18

223 35 12
                                    

Suasana di dalam kereta hanya diam sahaja selepas mereka pulang dari makan tadi.

Ingat Haruto ingin bawa Hana pergi shopping dulu, tapi entah gadis itu hanya berkata dia ingin pulang, dan Haruto ikutkan saja.

" Mesra betul awak dengan Tracie tadi. Rapat sangat ke awak dengan dia? " kata Hana tiba-tiba. Haruto hanya mengerutkan dahi. Aik, jeles ke?

" Rapatlah juga. Kami kan sepupu. "

" Oh, okay"

" Awak okay dia tinggal serumah dengan family kita? " soal Haruto pula. Tangannya meraih tangan milik Hana lalu menggenggam lembut tangan itu. Kini dia hanya memandu menggunakan sebelah tangannya. Hana terdiam dengan kelakuan Haruto itu.

" Itukan rumah family awak. So maybe saya okay je" kata Hana sambil memandang ke arah luar tingkap. Tangannya tadi masih lagi digenggam kemas oleh Haruto.

" Tak jeles ke nanti? "

" Jeles? Buat apa? Awak dengan dia tu sepupu je. " jawab Hana mendatar.

" Okay "

Selepas itu, keduanya hanya diam. Hana hanya memandang ke arah luar tingkap.

" Awak nak ke mana? " kerut Hana. Melihat jalan seketika, apabila menyedari Haruto tidak memandu pulang ke arah rumah.

" Office"  jawab Haruto mendatar. Mata masih ditumpukan ke arah jalan.

" Kenapa bawa saya pergi office? "

" Saja nak ajak teman. "

" Tak nak lah. Nanti apa orang kata? Mesti staff kat sana tak tahu saya ni isteri awak. Kalau diorang salah faham macam mana? Kalau diorang serang saya? Kalau diora-- "

" Diam boleh? Nak kena cium ke? "

Terus sahaja Hana menekup mulutnya. Dia tidak pernah melihat Haruto versi yang ini. Agak sewram~

Hana tidak dapat mengelipkan mata setelah dia melihat bangunan yang gah itu. Bangunan itu seperti dua kali ganda lebih besar berbanding bangunan kepunyaan mendiang bapanya di korea.

Di depan Pagar tadi terdapat papan yang bertulis " WATANABE'S " . Seperti tidak percaya yang ini ialah bangunan milik suaminya.

Hana hanya mengekori belakang Haruto. Ramai yang memandang ke arahnya. Hana buat tidak tahu sahaja. Terdapat tiga orang pekerja dengan rambut pelbagai warna menjelingnya tajam. Hana jadi tidak senang. Tetapi ada benda lain yang membuatkan Hana terkejut.

" What are you guys doing? Is there nothing to do? Have you guys finish your work?! " Haruto berbicara lembut pada awalnya dan akhirnya menengking.

Hana terkejut dengan sikap Haruto yang tiba-tiba berubah itu. Hana masih berdiri tercegat di belakang Haruto. Tidak berani untuk berada di sisi lelaki itu.

Tiga orang perempuan itu menunduk dan memohon maaf, kemudian terus berlalu pergi.

" Stupid" kata Haruto perlahan seakan berbisik. Tidak mahu isterinya mendengar.

" Apa? " soal Hana setelah mendengar Haruto seperti mencarut sesuatu.

Haruto menoleh ke arah Hana. Senyuman manis diukir di bibir.

" Jom. Bilik saya kat tingkat 17 " kata Haruto. Kaki kemudian diatur ke arah lif yang tertulis 'CEO Only' . Hana hanya mengekori sebelum langkahnya terhenti.

" Kenapa tak masuk? " tanya Haruto kepada Hana yang masih tercegat di hadapan lif.

" Saya bukan CEO. " comel Hana menjawab.

Mr. Perfectly fineWhere stories live. Discover now