16

199 31 1
                                    

Langit Jepun yang bewarna biru itu Hana tenung bersama kaca mata hitam miliknya. Dia kini bersiar-siar dahulu bersama Haruto sebelum pulang ke rumah.

Jeongwoo sudah terlebih dahulu pulang ke apartmentnya kerana ingin berehat katanya selepas berapa jam dia berasa sakit badan.

" Kenapa kat sini tak sesak? " soal Hana selepas dia menyedari hanya beberapa buah kereta sahaja yang dia nampak sejak dia sampai di Fukuoka sebentar tadi. Mata masih memandang ke arah jalan yang tidak banyak kereta.

" Sebab kat sini Jepun. Tambah lagi kat Fukuoka. Ramai jalan kaki je. " Hana mengangguk faham. Baguslah, bebas dari pencemaran udara.

" Dekat Fukuoka ni tenang la sikit. Sebab dia bukannya full bandar macam Tokyo. Tapi dalam tenang Fukuoka ni, ada juga bahayanya. "

" Contohnya? " soal Hana bersama wajah polosnya. Haruto yang menahan itu menahan geram. Comel betul lah!

" Benda normal la pencuri, orang mabuk, perogol. Benda-benda macam tu lah. " Hana hanya membalas dengan anggukan.

Haruto menggenggam erat tangan Hana sebelum tiba-tiba Hana meleraikan tangan mereka.

" Haru, pakcik tu jual apa? " Hana menunjuk ke arah seorang pak cik bersama motornya yang menggantung bermacam plastik di tepi. Haruto kemudian mengecilkan matanya.

" Oh, pakcik tu jual aiskrim rasanya. "

" Aiskrim? NAK! SAYANG NAK! " Hana menarik kasar hujung lengan Haruto. Serta merta Hana menekup mulutnya. Mata Haruto sudah luas bercahaya memandangnya.

" Apa kau cakap tadi? "

" Err, nak aiskrim. " ulangnya perlahan

" Ala bukan, yang tadi tu. Apa? Haru tak dapat dengar? " Haruto sudah menunjukkan riaksi teruja. Senyumannya terlakar hampir hingga ke telinga.

" Ish! Nak aiskrim la! "

" Tahu la. Tapi apa ayat yang Hana cakap tadi? Haru tak dapat dengar dengan jelas. "

" Ish, tak payah la. Aku boleh beli sendiri! " Hana ingin menuju ke arah motor aiskrim pakcik itu sendiri sebelum Haruto dengan pantas menahannya.

" Kita di jepun, sayang. Hana lupa ke semua duit Hana masih dalam duit korea? " bisik Haruto di hujung telinga Hana. Mendengarkan itu, Hana menepuk dahinya sendiri. Ah, macam mana boleh lupa?!

" Takpelah, Hana balik. " sekali lagi, Hana ingin berjalan sendiri sebelum dengan pantas Haruto menahan.

" Fine, Hana tunggu sini sementara Haru pergi beli. Jangan lari eh. "

Hana menoleh sebelum dia melakarkan senyuman. Hehe, dia tahu Haruto akan mengalah juga demi dia.

-

Rumah yang dia rindui itu terus dia masuk tanpa menekan loceng atau mengetuk pintu. Hana yang memandang itu hanya diam membatu. Eh dia ni, main masuk je.

" Airi, mana kau? Aku balik bawa kakak ipar kau ni! " jerit Haruto dari arah pintu selepas dia menyedari ibu bapanya tiada di rumah.

Hana hanya memandang ukiran di dalam rumah tersebut. Bersih dan banyak perabot yang tersusun kemas, itu yang hati Hana memberi komen.

" Oi bang, kau asal jerit macam orang baru balik hospital ni? " muncul Airi dari arah dapur. Tangan kanannya sedang memegang cawan yang berisi teh hijau buatan ibunya pagi tadi.

" Ni, kakak ipar kau. Hari tu kau call aku kata masa kahwin tak sempat jumpa kan. So ni lah. " kata Haruto mendatar. Tangannya sedang menarik bagasi miliknya dan Hana.

" Hai kak, cantiknya! "

Hana yang hanya diam dari tadi menggaru belakang tengkuknya. Dia hanya tersenyum kekok. Ha sudah, macam mana ni.

" Akak nampak penat. Pergi la rehat dulu kat bilik abang. Esok kita main makeup makeup ya, hihi. Kalau akak tak ada barang, esok kita tapau abang gi Sephora tak pun Rare Beauty ke, jangan risau, dia CEO, duit pun tak pernah habis. " kata Airi sebaik sahaja dia meuju berdiri di sebelah Hana. Haruto hanya menjeling adiknya.

" Kau tu budak sekolah lagi, tak payah beria makeup. Pakai lawa pun belum tentu ada orang nak kau. "

" Bla, bla, bla. Suka hati kau la bang. Aku makeup pun untuk diri aku, bukan untuk orang lain. " kata Airi mendatar, dia kemudian menuju kembali ke dapur.

" Jomlah naik. Malam ni kita tidur rumah family dulu, esok baru pindah ke rumah kita. " kata Haruto kepada Hana. Dia mengangkat begnya dan bagasi milik Hana sekaligus ke tingkat ruangan atas.

-

Selesai mandi, mereka melabuhkan diri di atas katil sebelum lampu yang menerangi bilik tadi mulai gelap. Kini bilik itu hanya diterangi sedikit dengan lampu tidur yang berada di sebelah katil mereka.

" Haru, Hana nak tanya sikit ni. "

" Hm? "

" Airi kata tadi Haru ni CEO, tapi kenapa dengan mendiang papa jadi driver Hana pula? Tak fahamlah. "

Haruto yang sudah menutup matanya itu, kini membukanya kembali. Matanya tepat memandang ke arah anak mata coklat milik Hana.

" I think you still don't know the truth "

" Huh? Tahu apa? " wajah polos Hana itu Haruto tatap dengan penuh sayang. Dia kemudian tersenyum. Hana, stop jadi comel please.

" I will tell you later "

Mr. Perfectly fineWhere stories live. Discover now