8

193 25 4
                                    

" Lama kau tak call aku, apa kes? "  ujar Jeongwoo dihujung talian.

" Woo, aku nak bagitahu kau. "

" Bagitahu aku? Apa dia? "

" Hana. Aku akan kahwini dia. "

UHUK! UHUK!

" WOI KO APA PASAL?! "

" WHAT THE FCK BRO!? Kau serius ke ni? "  membulat mata Jeongwoo dihujung talian.

Haruto mengeluh. Melabuhkan kepalanya di atas stereng kereta.

Ketiadaan tuan Kwon disisi Hana mengundang rasa risau dihati. Jadi dia buat keputusan untuk tidak pulang dulu ke rumah sewanya memandangkan Hana berseorangan diri di rumah. Dia rela tidur di kereta saja.

" Tuan Kwon minta aku lamar anak dia. Jadi aku akan guna peluang ni. "

" Hana setuju? "

" Tak. Dia tak nak. Sampai sekarang Dia tak bercakap dengan aku. Dia sayang boyfriend dia la. "

" Kau kena pujuk dia bro. Kalau dia setuju itu tandanya... "

" Mission kau berjaya. "

-

Pulangnya Hana dari sekolah, dia terus ke hospital. Tetap bersama Haruto disisi. Bilik papanya dituju.

" Papa! "

Tuan Kwon hanya melihat sosok Hana yang menapak masuk. Samar-samar saja mata tua itu melihat.

Hana melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan katil. Manakala Haruto hanya berdiri, memandang tuan Kwon yang masih bersama alat oksigen sejak semalam.

Tuan Kwon mencabut alat oksigen tersebut, perlahan-lahan mulut tua itu menuturkan ayat.

" Haruto... Boleh tak... Saya... Nak bercakap dengan... Hana sekejap?.. "

Haruto mengangguk faham lalu kaki diangkat untuk keluar dari bilik itu.

" Papa nak cakap apa? " soal Hana kelihatan polos, walaupun sebenarnya dia faham apa yang dimaksudkan oleh papanya.

" Hana terima dia tak? " soalan tuan Kwon menyentakan Hana.

Ah, dia masih belum buat keputusan.

" Hana tak tahu pa. "

" Terimalah... Haruto pun baik.. dia layan Hana pun... baik sangat.. kan? "

" Memang la tapi, "

" Sebab Jihoon ke? "

Dan Hana mengangguk. Sungguh dia tidak mahu kehilangan insan itu. Tetapi dia juga tidak mahu papanya kecewa. Dia butuh.

" Hana kena.. buat keputusan... Papa harap sangat.. Hana terima dia... jadi suami Hana... Papa merayu.. sangat kat Hana... "

Hana mengeluh perlahan.

" Tak boleh pa. " Hana menunduk. Rasa bersalah mula menguasai dirinya. Tetapi dia perlu fikirkan tentangnya juga. Dia tidak sukakan Haruto bahkan cinta. Inikan pula ingin berkahwin.

Kerja gila.

Tuan Kwon melakarkan senyum paksa. Ya, dia sudah agak perkara ini berlaku.

" Tak apalah, Hana memang... tak akan.. dengar cakap papa... walau macam mana.. sekali pun.. " kata tuan Kwon dengan sayu. Selepas itu dia memakai kembali alat oksigen tadi.

Badan dilentok ke arah lain. Terasa ingin berehat. Dia seorang ayah, dia penat. Dengan membesarkan seorang anak yang keras kepala lagi.

Hana menggigit bibir bawah. Tolonglah, jiwanya rasa bersalah. Otak pula bermacam perkara fikir.

Macam mana kalau itu permintaaan terakhir papa? Apa salahnya tunaikan?

Ah tolongla dia benci perkara ini. Kenapa overthinking selalu wujud di otak manusia?

" Papa, Hana setuju untuk kahwin dengan Haruto. "

Mr. Perfectly fineWhere stories live. Discover now