7

213 29 7
                                    

Seperti biasa, tamat waktu persekolahan Haruto akan menjemput Hana di sekolah.

Oh menolak lupa, hari ini Hana ada kelas tambahan. Jadi sudah tentu batch dia pun balik lewat.

Keluarnya sahaja Hana dari kawasan sekolah, Hana sudah nampak kelibat Haruto sedang bersandar ditepi kereta lambo miliknya. Perlahan-lahan dia menuju ke arah Haruto.

" Lama ke kau tunggu? " soal Hana.

Penampilan Haruto ditilik. Kemeja dan berwarna hitam. Kenalah dengan gayanya sebagai seorang pemandu.

Haruto tersentak dari lamunannya. Sedikit kaget dengan Hana yang lain hari ini. Untuk pertama kalinya Haruto melihat rambut Hana diikat toncang satu. Nampak comel.

" Ruto aku cakap dengan kau ni,tak dengar ke? " Haruto terus berdehem kecil.

" Ha? "

" Kau mengelamun apa? "

" Err, nothing. Jom balik. " pintu keretanya ditarik untuk masuk ke perut kereta sebelum bunyi kuat dari superbike kedengaran.

VROOM!

" Eh? "

Hana berkerut. Tak sangka pula boyfriend sendiri datang sekolah.

Haruto berdecih tidak suka.

" Hi love. "

Jihoon menyelak rambutnya ke belakang. Sungguh auranya kini sangat berbeza, dengan jacket kulit serta rambutnya yang diwarnakan warna merah. Sungguh attractive!

" Wow, rambut huh? " Hana sudah menunjukkan riak wajah teruja.

" I think you will like it "

" Of course, attractive betul sayang saya! "

Haruto hanya melihat perbualan dua pasangan ini yang sedang hangat bercinta.

Ah tahu la dia tiada siapa-siapa.

Haruto berdehem kecil, mengundang perhatian dua pasangan itu.

" Hana, let's go. Kita kena balik ni. " kata Haruto mendatar. Mata langsung tidak memandang ke arah mereka.

" Oke- "

" Who tf are you nak suruh dia balik? Tak nampak ke aku dengan dia tengah borak? Respect please."  Jihoon pantas memotong. Tidak suka dengan Haruto yang menyibuk. Baginya seperti Haruto itu seorang penghalang untuk dia terus bersama Hana.

Tch.

" Let's go. Kita kena balik cepat. "  selamba saja Haruto menarik tangan Hana untuknya terus masuk ke perut kereta. Pantas sahaja Jihoon menepis tangan mereka.

" Kau kan.. " Jihoon naik bengang.

" It's okay, I balik dengan dia. Malam ni chat or we can just sleep call as always"

-

" Kau kenapa tadi? " Hana menyoal.

Sebenarnya dia juga tidak suka dengan tingkah Haruto tadi. Seperti orang ketiga pun ada. Tak boleh tengok pasangan itu mesra sikitlah.

Haruto tidak berkata apa malah hanya diam. Perjalanan mereka menuju ke rumah dipenuhi dengan lagu-lagu dari radio sahaja.

" Haruto aku tanya ni.. "

" Hana, kalau aku bawa kau pergi satu tempat ni kau tolong jangan gelabah, jangan susah hati. Aku mohon. " kata-kata Haruto mengundang rasa takut di hati Hana. Eyy mamat ni jangan.

" Ki- kita nak ke mana? Kau jangan buat aku takut, Haruto. Aku sekeh kepala kau jap lagi. Jangan nak macam-macam. "

" Tak, aku nak kau positive je sekarang. " kata Haruto dengan riak wajah tenang walaupun hatinya tidak begitu.

-

" Hospital? " Haruto pantas mengangguk.

" Untuk apa? Kita nak lawa- "

" Papa kau ada kat dalam. "

" HAH?! "

Terus dengan itu, Hana keluar dari kereta dan masuk ke Hospital diikuti oleh Haruto di belakang.

Bilik yang ditempatkan tuan Kwon Haruto tunjuki sebelum figura si ayah yang sedang terbaring di katil bersama wayar-wayar yang banyak kelihatan.

Ya Tuhan,

Papa kena serangan jantung.

" Papa! "

Tuan Kwon hanya diam memandang si anak yang sedang menahan air mata. Alat oksigen itu menghalangnya untuk bercakap dengan jelas. Mata dilirih ke arah Haruto. Senyuman diberi tanda terima kasih membawa anaknya ke sini.

" Pa macam mana boleh jadi macam ni? Papa please jangan tinggalkan Hana. Hana dah tiada siapa-siapa. " Hana pantas menyeka air mata. Wajah si ayah yang pucat itu dipandang dengan rasa sayu.

Dalam keadaan yang perlahan, tuan Kwon membuka alat oksigen itu. Tujuannya hanya untuk membuat permintaaan kepada anaknya. Dari sudut hati dia berharap sangat supaya Hana tidak membantah.

" Hana, tolong.. papa.. please? "  perlahan saja suara tua itu bersuara. Hana pantas mengangguk.

" Ya, pa? Papa nak Hana buat apa? I will do anything asalkan papa tak tinggalkan Hana. "

" Papa minta sangat... untuk Hana... "

" Kahwin dengan Haruto... "

Hana pantas menggeleng, ingin membantah tidak bersetuju. Manakala Haruto masih lagi dengan wajahnya yang tenang.

Lelaki ini tiada perasaan ke?

" No. Hana tak nak kahwin dengan dia.. Please pa, minta benda lain? "

Berkahwin dengan Haruto? Itu tidak pernah tertulis dalam kamus hidup Hana.

Tuan Kwon mengangguk.

Faham. Dia faham.

Memang anaknya ini tidak akan pernah dengar cakap dia. Sejak kehilangan isterinya lagi Hana bersikap keras kepala. Jadi dia tidak peliklah.

" Memang dah agak... Hana... Tak pernah pun... Dengar cakap papa... Sejak mama tiada... Lagi kan? " seraya itu tuan Kwon kembali memakai alat oksigen itu.

Hana buntu. Rasa bersalah terbit dihati. Ingin setuju atau tidak?

Soalnya ini untuk masa depan dia. Tetapi dalam masa yang sama dia memikirkan mungkin itu permintaaan terakhir papanya, sebelum dia pergi.

Dia tidak tahu. Jika membantah, itu mungkin akan mengecewakan papa. Dan itu akan membuatkan dia rasa bersalah selamanya.

Dan juga jika setuju pun, masa depan dia? Jihoon nanti macam mana?

" Baiklah, Hana akan beritahu jawapan Hana untuk itu esok. Esok Hana datang lagi melawat papa. Get well soon papa, love you. "

Mr. Perfectly fineWhere stories live. Discover now