12

235 28 8
                                    

" Kau lapar tak? " soal Haruto. Hana hanya mengangguk. Laparlah juga. Dia last makan pun pagi tadi.

" Nak makan apa eh? "

" Kau nak apa? Nanti aku cuba masak. "

" Kau pandai ke? "

" Tak. Tapi aku nak try. " Hana pantas tersenyum. Sudah tiba masa untuk dia lakukan tugasnya sebagai isteri, menjaga keperluan Haruto.

Haruto fikir sejenak. Tekaknya terasa ingin makan mi pula.

" Soba? "

" So-- what? "

Haruto tertawa melihat si isteri tidak tahu apa itu soba. Soba merupakan makanan jepun iaitu mi nipis yang dihasilkan daripada tepung buckwheat dengan tepung gandum. Bezanya udon, udon lebih tebal.

" Makanan jepun. Favorite aku tu. "

" Oh, boleh. Aku try buat kalau kau nak. Pergi la keluar beli barang apa patut. "

-

Hana menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dari tadi lagi dia melihat tutorial ingin membuat soba di internet. Sudah berpuluh video, tetapi masih lagi tidak mengerti.

Waduh Haruto, kenapa minta benda yang susah sangat nak dibuat!

" Kau okay? " tegur satu suara.

" Haruto, aku tak pandai la nak buat. "

" Baru pertama kali, memang tak pandai lagi. Lama lama nanti mesti okay. Sini aku tolong. " dengan pantas tangan itu mencapai pisau serta sayur sayur untuk dipotong.

Hana buntu, apa dia perlu buat?

" Kau ambillah mi tu. Pergi rebus dengan air panas sampai lembut. Aku buatkan dia punya sos kicap. " Hana mengangguk. Dia mengambil mi soba itu lalu direndamkan ke dalam periuk bersaiz sederhana.

Sobu ini lebih kurang seperti spaghetti jugalah, perlu mengambil masa juga untuk biar ia sehingga lembut.

Hana hanya memerhati Haruto yang sibuk membuat sos kicap sobu ini. Tak sangka dia yang lelaki ini sebenarnya handal juga dalam memasak.

Hatinya terusik melihat Haruto. Beruntung dia dapat menjadikan Haruto ini sebagai suami.

Terus Hana menggeleng.

Eh Hana, ingat kau ada Jihoon!

Jihoon pandai masak? Rasanya tidak.

" Hana, boleh kau tengokkan sos kicap ni sekejap? Dah nak siap ni, nanti kau tinggal campak campak je sayur yang aku dah potong ni dalam ni. Kacau sikit lepas tu boleh la angkat. Aku nak mandi sekejap. " Hana mengangguk. Oke, dia faham apa perlu buat.

Hanya campak campak sayur sikit kemudian hidangan itu sudah boleh diangkat.

Terus Haruto menapak ke atas, menuju ke biliknya untuk mandi.

Senyap senyap, Hana mengekori langkah Haruto ke bilik.

Sesudah tapak kaki itu masuk ke dalam tandas, Hana memerhati sekeliling.

Okey, Haruto dah masuk toilet!

Hana pantas masuk, melihat sekeliling sebelum bunyi pancuran menangkap perhatiannya. Dia berfikir seketika sebelum almari dibuka.

Baju Haruto diperhati sekilas lantas sehelai baju bersama seluar diambil.

Dia kaku sebetar.

Erm....

Dengan laju, tangannya meragut seluar dalam milik Haruto dan disorok dibawah baju. Fuh, sempat.

Gadis itu meletakkan semua kelengkapan di atas meja sebelum dengan pantas dia berlari keluar menuju ke dapur semula menyedari Haruto sudah selesai mandi.

" Aik? "

Haruto tertawa menyedari bajunya sudah disiapkan. Usai memakai baju, dia menapak ke dapur.

" Banyak juga kau rebus mi tu tadi. " kerut Haruto sebaik sahaja tiba di meja makan. Hana tersengih lalu memberikan satu pinggan kepada Haruto.

" Cuba kau rasa dulu. "

Tanpa membuang masa, Haruto mencapai chopsticks kemudian menyuap soba itu ke dalam mulut.

" Sedap. Aku suka. "

" Makan la sampai kenyang. " selepas itu, Hana pula mencapai chopsticks lalu menyuap soba itu ke dalam mulut.

Jujur di sudut hati Hana, makanan jepun yang ini agak sedap. Walaupun dia bukan peminat yang jenis makan mi, tapi dia suka yang jenis ini.

Gila tak suka? Suami kiter yang masak la wei.

-

Hujan lebat turun mencurah curah disertai petir kilat yang menyambung.

Hana sudah terlebih dahulu berselubung di dalam selimut. Dia takut akan kilat.

Dahulu, kalau ada kilat macam ni pasti papa solusinya untuk dia hilangkan rasa takut. Pelukan hangat itulah yang menjadi pelindung.

Tetapi itu dulu. Sebelum papa pergi meninggalkannya. Dan sekarang dia hanya seorang.

Petir diluar semakin banyak menyambung, membuatkan gadis ini lebih takut.

DANGGG!

" ARGHHH! " terus dia berlari, menuju ke bilik si suami. Tanpa mengetuk pintu, terus dia cerobohi masuk bersama blanket yang tadinya di tangan.

" Hana? Kenapa ni? "

" Ada petir la aku takut. "

" Tak payah takutlah, aku ada. Just hug me if you're scared. "

DANGGG!

" ARGGHHHH! " dengan langkah yang sarkastik Hana memeluk erat lengan Haruto. Langsung tidak pedulikan reaksi terkejut dari Haruto.

Biarlah mamat ni fikir dia gatal. Dah dia memang takut, nak buat macam mana?

" Hana, I think you better sleep right now. " kata Haruto mendatar.

" Aku nak tidur dengan kau. " dengan langkah yang sarkastik Hana menekup mulutnya. Alamak, terlajak cakap la pula.

Haruto melakarkan senyuman. Eleh, suka la kau yeee.

" Boleh, tidur lah. "

Hana tidak berkata apa malah terus meletakkan kepalanya ke bantal untuk tidur. Hana memusingkan badannya ke arah bertentangan. Tidak mahu tidur menghadap Haruto akibat menanggung malu!

" Tak baik tidur membelakangkan suami kau tahu? "

Haalah dia ni, mengambil kesempatan dalam kesempitan betul lah.

Hana menggulingkan bebola mata, sebelum dia memusingkan badannya, untuk tidur menghadap Haruto.

Terkejut dia apabila dia menangkap Haruto sudah memandang tepat ke arahnya dulu.

Zapp!

Beberapa saat, mata mereka berlaga, sebelum Hana berdehem kecil.

" Err... tidurlah. "

Hana memejam matanya. Haruto juga begitu. Kini mereka sama-sama sedang dibuai mimpi.

Mr. Perfectly fineWhere stories live. Discover now