4

182 24 7
                                    

Jihoon menurunkan Hana dihadapan kawasan perumahan.

Turunnya Hana dari motor besar milik Jihoon itu, dapat mereka lihat tuan Kwon sedang bercekak pinggang dihadapan pintu, menunggu kepulangan anak perempuannya.

" Alamak, papa dah tunggu la. "

" Get ready je la you tadah telinga malam ni. "

Hana menelan liur.

Gulp-

" Masuk Kwon Hana. " keras suara itu berkata. Mata pula tajam memandang Jihoon, seperti ingin sahaja dia makan sosok itu.

~

" Jujur dengan papa, Hana pergi mana? "

Gulp-

Soalan ini yang paling takut untuk dia jawab.

Walaupun hari ni dia tak ke club atau pusat karaoke, tetap takut untuk menjawab.

Sebab apa?

Sebab hari ni dia pulang dengan Jihoon, dan bukannya dengan Haruto.

" Jawab soalan papa, Hana. "

" Err.. study group? "

" Lagi? "

" K- keliling bandar dengan Jihoon. "

Diam.

Tuan Kwon tidak berkata apa.

Haih, anaknya ni degil sungguh. Sudah dipesan jangan pergi jumpa lagi Jihoon, tetapi tetap dibuatnya.

Tak tahu la bagaimana nak nasihat lagi. Hana hanya nampak sisi baik Jihoon, tetapi sebaliknya tidak. Bukan nak loya buruk, tapi lelaki itu memang seperti ada sesuatu disebaliknya.

Dan tuan Kwon harap Hana sedar akan perkara itu sebelum terlambat.

" Hana, honestly  papa tak kisah siapapun Hana nak pilih untuk jadi kekasih. Tapi tolong la, bukan Jihoon orangnya. He doesn't deserve you. "

" Habis tu siapa? Haruto? "

" Bukan itu maksud papa. Cuba Hana tengok sendiri, kenapa dia selalu bawa Hana pergi club? "

" Sometimes Hana juga yang ajak. "

Tuan Kwon meraub wajahnya. Penatnya mahu nasihat anaknya yang sorang ini.

Haih,

Anaknya memang keras kepala.

" Please know your limit Hana. Jangan sampai papa buat apa yang tak sepatutnya berlaku itu berlaku. "

Possesive? Biarkan. Janji anak gadisnya tidak jatuh pada orang yang salah. Sanggup dia lakukan apa saja demi anak gadisnya.

Kerana itu ialah janji terakhirnya pada mendiang isterinya.

" Kalau saya mati nanti, jaga Hana elok-elok ya. Dia anak perempuan, tolong jaga permata berharga kita sebaik mungkin. Janji dengan saya ya, abang. "

" Ya, abang janji akan jaga Hana selagi nyawa ini masih ada. "

Mr. Perfectly fineWhere stories live. Discover now