11

195 28 2
                                    

Tekaknya yang terasa haus menjerit minta air. Lelaki ini bingkas bangun, ingin menuju ke dapur.

Haruto menuju ke bawah, lampu kecil dibuka sebelum dapur dituju. Baru sahaja mahu memetik suis, tubuhnya kaku apabila menangkap bunyi seperti orang sedang menangis.

Aish, jangan main main!

Perlahan, jarinya naik ke suis.

TAK!

Nafas dihela lega. Ingatkan langsuir tadi.

Cuma isterinya.

Kejap-

Isterinya menangis?

" Hana? Are you okay? "  ujar Haruto perlahan.

Hana hanya memandang tanpa bicara. Tidak rasa ingin berbahas.

" Kau kenapa menangis? " sekali lagi Haruto bertanya.

Mata Hana hanya memandang ke arah kopi yang dibancuhnya tadi. Dari air itu panas, hinggalah sejuk hanya renungan kosong yang diberi.

" Hana, kau okay tak? Kalau tak okay, boleh cerita kat aku. Aku sudi mendengar. "

" Kau tahu kan, minggu depan aku final exam? " pantas Haruto mengangguk, memandang wajah Hana yang sembab dengan air mata itu.

" Target aku, untuk banggakan papa dengan results exam aku nanti. "

" Tapi itu dulu, sebelum papa mati. "

Haruto menghela nafas. Sungguh, dia juga turut sedih dengan pemergian tuan Kwon. Banyak sudah beliau membantu dia. Terurama sekali tentang Hana.

" Hana, kau tak boleh macam ni. Kau kena capai target kau. Kau kena banggakan parents kau, walaupun diorang dah tiada. "

" Aku penat Haruto. Semua orang dah tinggal aku. Mama.. papa.. "

" Tapi kau masih ada aku, sebagai suami kau. " pintas Haruto. Matanya memandang lembut wajah Hana yang sembab.

Sebelum jari itu naik, mengelus lembut pipi Hana yang basah. Mengelap perlahan, bersama senyuman dibibir.

" Pagi tadi, sebaik sahaja aku setuju nak jadi suami kau, aku pun dah berjanji pada semua orang, pada Tuhan, yang aku akan jaga kau, lindungi kau, dan tak akan tinggalkan kau. Hana, aku mungkin tak dapat jadi suami yang terbaik. Tapi aku boleh janji, aku suami yang kau boleh harapkan. "

" Haruto.. "

Haruto meraih tubuh Hana lantas dipeluk erat.

" Don't cry. Aku benci tengok kau menangis. "

Lantas air mata dilap, lalu tersenyum.

" Pergilah tidur. Esok kau sekolah la. Minum kopi malam malam ni tak elok untuk kau. "

" Yelah. "

Hana bingkas bangun ingin menuju ke bilik, sebelum gadis itu berpatah balik menuju ke arah Haruto.

" Kenapa? "

" Nak hug. "

" Huh? "

PAP!

Hana memeluk erat pinggang Haruto. Haruto masih lagi tersentak dengan perbuatan Hana.

" Hehe, goodnight! "

Haruto masih lagi kelu. Pipinya perlahan merona merah.

Waduh.

-

" Dah lambat! "

Hana berlari menuju ke kereta. Kasut pun tak sempat pakainya.

Pagi ini, dia bersama Haruto bangun lewat. Entah macam mana sama sama terlajak tidur.

" HARUTO CEPATLAH !!! "

" YE AKU DAH KAT KERETA NI. "









Tiba sahaja di sekolah, Hana melepaskan nafas lega. Fuh, pagar masih terbuka. Maknanya dia tidak lambat sangat.

Haruto bersama wajah kosongnya. Masih dia tidak percaya, yang dahulu dia menghantar Hana ke sekolah sebagai pemandu peribadi.

Dan kini, dia menghantar Hana ke sekolah sebagai seorang suami.

Sungguh hatinya terusik.

Rasa macam hantar adik sendiri pergi sekolah pun ada macam ni.

" Hari ni pukul 5 ya. Aku ada kelas tambahan. " Haruto mengangguk faham.

Kaki ingin melangkah keluar dari kereta sebelum Haruto menghalang.

" Kenapa? "

" Kau lupa? "

Wajah Hana berkerut sebentar. Rasanya dia tidak lupa apa apa pagi ini, kot?

" Aku lupa apa? " pantas itu, Haruto menghulurkan tangannya.

" Kau lupa ke nak salam suami kau? "

Hana mengeluh dan mengulingkan bebola mata.

Tangan Haruto yang berurat itu dicapai lalu menyalam tangan itu.

" Bye. "

Setelah perginya Hana, Haruto melakarkan senyuman.

Sungguh dia terusik dengan perbuatan Hana itu.

Mr. Perfectly fineWhere stories live. Discover now