19

277 36 6
                                    

Hana meraba-raba ruang katil disebelahnya. Dia mencelikkan matanya setelah menyedari Haruto sudah tiada di sisi. Aik? Laki aku kerja jugak ke waktu weekend ni?

Hana turun dari katilnya sebelum dia turun ke tingkat bawah. Kaki diatur ingin ke ruang tamu namun tiada sesiapa. Selepas itu dia ke ruang makan pula, namun juga kosong. Mana semua orang?

Hana terus mencapai selipar yang bukan miliknya, sebelum dia terus menuju ke halaman rumah.

Tidak dia sangka, yang halaman di rumah ini juga agak luas. Ada taman bunga kecil dan juga kolam ikan, sungguh cantik. Ada juga kerusi dan meja di sini untuk duduk bersantai. Yelah, sepanjang dia duduk sini tak pernah tahu yang ruang rumah ini besar sebenarnya.

Tiba-tiba dia terdengar seperti gelak tawa seseorang. Dan bunyi itu seperti..

Suaminya?

Bersama siapa? Airi?

Terus kaki menuju ke arah bunyi itu. Matanya terbeliak dan hatinya terasa panas kini. Menyemak betullah.

" Hahaha. Pandai betul abang buat jokes sekarang ya? " Tracie masih bersama dengan sisa tawanya. Dia bersama Haruto di meja di hujung taman, sedang berborak kosong. Lah sangat.

" Mana ada buat jokes. Tracie je yang mudah terhibur. " Haruto tersenyum memandang si gadis di hadapannya. Mata tiba-tiba dikerling ke arah si isteri yang berada tidak jauh itu. Baru bangun lah tu.

" Sayang? Buat apa kat sana? Come here! " Hana kaku ditempatnya ketika Haruto memanggil. Perlahan kaki menuju ke arah mereka.

Haruto terus saja menarik tangan si isteri sehingga Hana terduduk di atas pehanya. Hana terdiam. Perkara itu sangat tidak dijangkanya.

Tracie menggulingkan bebola mata ke atas. Menyampah!

" Urh, Tracie masuk dululah. Charge phone kejap. " kata Tracie mendatar sebelum dia terus masuk ke rumah. Haruto dan Hana masing-masing hanya memerhati tanpa kata. Aik?

" Ni dah mandi ke belum? " soal Haruto bersama suara garaunya. Tangannya pula melingkar dipinggang milik Hana. Hana diatas pehanya hanya menggeleng.

" Pergilah mandi dulu. Lepas tu kita keluar nak tak? "

" Pergi mana? "

" Spend time together? Everywhere just me and you."

" Nak! " Hana mengangguk teruja. Yeayy, jalan-jalan!

" Okay, now pergi mandi dulu. " kata Haruto mendatar. Tangannya masih melingkar dipinggang milik isterinya.

" Lepaslah. " kata Hana sepatah.

" Okay. "

Terus sahaja Haruto melepaskan tangannya. Hana bangun sebelum dia tiba-tiba terasa seperti hujung bajunya ditarik. Dia menoleh sebelum dia berdecih memandang si suami.

Haruto telah menyangkut pin baju di bajunya dan baju milik Hana yang menjadikan baju mereka melekat. Haruto tersengih memandang wajah Hana yang sudah berkerut.

" It's like we have to take a shower togetherkata Haruto dengan senyuman nakalnya. Pantas sahaja tangan Hana naik memicit pergelangan tangan Haruto.

" Aduh, aduh! Sakit sayang sakit! " Haruto mengadu kesakitan dek kerana tangan ketam milik Hana tadi

" Pervert. "

" Apa yang pervert? Dengan isteri sendiri kot, sayang? "

" Tak payah! Baik awak cabut pin ni sebelum saya cubit lagi! "

Mr. Perfectly fineWhere stories live. Discover now