18

497 54 12
                                    

Nangis.

Nangis.

Dan nangis.

Sujin mengeluh halus. Di pangkuannya ada Arissa yang sedang menangis teresak. Yang tidak henti dari tadi.

" Dah la tu, Rissa. Sampai bila nak macam ni? " Sujin mula bersuara.

" Sampai Jihoon call aku balik! "

Sujin mengerut dahinya. Pening dengan kisah percintaan kawannya.

Banyak sangat masalah.

" Arissa, kau sendiri yang tinggalkan Jihoon. Kenapa nak sedih pulak? " Jihaa bersuara.

" Excuse me? Aku? Dia! Dia yang tinggalkan aku tau. Dia dah pun mengalah. Lelaki jenis apa tu?! "

" Dia tak mengalah, Arissa. Dia cuma nak yang terbaik untuk kau sebab dia sayangkan kau. Kau pun tahu yang kau dengan Jihoon tak akan bersama? Dia fikir pasal masa depan korang. "

" Fikir apa kalau masa depan kitaorang pun dia yang rosakkan? "

Jihaa dan Sujin saling berpandangan.

Arissa tidak faham.

Jihaa dan Sujin tahu yang Arissa terlalu cintakan Jihoon. Siapa je tak suka lelaki penuh effort?

" Nanti kau slow talk dengan dia ya? Dia pun sayang kau kan? Aku tahu dia susah nak move on. "

-----------------------

Pintu dibuka, terpampang wajah insan yang dirindui muncul. Lantas dia berlari.

" Mama! "

Tubuh sang ibu dipeluk erat.

Rindunya!

" Nabeeha sihat? "

" Sihat lepas jumpa mama. "

Arissa tersenyum. Benar, jika diikutkan sekarang dia sedang demam. Sudah seminggu. Tapi tak begitu teruk.

" Nabeeha pergi la naik bilik dulu. Mama nak kena tunggu kedatangan tetamu dulu. Sambil tu boleh Nabeeha jumpa diorang sekali. "

Arissa berkerut dahi. Kenapa nak jumpa dia pula?

Bagasi dicapai lalu diangkat naik ke bilik. Mujur tidak berat, jadi mudah la untuk dia mengangkatnya.

-----------------------

" Nabeeha.. "

Mama mengetuk pintu bilik Arissa berkali kali.

" Ya, ma? " Jerit Arissa dari dalam bilik.

" Jom keluar, tetamu kita dah sampai tu. "

" Okay, kejap lagi Beeha keluar. Nak kemas baju ni kejap. "

" Keluar tau. Jangan tak keluar pula. "

Arissa turun dari katil lalu tudung sarung dicapai.

Siapa tetamu mama tu? Kenapa nak jumpa dia pulak?

Kaki dibawa kearah ruang tamu. Dapat didengari bunyi gelak tawa mama dan tetamunya. Tak tahu la apa yang diboraknya.

" Cantik kan? Itu Harraz la yang pilih. Katanya Arissa tu suka corak yang biasa biasa. Tak suka yang melebih ni. "

Terkebil kebil Arissa dihujung ruang tamu. Jadi sebab ini ke mama menyuruhnya untuk turun?

Ada Harraz dan mummy dia. Seperti satu musibah. Bye, nak lari masuk bilik balik.

" Nabeeha, kenapa tercegat je kat hujung tu? Sini la duduk sama. "

Dan dua pasang mata teralih kearahnya. Gulp! Rasa nak lari.

Mata Arissa merenung tajam kearah Harraz. Tersenyum senyum. Aku lempang kang!

Kaki Arissa menuju kearah mama. Berat pula rasa pada setiap langkah.

Mama memberikan ruang untuk Arissa duduk disebelahnya. Betul betul di hadapan Harraz. Rasa panas hatinya.

" Nabeeha, mak long datang ni sebab nak tanya pendapat Nabeeha pasal cincin. Nabeeha suka tak design yang ni? " Kata mama. Arissa hanya memandang cincin itu dengan pandangan kosong.

" Kalau tak suka, mak long boleh suruh Harraz tukar yang lain. Lagipun, ini untuk hari tunang Nabeeha nanti. " Kata mummy Harraz pula.

" Suka hati la. Beeha okay je yang mana mana. Mama dengan mak long uruskan je la mana suka. "

Kesemuanya hanya tersenyum. Kecuali Arissa. Gadis ini jelas nampak sedih. Namun, dia tak nak la nampak terlalu menonjol kesedihan itu.

Selepas selesai sesi perbincangan, Arissa melangkah naik ke bilik.

Telefon diambil, lalu menekan nekan nombor seseorang untuk dihubungi.

" Hello, Sujin? Aku nak bagitahu ni. Dua minggu lagi aku dah nak tunang. "

73010 // pjhWhere stories live. Discover now