prolog

623 37 14
                                    

Tuan Kwon memijat pelipisnya yang semakin memamah usia. Rasa gusar di hati tidak pernah hilang.

Dengan anak daranya.

Kwon Hana.

Bukan tak pernah menegah, tapi lelaki ini pun ada perkara juga yang perlu dilaksanakan.

Dan dalam diam dia mengharapkan supaya anak gadisnya memberi keamanan.

Tapi semuanya hampa.

Tuan Kwon kehilangan isterinya seawal usia Hana 10 tahun. Kanak-kanak perempuan yang baru ingin mengenali dunia kehilangan kasih sayang ibu yang sering memanjakannya.

Kerana serangan jantung.

Dan kini sudah 8 tahun berlalu.

Anak daranya sudah mencecah angka 18 tahun.

Tuan Kwon tahu Hana pandai menjaga diri cuma si anaknya itu terlalu liar. Berfoya-foya, clubbing, dan alkohol.

Semuanya dilakukan bersama si kekasih hati.

Park Jihoon.

Ah lelaki itu cuma tua 2 tahun dari Hana.

Lelaki kelahiran busan itu yang menjadi pilihan hati si anak. Tuan Kwon bersyukur kerana Hana sudah mempunyai si pemilik hati. Yang selalu ada bersama dan menjaga anaknya.

Namun bukan Jihoon.

Tuan Kwon lebih kepada tidak mempercayai Jihoon. Seperti ada muslihat disebalik lelaki itu.

Deringan telefon mengejutkan lamunan Tuan Kwon yang sedang berfikir. Dengan pantas, panggilan dari pembantu peribadinya diangkat.

" Jumpa Hana? "

" Dah Tuan. Ada kat club dengan Jihoon. "

Tuan Kwon pantas menggeleng. Memang dia sudah agak anaknya bersama lelaki itu.

Pulangnya Tuan Kwon ke rumah tadi tercetus rasa debar apabila melihat Hana dan keretanya tiada di rumah.

Dan dapat dia agak yang anak gadisnya itu tidak pulang ke rumah selepas tamat waktu sekolah malah pergi berjumpa si kekasih hati.

Tuan Kwon melepaskan nafas halus.

Cukuplah selama ni dia beri Hana peluang.

Sudah tiba masanya dia bertindak sebagai seorang ayah.

~

" Kenapa you nampak macam tak enjoy je malam ni? " soal si kekasih. Jihoon merapatkan lagi kedudukannya dengan Hana.

" I don't know, rasa macam malas. Kat sekolah tadi banyak assignment kena siapkan. Exam pun makin dekat. Rasa penat. " Hana menggosok-gosok matanya yang semakin penat. Rasa mengantuk mula menguasai diri.

" Kalau macam tu, you baliklah dulu. Next time baru kita enjoy ya sayang. " Jihoon melakarkan senyuman. Hana mengangguk lalu mencapai beg sekolahnya untuk pulang.

~

Hana perlahan menapak masuk. Jam sudah menginjak ke angka 9 malam. Salahnya juga, terlalu berseronok dengan si kekasih sehingga lupa yang esok dia harus ke sekolah.

" Baru jumpa jalan pulang ke Kwon Hana? "

Tersentak, Hana membulatkan mata memandang sosok tubuh yang sedang berdiri bercekak pinggang. Sebelum nafas dihela kasar.

" Papa.. "

" Hana pergi mana huh? " keras suara si ayah bertanya. Kerisauan dihati masih lagi ada.

" Err, tadi lepas sekolah Jihoon ajak perg- "

" Pergi mana? Clubbing?! "

Hana menunduk. Jarang sekali si ayah memarahinya. Tetapi kali ini jelas Hana lihat yang papanya benar-benar marah.

Tuan Kwon menghela nafas kasar. Jarang dia memarahi anaknya. Dan kalau boleh dia tidak mahu marah. Tapi anaknya kali ni dah melampau.

" Papa tak pernah ada dengan Hana! Selalu busy dengan company! You never ask me what I'm doing, or am I okay that day! Stop being possesive! "

" Kwon Hana! "

Dan jeritan Tuan Kwon berjaya mendiamkan mulut mungil gadis itu. Tuan Kwon mendudukkan dirinya di kerusi ruang tamu. Hanya mereka berdua di situ. Pembantu rumah dan pekerja lain sudah diarahkan untuk pulang awal.

Biarlah ini dijadikan perbicaraan antara ayah dan anak sahaja.

" Esok tak payah dah drive sendiri pergi sekolah. "

" Huh? "

" Papa dah upah orang untuk jadi Hana punya driver. Dia akan hantar Hana ke sekolah, dan ke mana sahaja. "

" Perlu ke sampai hantar ke mana saja? "

" Yeah. Kalau tidak buat apa papa upah dia? "

" Hana tak nak. "

" Terima atau papa tarik balik kereta, and kredit kad. "

Mr. Perfectly fineWhere stories live. Discover now