2

222 29 16
                                    

Tepat sahaja pukul 3 petang, Hana mengemas barangnya dan bersedia untuk pulang.

Deringan dari telefonnya memberhentikan langkah Hana dari berjalan. Dengan pantas panggilan dari si kekasih diangkat.

" Ya sayang? "

" Err hari ni tak boleh la. I tak free. Lain kali ya? "

" Okay, love you too sayang. Bye. "

Hana melepaskan nafas kasar. Kalau dia beritahu Haruto yang dia mahu berjumpa Jihoon selepas ini, tentu saja lelaki itu akan memberitahu papanya. Dan itu membuatkan Hana berdecih tidak suka.

Dari jauh dapat dia lihat sosok Haruto sedang bersandar ditepi kereta lambo miliknya. Tangan kiri sedang ralit memegang iphone XR miliknya. Tangan kanannya diletakkan ke dalam poket seluar.

" Haruto.. "

Kepala itu diangkat. Haruto hanya melepaskan senyuman kecil kepada Hana.

" Haruto, kau boleh tak hantar aku pergi library? Aku ingat nak cari buku sikit hari ni. " kata Hana sambil tangannya menghalang cahaya matahari dari terus masuk ke mata. Haruto hanya mengangguk.

" Aku ikut. "

" Kau nak ikut? Aku nak pergi cari buku and study kat sana tau. Boleh je kalau kau nak balik dulu, nanti kalau aku dah siap aku call kau. Bak number. "

" Tak boleh. Tuan Kwon kata perlu ikut cik Hana ke mana saja walaupun aku ni hanya driver." jawab Haruto mendatar.

Hana menunjukkan riak wajah bengis. Ini bukannya driver, ini dah jadi bodyguard namanya.

" Tak payah la ikut. "

" Arahan tuan Kwon, aku perlu turuti. "

~

Hening.

Keduanya hanya diam.

Hana yang ralat membaca buku tentang sejarah-sejarah korea, manakala Haruto dihadapannya hanya bersama telefon yang tidak lepas dari tangan.

Jika orang awam lihat, pasti mereka kelihatan seperti pasangan yang sedang bercinta. Tetapi cinta berbeza usia.

Atau mungkin ada yang lihat seperti abang dan adik. Mana tahu kan? Haruto pun tua beza 2 tahun je dari Hana.

Lihatlah pakaian mereka pun. Hana bersama tshirt sekolah dan Haruto memakai tshirt putih bersama jacket.

" Kau tak bosan ke? "

Hana memulakan perbualan. Sebenarnya dari tadi lagi dia perasankan Haruto ni. Iya, memang mata dan tangannya tidak lepas dari telefon, tapi tahap kebosanan lelaki ini sangat menonjol lah.

" Kau yang nak ikut sangat kan? Jadi tunggu je lah. " kata Hana lantas bangun untuk mengambil buku-buku lain.

Dia perlu ulangkaji lebih untuk subjek sejarah memandangkan ini ialah subjek baginya yang paling susah untuk score.

Haruto menghela nafas kasar. Dia harus bersabar.

Jujur disudut hati, Hana memang bersikap keras kepala dan susah dikawal. Tetapi itulah dia, anak majikannya juga.

Nak atau tak nak harus dilayan.

~

Malam.

Pukul 11.30 malam.

Dan gadis ini masih belum terlena.

Gadis ini masih gigih mengulang kaji. Dia belum mengantuk. Jadi eloklah dia mengulang kaji.

Final exam pun dah tak lama, masih berbaki 2 bulan lagi. Eloklah dia membuat persediaan awal.

Lagipun dia anak tunggal, satu-satunya harapan keluarga.

Dia perlu banggakan papanya.

Dan juga mama diatas sana.

Sungguh, Hana teringin melihat mamanya bangga dengan kejayaannya. Tetapi itulah, Tuhan lebih menyayangi mamanya.

Tiba-tiba tekaknya yang terasa kering meminta air. Gadis itu bangun, dan segera menapak ke dapur.

Sebelum dia terhenti di sebuah bilik akibat terdengar bunyi tangisan.

Tangisan?

Di bilik kerja papanya?

" Pa, are you okay?  Kenapa menangis? " soal Hana melabuhkan punggung di sebuah sofa di bilik itu.

" Yes, I'm okay girl. Hana kenapa tak tidur lagi? "

" Hana study sikit tadi, lepas tu turun nak minum air terdengar pula bunyi papa nangis. Kenapa ni? "

" Papa rindu mendiang mama. "

Dan itu membuatkan Hana menunduk. Nafas halus dihela.

Yalah, dia juga rindu mama.

Terasa kosong sejak mama pergi. Dengan papa yang tidak habis busy dengan syarikat, rumah ini dah lama tidak diisi dengan tawa.

" Hana pun rindu.. Tapi tak apalah, mama mesti dah bahagia di atas sana. Cuma sedang tunggu kita je. Papa don't cry, nanti tak handsome. " Hana tersenyum lalu tubuh tua si ayah dipeluk.

" Okay tak nangis. Hana pergilah naik atas tidur. Dah lewat. "

Hana mengangguk. Lantas kaki diangkat menuju ke bilik tidur. Sebelum dirinya mengucup pipi si ayah.

" Goodnight papa. "

" Goodnight my beautiful child, papa love you. "

Mr. Perfectly fineWhere stories live. Discover now