10

226 29 1
                                    

Hana diatas katil hanya termenung memandang siling.

Tidak dia sangka, pagi tadi dia sudah digelar sebagai Watanabe Hana, dan bukan lagi Kwon Hana. Sungguh dia terkesima. Bahkan hampir pengsan diatas altar jika Yerim tidak memeluknya.

Masalahnya Yerim juga terkejut besar sewaktu dia memberitahu yang dia akan berkahwin.

Syukurlah Haruto masih menghormatinya. Tidak pun dia lakukan ciuman, bahkan bibirnya berlabuh didahi Hana.

Dan majlis ini hanya dihadiri oleh beberapa ahli terdekat.

Hanya Yerim dan kawan-kawan Haruto yang berasal dari Jepun.

Tidaklah dia terfikir untuk menjemput rakan sekolahnya, hanya Yerim sahaja.

Jihoon juga turut Hana jemput tapi entah la mamat tu, pasti rasa sakit hati jadi dia tidak hadirkan diri.

KLEK!

Segera Hana menutup matanya rapat, berpura-pura tidur dalam selimut. Terdengar derapan kaki menghampiri katil.

Hana tahu suaminya ingin tidur.

Kejap.

Suami?

Ueww..

Hana kaku apabila terasa sebelah tempatnya diatas katil mulai tenggelam kerana diisi seseorang. Dadanya mengepam laju.

Eh janganlah, awal lagi ni.

" Aku tahu kau tak tidur lagi. " kata-kata lelaki ini menyentakkan Hana.

" Bangunlah, aku nak cakap sikit. "

Hana berdecih. Segera dia bangun, menukar posisinya duduk menghadap Haruto.

" Apa? "

Haruto berdehem kecil.

" Esok pagi kita terus pergi lawat papa, tunjuk yang kita dah kahwin. Kesian dia, tak dapat hadir tengok anak dia kahwin. "

" Tu je? "

" Ada apa-apa lagi ke nak cakap? "

" Err.. " Hana menggaru kepala yang tidak gatal. Nak tanya ke tak eh?

" Hm? "

" Err, kau-- kau tak tidur sini kan? "

Haruto hanya diam, memandang Hana tanpa kata.

" Tak la, aku tidur bilik sebelah. Tapi kalau nak aku teman, sebelah kau tu kosong kan? Sambil tu kita boleh buat babie-- "

" Jangan mengarut. Pergi je tidur bilik sebelah sana. "

-

" Kau tak datang majlis diorang tadi? " soal Yerim yang sedang bersandar disebelah Jay.

" Malaslah. Buat sakit hati je. "

Jay turut bersetuju, menyisip segelas alkohol lagi.

" Move on jelah, Ji. Gadis kau dah jadi milik orang lain sekarang. "

" Siapa kata aku akan move on? "

" Jangan main main, Ji. Isteri orang tu. Kau nak jadi perosak rumah tangga pulak ke? " kaget Jay. Membulat memandang Jihoon yang tersenyum sinis.

" Aku boleh jamin yang Hana tak akan bahagia dengan mamat tu. Driver ? Huh, tak setaraf aku. " kata Jihoon penuh yakin. Yerim hanya menggeleng.

" Sudah tiba masa dia bahagia bersama yang lain Jihoon. "

" Nope, she's mine. And once mine, forever mine. "

-

Kaki melangkah menuju ke bilik sakit tuan Kwon. Sesampai sahaja mereka ke bilik, tombol pintu dibuka. Dan..

Kejap-

Kenapa kosong?

" Huh? " mata Hana melilau cari kelibat papanya, namun tiada.

" Maybe dia ke tandas. " kata Haruto, cuba menenangkan hati si isteri.

Ya mungkin juga, papa ke tandas.

Hana melabuhkan punggung diatas sofa yang disediakan sementara menunggu keberadaan papa.

Beberapa minit, tiba seorang doktor memasuki bilik sakit itu. Berkerut wajah si doktor apabila melihat Hana dan Haruto di dalam.

" Eh, cik Hana buat apa lagi kat sini? Kenapa tak tunggu ke aras bawah dengan doktor lain? "

" Huh? Aras bawah? " dada Hana sudah mengepam laju.

Kejap-

Aras bawah bukan ke..

Bilik mayat?

-

Langit orange sudah menunjukkan yang langit hampir tiba malam. Namun, gadis ini masih disini, menatap kubur si ayah yang menjadi pelengkap hidupnya selama ini.

" Hana, jom balik. Lama sangat dah kita kat sini. " ujar lelaki itu turut menahan sebak.

Wajah si gadis yang meratapi itu dipandang dalam. Keluhan halus terlepas.

" Kau pergi je la balik. Aku nak stay kat sini lama sikit. "

" Dah nak malam ni, esok lah kita datang lagi. "

Hana memejam matanya, lantas air mata itu jatuh lagi.

Mengapa ya? Mengapa Tuhan mengambil insan ini? Insan yang paling penting dalam hidupnya?

Kini apa yang dia ada?

Kosong, tiada apa.

" Jom balik ya? Lain hari kita datang lagi. Kau kena belajar terima semua ni. At least papa kau dah boleh teman mama kau diatas sana. " ujar Haruto, masih lagi cuba menenangkan si isteri.

" Papa dah teman mama. Jadi siapa lagi yang akan teman aku? Tempat aku berharap? Dah tak ada lagi dah. " sayu saja dia bersuara.

Sungguh, jika diikutkan ingin sahaja dia memotong nadinya, mengikuti kedua orang tuanya pergi berjumpa Tuhan diatas sana.

Menamatkan hidup bersama orang tersayang.

" Kau ada aku, sebagai suami kau. Orang yang kau boleh berharap dan akan temani kau sampai hujung hayat dia. Aku akan sentiasa dengan kau. "

" Always. "

Mr. Perfectly fineWhere stories live. Discover now