "

" Jihoon. Kenapa dia ada kat sini? "

" Harraz yang minta dia ikut sekali tadi, sebab nak cari Arissa. "

" Lain kali, jangan nak libatkan orang lain dalam masalah kita. Dia tu bukannya sesiapa pun. "

Harraz terdiam seketika.

Apa? Bukan sesiapa?

" Tapi dia dulu yang– "

" Itu dulu. Sekarang, dia bukan sesiapa lagi. "

73010 // pjhWhere stories live. Discover now