1

285 32 17
                                    

Tuan Kwon dan anak gadisnya sedang khusyuk menikmati sarapan pagi mereka yang dimasak oleh pembantu rumah.

" Hari ni Hana ada kelas tambahan ke? " tuan Kwon bertanya. Hana pantas menggeleng.

" Good. Balik nanti driver baru Hana akan jemput Hana balik sekolah. "

" Seriously pa? Hana tak perlukan driver. I can drive by myself. " Hana mula berkerut tanda tidak suka.

Dia tahu apabila ada driver yang bawa dia semakin sukar untuk dia dan Jihoon keluar ke mana- mana.

" Kalau papa tak buat, mesti nanti lepas sekolah je terus melekat dengan Jihoon. Papa tak suka. "

" But pa, he's my boyfriend. "

" Do you look like i care?  Hana please, papa tak suka dia. Papa rasa Jihoon bukan yang terbaik untuk Hana. "

" Ikut papa lah. Okay, Hana pergi sekolah dulu. "

" What do you mean pergi sekolah dulu? Hana kena tunggu driver Hana lah. "

" Huh? "

Hana maraup wajahnya. Tolonglah ayahnya sangat bersikap posesif dan itu membuatkan Hana rasa rimas.

Hana menilik jam di tangan. Masih berbaki 20 minit sebelum waktu persekolahan bermula. Jika lambat nanti pasti dia akan didenda.

Tolonglah mana driver yang papanya upah ni?

Ding dong!

Bunyi loceng rumah kedengaran. Dan itu mengundang rasa teruja di hati Tuan Kwon.

" Ha tu dia. " lantas suis yang menyambung pagar rumah automatiknya ditekan.

Dari arah tingkap dapat Hana menangkap satu sosok sedang menuju ke arah pintu masuk. Pasti itu orangnya.

" Maaf lambat tuan. Jalan jem tadi. " kata lelaki tinggi lampai itu.

" Hana, inilah driver baru Hana. Orang yang papa percaya akan bawa Hana ke mana-mana nanti. " kata Tuan Kwon lalu tersenyum.

Hana memandang si lelaki itu atas bawah. Not bad lah. Handsome juga.

" Haruto, inilah anak perempuan saya, Kwon Hana. " tuan Kwon memperkenalkan anaknya kepada Haruto.

Haruto memberi senyuman sementara Hana janya menjeling.

" Watanabe Haruto. "

Tangan dihulurkan untuk berjabat tangan. Hana hanya melihat tanpa reaksi. Tidak rasa ingin membalas.

" Kwon Hana. " beku suara itu memperkenalkan dirinya. Dia menjeling.

" Jomlah cepat. Aku dah lambat. "

~

Suasana di dalam kereta menjadi hening. Kedua-dua antara mereka lebih selesa untuk diam. Masing-masing tidak rasa ingin berbual.

Sehinggalah sampai ke sekolah.

" Hana balik sekolah pukul berapa hari ni? " Haruto menyoal. Memandangkan dia masih lagi tidak tahu jadual sekolah harian Hana.

" Excuse me? Mana pergi cik kau? "

Tch.

" Okay, cik Hana balik sekolah pukul berapa hari ni ya? " kali ini Haruto bertanya dengan sinis.

Sudah la dia tua 2 tahun dari Hana. Lepas tu kena ber'cik' pula.

" Tak payah jemput aku pun tak pe. Lepas sekolah aku nak pergi lepak dengan boyfriend aku. So kau boleh bersenang lenang hari ni. "

" Tak boleh la. Tuan Kwon dah arahkan saya untuk terus ambil cik Hana lepas tamat waktu sekolah. "

" Kalau aku tak nak? "

" Aku report Tuan Kwon. "

Dan itu membuatkan Hana terdiam. Dalam sudut hatinya pelbagai carutan yang dia ingin sampaikan pada Haruto.

Tapi hanya mampu dalam hati sajalah.

" Ugh, kau annoying Haruto. "

Setelah itu Hana turun dari kereta dengan keadaan masih tidak berpuas hati dengan Haruto.

Dia ingat dia kerja dengan papa aku dia ada hak atas aku? Huh mimpi je lah.

Dan dalam diam Haruto tersenyum memandang ke arah Hana yang menuju masuk ke perkerangan sekolah.

Mr. Perfectly fineNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ