13

198 32 2
                                    

Haruto tiba di sekolah bersama kereta lambo miliknya. Hatinya tidak sabar ingin berjumpa dengan si isteri.

Sesampai sahaja, dia ternampak si isteri yang sudah menunggunya di pondok menunggu di hadapan sekolah. Tetapi yang menjadikan hatinya panas, isterinya itu seperti sedang berdating dengan kekasih lama.

Siapa kekasih lama? Tentulah Park Jihoon. Tiada yang lain.

" Driver you dah sampai. I pergi dulu. Nanti kita chat. " ujar Jihoon sebelum dia terus ke superbike miliknya. Hana mengangguk sebelum dia menghantar pemergian Jihoon dengan lambaian.

Sesudah itu, Hana menapak ke kereta. Tidak lupa juga chocolate bouquet yang diberi oleh Jihoon kepada Hana tadi. Lelaki itu datang hanya ingin memberi kata 'semangat' dan juga melepaskan rindu selepas sudah hampir dua minggu mereka tidak bersua muka.

Masuk sahaja Hana ke perut kereta, Haruto sudah memandangnya tajam. Hana yang sedar akan perkara itu hanya menunjukkan riak wajah selamba.

" Siapa bagi kau tu? " soal Haruto sambil mata memandang ke arah chocolate bouquet yang dipegang Hana.

" Ini? Jihoon bagi. Sebab aku kan tengah exam, so dia bagi. Selalunya memang kitaorang akan macam ni. Dia akan bagi aku anything yang aku suka as tanda semangat kalau aku rasa tak yakin atau mood tak elok. " cerita Hana panjang lebar. Mata tidak lepas memandang chocolate bouquet yang diberi Jihoon tadi.

Haruto tidak berbalas apa, malah hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba sahaja pemanduan Haruto berubah menjadi laju. Hana yang perasan akan itu hanya diam sahaja.

Dia salah ke?

Dalam perjalanan menuju ke rumah, mereka lalu berhadapan jalan ke kedai sushi. Tiba-tiba sahaja tekak mengidam laparkan sushi.

" Ruto nak sushi please! "

Haruto menoleh memandang gadis di sebelahnya.

" Nak sushi? " pantas Hana mengangguk.

" Nanti. Aku tak boleh sekarang. " mendengarkan itu, Hana terus sahaja diam. Sedih rasa hatinya kerana tidak dapat sushi yang dia inginkan.

Huaaa nak sushi!

-

Tiba sahaja di rumah, Haruto menghulurkan kunci rumah kepada Hana. Hana berkerut memandang Haruto.

" Kau masuklah dulu, aku nak keluar. "

" Pergi mana? "

" Jumpa orang. Kau pergilah masuk. "

Hana tidak berkata apa lalu dia merampas kunci itu dari Haruto dan terus masuk ke rumah.
_ —












Malam.

Dan Haruto masih lagi belum pulang.

Hana mencapai telefonnya lalu nombor Haruto didail.

tut tut..

Tidak dijawab.

Hana mengeluh. Tak apa, mungkin Haruto balik lewat sikit. Lebih baik dia pergi ulangkaji.

Baru saja kaki ingin menapak ke tingkat atas, bunyi enjin kereta dari arah luar kedengaran di halwa telinga.

" Aku dah balik.. "

" Kau pergi mana, hah? Lama aku tunggu tau tak aku tunggu kau. " tak menyempat-nyempat Hana melemparkan soalan.

" Rileks la, aku jumpa kawan aku tadi, ada hal. Ni, aku belikan kau sushi. Tadi kau minta kan aku tak dapat tunaikan." Haruto menghulurkan Hana satu plastik yang berisikan sushi. Hana yang melihat itu sudah terbeliak mata.

Yeayy sushi!

" Thanks, sayang kau! "

" Sayang aku? "

" Yelah, kau kan husband aku sekarang. " selamba Hana menjawab. Haruto sudah tersenyum lebar.

" Kau sayang aku, lebih dari kau sayang Jihoon? " soal Haruto tiba tiba.

" Know your limit. "

"Fine" sesudah itu, Haruto menapak naik ke atas. Hana hanya memandang tanpa kata.

Dia salah cakap ke?

Selepas itu, Hana menapak ke dapur ingin makan sushi. Sushi sushi, banyak juga Haruto beli. Lebih kurang 8 ketul macam tu. And semuanya sushi favorite dia!

Haruto seperti tahu-tahu saja jenis sushi apa yang dia suka, hehe.

Setelah selesai melahab, Hana menapak ke atas. Bilik tidur Haruto dipandang sebelum dia buat keputusan ingin senyap senyap masuk ke dalam bilik itu.

Hana melihat sekeliling sebelum bunyi pancuran menangkap perhatiannya.

Oh Haruto sedang mandi? Ada baiknya dia menyiapkan pakaian Haruto.

Setelah itu, dia keluar. Biliknya pula dituju untuk ulangkaji lagi exam esok. Buku sejarah korea diambil lalu laptop miliknya juga turut dibuka.





Setelah beberapa jam mengulangkaji, dirinya mula dikuasai rasa mengantuk. Jam di dinding dilihat.

11.45 p.m.

Patutlah dia rasa mengantuk. Dah tengah malam. Haruto juga pasti sudah tidur. Selepas dia mandi tadi terus dah tak nampak.

Tiba-tiba tekaknya yang terasa haus menjerit minta air. Gadis ini bingkas bangun, ingin menuju ke dapur. Hana menuju ke bawah, lampu kecil dibuka sebelum dapur dituju.

" Eh? " Hana mengerutkan dahi. Lelaki ini belum tidur lagikah?

" Kau tak tidur? " soal Hana bersama kerutan. Haruto menggeleng.

" Habis tu kau buat apa kat dapur ni? "

"Buatkan kau teh " Haruto menghilangkan Hana secawan teh hijau panas yang baru dibancuhnya tadi.

" Thanks. "

" Aku ingatkan kau dah tidur. Lepas kau balik tadi tak bercakap dengan aku pun. "

" Aku ada je dalam bilik tadi. Aku nampak bilik kau still terbuka lampu so aku fikir kau tengah study untuk esok. Itu yang aku buatkan kau teh. " terang Haruto. Kasihan dia melihat gadis itu harus berjaga sehingga lewat malam.

" Oh, aku ingatkan kau marah aku sebab asyik cakap pasal Jihoon je dari tadi. Kau ni jealous betul la. " kata Hana seraya meneguk air teh hijau tadi. Haruto tertawa.

" Aku? jealous? Tolonglah, aku lagi handsome dari dia kot. " kata Haruto dengan penuh lagak. Hana menggulingkan bebola mata.

" Jangan nak roll eye aku. Masuk neraka nanti baru ko tahu. "

" Ish, yelah! "

Mr. Perfectly fineWhere stories live. Discover now