21

245 29 3
                                    

Kaki diatur laju menuju ke halaman luar rumah. Mencari kelibat seseorang. Dari semalam lagi dia tidak nampak pasangan itu.

" Cari siapa? " Airi hanya memerhati Tracie yang kehulur kehilir kawasan rumah. Dah kenapa dia ni? Macam orang hilang anak dah.

" Airi nampak abang tak? Akak tak nampak dia lepas dia keluar semalam. Dia pergi mana pagi ni? " Airi sudah menggulingkan bebola mata. Tak habis habis dengan abang. Macam tak ada laki lain kau nk canang.

Tak faham kadang dengan manusia ni. Sudah tahu orang itu sudah punya pasangan dan pemilik hati masih lagi ingin menaruh harapan. Dan berakhir menjadi penyondol.

" Dia dah pindah rumah dia. " ringkas dan padat saja balasan Airi.

" Wait, what?! "

" Yelah, abang tu dah ada kak Hana. Mestilah dia bawa pindah. They need privacy tho. Anyway, mama ajak breakfast. Jom la. " Airi terus melangkah ke dapur. Malas ingin memanjangkan lagi cerita. Bising nanti.

Hana mencelikkan matanya dengan perlahan. Nyenyak betul dia tidur. Memang la, katil baru kot. Dia kemudian meraba-raba ruang katil disebelahnya. Kosong.

Hana terus duduk bersandar di kepala katil. Jam dilihat sekilas. Sudah pukul 10.45 pagi. Sudah tentulah suaminya sudah ke tempat kerja dahulu.

Bosanlah dapat suami bekerja begini. Duit bertimbun tapi susah betul nak ada kat rumah.

Hana melompat dari katil dan terus berlalu ke bilik air. Mahu membersihkan dirinya.

Usai menyiapkan diri, Hana elok berdiri di hadapan almari solek biliknya.

Ting!

Hana mencari telefonnya.

' Saya balik lambat sikit
hari ni. Lepas lunch ada
meeting direct sampai
pukul 9.00 malam. '

' Lewatnya :( ' '

' Sorry sayang. Saya akan
cuba balik awal, okay? '

' Okey... Take good care '

' Take care too sayang.
Love you <3 '

' Love you too ' '

' Wow first time ungkap tu '

' Hahaha. Bye.' '

' Bye sayang '

Hana melepaskan nafas panjang. Bosan!

Jam berpusing dengan pantas. Hana yang sedang berenang di dalam kolam rumahnya terus keluar dari kolam.

" Bosan betul mandi sorang. " bisik Hana. Dia mencapai tuala mandinya dan mengelap rambutnya yang basah.

Ding dong!.. ding dong!..

Aik? Dah balik? Awal betul.

Hana terus berlari menuju ke pintu utama. Jam dilihat sekilas. Baru pukul 4.00 petang.

Pintu dibuka.

" Cepatnya awak ba... " Hana tidak sempat menghabiskan ayatnya.

" I bukan suami you la. " kata Jeongwoo selamba. Tangannya penuh memegang beg plastik. Nampak seperti beg plastik makanan.

" Apa you buat dekat sini, Jeongwoo? I ingat Haruto yang balik tadi. " tanya Hana dengan kening diangkat sebelah. Patutlah tekan loceng. Takkanlah tuan rumah pula nak tekan loceng padahal ada kunci rumah, kan?

" Ruto suruh i datang sini temankan you. Mesti you bosan duduk sorang kan? Ni i ada bawakan makanan sekali. Jom makan. " ajak Jeongwoo selamba melangkah masuk ke rumah tanpa dijemput.

Hana menggelengkan kepala. Betul betul dia buat macam rumah sendiri si Jeongwoo ni.

" You makanlah dulu. I nak naik atas tukar baju. Baru lepas swimming tadi. " kata Hana sebelum melangkah ke tingkat atas. Jeongwoo hanya mengangguk.





" WOI! Baik tak payah bawa kalau nak habiskan! " jerit Hana yang baru melangkah masuk ke ruang tamu.

" HHAHAHAH you lambat sangat lah. " kata Jeongwoo dengan tawanya. Hana hanya menjeling tajam.

" Ada lagi sikit tu. Makanlah. " Jeongwoo cuba memujuk. Jari menunjuk ke arah makanan yang masih tersisa.

" Pape jelah. " kata Hana sebelum menjamah makanan yang masih tinggal.

" Anyway, alang -alang you dah ada ni Woo, I nak tanya you. Itu pun kalau you tahu la. " kata Hana
tiba -tiba.

" Apa dia? " soal Jeongwoo. Mata masih tumpu ke arah kaca televisyen.

" Kenapa Haruto datang korea untuk kerja jadi driver? Sedangkan dia ada company dekat jepun ni? " soal Hana.

" You tak tahu lagi ke? "

" Kalau tahu, kita tak tanya, Park Jeongwoo "

" Ouh ye la, hehe. Tak kan you tak tahu dia suka you dah lama? "

" Maksudnya? " soal Hana tidak faham. Apa maksud dah lama suka?!

" Haruto jadi driver bapak you, sebab nak dekat dengan you. Cuba you fikir logic kenapa dia orang jepun, lepas tu kerja kat korea as driver je. Mesti macam pelik kan? Padahal kat jepun ni banyak je kerjanya. He's have crush on you since dia masih sekolah lagi. Tapi you tak pernah perasan dia, dia selalu je duduk dekat dengan you dah lama. Senang kata, suami you ni you punya stalker la. " terang Jeongwoo panjang lebar. Tangannya dari tadi ingin menghidupkan permainan video yang ada di televisyen rumah itu.

" Apa maksud you stalker? " Hana sudah terkejut. Seperti tidak percaya pun ada.

" You nak tahu lagi ke? Kalau itu, you tanya suami you sendiri. Dia lagi berhak cerita perkara betul berbanding i "

" Yelah, thanks dah bagitahu dekat i " kata Hana sebelum mencapai alat kawalan permainan video.

" Game satu round jom? " ajak Hana. Jeongwoo tersenyum sinis.

" Kalah jangan nangis ya. " kata Jeongwoo sebelum turut mencapai alam kawalan permainan video.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 30, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mr. Perfectly fineWhere stories live. Discover now