5

218 28 9
                                    

Sudah hampir seminggu Haruto bekerja sebagai pemandu peribadi Hana.

Dan hampir seminggu juga, Hana tidak bertemu dengan si kekasih hatinya.

Park Jihoon.

Gambar di lock screen itu ditenung lama. Tipulah kata tak rindu. Jika diikutkan hati, petang ini selepas sekolah terus ingin pergi dating. Naik motor besar itu dan meluncur diatas jalan raya. Sehinggalah malam baru pulang.

Tetapi dia ingat amaran yang diberikan papa.

Sebab itulah Hana memilih untuk tidak bertemu dengan Jihoon dulu sewaktu emosi papa begini. Risau juga jika si kekasih diapa-apakan.

" Sudah-sudah la tu tenung lock screen tu. Nak muntah aku tengok. " kata Haruto dengan sarkastik. Hana menjeling.

" Suka hati aku la. "

Haruto tersengih. Suka betul dia kacau si Hana ni. Marah pun comel.

" Nak ikut aku tak? " Haruto bertanya.

" Pergi mana? "

" Jangan tanya, kalau nak ikut siap cepat. "

Dengan pantas, kaki diatur menuju ke biliknya untuk menukar pakaian.

~

Selalunya hujung minggu macam ni mesti dia keluar dengan Jihoon. Pergi coffee date, karaoke date, museum date, movie date.

Semuanya bersama.

Tetapi hari ni, dia bersama Haruto. Pergi ke pusat mall untuk luangkan masa bersama.

" Kita nak buat apa kat mall ni? " soal Hana bersama kerutan di dahi.

" Selama ni kau datang mall untuk jala ikan ke? " Hana menggulingkan bebola mata.

" Kau nak pergi mana dulu? Aku belanja kau hari ni. " kata Haruto mendatar. Mata Hana serta merta mengeluarkan bintang-bintang bercahaya. Dia tak salah dengar kan?

Hehe, masa yang sesuai untuk dia tapau si abe driver ni.

" Kita pergi Sephora la. "

~

Hana melihat isi-isi di dalam beg plastik itu. Suka betul dia dengan barangan makeup dan skincare yang Haruto belanja di Sephora tadi. Haruto hanya mengikutkan sahaja kehendak gadis itu.

" Kita makan dulu. Aku dah call tuan Kwon kata kita balik lambat sikit, and dia pun tak kesah. " senafas Haruto memberitahu.

" Boleh. Aku pun lapar juga ni. " Hana tersenyum senang.

" Kau nak makan kat mana? "

" Jom makan kat BBQTOWN nak? Aku dah lama tak makan grill macam tu. " pinta Hana. Mata dikerdipkan beberapa kali ke arah Haruto.

Aih, Hana jangan begitu!

" Boleh. Anything for you. "



" Table for two."  ujar Haruto setelah mereka tiba di hadapan kedai makan itu. Nasib baiklah tidak begitu ramai hari ni walaupun weekend.

Hana dan Haruto membuntuti langkah pelayan tersebut. Mereka mendapat tempat ditengah-tengah. Okaylah tu, rasa macam tengah dating.

Rasanya kalau orang pandang pun pasti mereka fikir begitu.

" Kau order dulu untuk kuah. Aku nak pergi ambil sides dengan sos kejap. " Haruto bangun dari duduk. Hana hanya mengangguk.

Baguslah Haruto ni, hehe. Memberikan dia keizinan untuk memilih kuah dan daging yang dia suka.

Setelah hampir 10 minit Haruto menghilang ke bahagian pilihan sides, lelaki itu muncul bersama dengan sepinggan sides serta dua mangkuk sos.

Semangkuk sos dihulurkan kepada Hana.

" Thank you. "

Hana nampak begitu bahagia. Gadis itu sedang sibuk meletakkan daging di atas papan grill. Tanpa sedar, Haruto semakin melebarkan senyuman.

Ah, nampaknya seperti gadis ini berjaya mencuri perhatiannya.

" Aku lagi suka BBQTOWN berbanding Suki-ya sebab kalau dekat sini, kita boleh grill daging. Kalau Suki-ya ada yang jenis berkuah je. " sengaja Hana bercerita. Tak nak ada rasa kekok diantara mereka. Mata masih melekat pada papan grill.

" Oh, aku tak pernah masuk Suki-ya atau BBQ Town. Aku lagi suka restaurant berbentuk makanan. "

Hana hanya mengangguk mendengar balasan dari Haruto.

" Aku selalu je datang sini. Kadang kalau papa tak busy datang la dengan dia. Kalau tidak boyfriend aku je yang layan datang ke sini. "

Giliran Haruto pula mengangguk. Apa nak react  pun dia tidak tahu.

" Aku tak pernah bercinta. Kau tu dah berapa lama dengan Jihoon? " soal Haruto sesudah itu.

" Lama la juga. Almost 8 months. "

" Lama juga. Bukan ke tuan Kwon tak suka dia? Macam mana boleh tahan lagi? " soal Haruto. Dia tidak pedulikan reaksi dari Hana. Dia perlu mulakan sesi mencucuk jarum.

" Maybe we are true love? And he's my first love. So of course I love him and will keep him forever. "

" He just your first love. One day, you'll find your last love. Trust me."

" Nah, aku grillkan untuk kau. " Haruto meletakkan lagi daging-daging yang telah masak di atas pinggan milik Hana.

" Kau tak makan ke? "

" Aku kena pastikan kau kenyang dulu. Kalau tidak habislah aku kena bebel dengan tuan Kwon nanti. " Hana tertawa.

Sungguh, harinya hari ini terasa bahagia bersama Haruto. Lelaki ini telah membuatkan dia tersenyum.

" Haruto, terima kasih sebab buat aku happy  hari ni. "

Mr. Perfectly fineOù les histoires vivent. Découvrez maintenant