26

423 46 6
                                    

" Seatbelt sila pakai. "

" Okay. "

" Klik kan dia, tercabut nanti. "

" Ya, okay. "

" Tali dia tu biar ke depan, jangan letak belakang kepala. Bahaya. "

Arissa mendengus. Matanya tajam memandang Harraz di tempat duduk pemandu.

" Harraz kenapa ni? Rissa tahu la apa kena buat. Jangan nak beria sangat. "

Kerut Arissa. Dia memandang ke hadapan dengan dengusan.

" Kena ingatkan. Arissa bakal isteri saya, mestilah kena jaga semuanya. "

" Kita baru tunang, encik Harraz Naufal. "

" Salah ke kalau saya nak jaga keselamatan tunang saya? "

" Salah! Sebab berlebihan. Dulu masa naik kereta dengan Jihoon, ada je masa tak pakai seatbelt. Tak pernah accident pun. "

" Berduaan dengan yang bukan mahram, bagus sangat ke tu Arissa Nabeeha? "

Arissa menggulingkan mata.

Tak habis habis nak tunjuk bagus!

" Itu kisah lama kan? Rissa dengan Jihoon pun dah lama putus. "

" Walaupun dalam hati masih saling sayangi? "

Arissa mendengus. Nafasnya ditarik kasar.

" Harraz ni nak melebih kenapa hah? Annoying betul. Jihoon pun tak pernah larang apa Rissa nak buat. Dia sentiasa sokong Rissa. Sampai kat Harraz, habis semua rosak! " Teriak Arissa.

Dia mengeluh frustasi.

Letih la layan lelaki macam ni, tumbuk muka kang.

" Arissa bakal isteri Harraz sekarang. Tanggungjawab yang Harraz perlu jaga. Tudung tu? Bila nak labuh? Nak tunjuk dada tu kat semua orang tengok? Pakaian tu pakai la loggar lagi sikit. Stokin tu sebelum keluar pakai. Suka la tu tayang aurat kat lelaki lain? "

" Turunkan Arissa sekarang. "

" Huh? "

" Turunkan Arissa tepi jalan ni sekarang. Tak faham ke? "

Harraz memberhentikan kenderaan di simpang jalan. Matanya tunak memandang kearah Arissa sebelum tangan Arissa cuba diraihnya.

PANG!

" Apa main pegang je tangan orang ni? Tadi konon macam pak ustaz, mana adab dengan perempuan?! Jihoon pun tahu minta izin sebelum sentuh Arissa! "

Gadis ini menapak keluar dari kenderaan. Matanya juga berderai menjatuhkan air mata.

Perkahwinan dengan Harraz?
Hanyalah suruhan mama. Katanya perlu ada seseorang untuk menjaga Arissa bila dia sudah tiada nanti.

Jawapan tak masuk akal!

Bullshit je semua ni!

---------------

BURGHH!

" WOI! KAU PAHAL NI? GILA KE? " Teriak Jihoon. Pipinya bengkak akibat tumbukan Harraz segera disentuh.

" Mana kau bawa lari Arissa hah?! "

" Aku? Pahal aku? " Desis Jihoon.

" Aku tahu kau dah sorokkan Arissa. Pulangkan baliklah sialan! "

Jihoon mengepal penumbuk. Cuba menahan dirinya yang mulai memanas.

" AKU CAKAP BUKAN AKULAH! KAU PAHAL NI?! ARISSA HILANG?! "

" Arissa hilang lepas aku tinggalkan dia kat tepi jalan. Sekarang mana dia? Aku tahu kau sorok dia! "

" Kejap, apa kau kata tadi? "

Mata Jihoon tunak memandang Harraz dengan tajam.

Tangannya mengepal penumbuk dengan kuat.

Rahang tegasnya diketap tajam. Bagai musuh ingin mengoyakkan mangsa.

" Kau-- tinggalkan Arissa kat tepi jalan? "

" Pahal? Ada masalah? "

BURGHH!

BURGHHH!!

BURGHHHHHHHH!!!!!!

" KAU TAHU TAK SEJAK AKU KENAL DIA, AKU TAK PERNAH LAGI NAK TINGGALKAN ARISSA TEPI JALAN MACAM TU! KAKI CANTIK TU TAK LAYAK BERDIRI ATAS JALAN TAR! APA KAU DAH BUAT DENGAN SUNSHINE AKU HAH SIALAN??!!! "

Jihoon menggila.

Amarahnya sudah tidak dapat dikawal lagi.

" Aku nak.. minta tolong kau.. carikan Arissa untuk aku. . " Penuh berhati Harraz berkata. Jihoon sudah mulai mereda.

" Bila dia hilang? "

" Pagi tadi. "

" DAN KAU BARU NAK BAGITAHU AKU?! EI, KAU NI MEMANG NAK MUKA PECAH KE APA?! "

" Maaf, aku cuma nak kau tolong aku carikan tunang aku. Dia hilang sekarang. "

" Habis tu nak kena buat apa ni? "

" Pergi rumah mama dia, bagitahu mama dia. "

73010 // pjhWhere stories live. Discover now