9

221 30 7
                                    

" Are you serious love? Kenapa ni? " kerut Jihoon. Dia memandang Hana yang disebelahnya kini.

Mereka di kelab malam ibu kota. Terkejut dia melihat kekasih hatinya sudah minum habis hampir dua botol alkohol sekali gus. Hana tidak pernah lagi semabuk ini sebelum ni.

Gadis ini bahkan seperti sedang gila.

" Are you okay?  You tak pernah semabuk ni tau sebelum ni. "

" Bila je I mabuk? "

" Bila you tengah stress. "

Hana mengeluh, langsung dia kembali menogok minuman itu dari botol yang masih ada.

Sehinggalah Jihoon meraih tangan itu agar Hana berhenti minum. Dia sudah mabuk teruk!

" Masalah apa? "

" You tahu tak.. Hiks! papa I suruh I kahwin dengan dia? " tawa Hana di sela mabuk.

Nikmat alkohol benar-benar dah membuatkan dia khayal.

" Dia? Siapa dia?! Siapa yang berani ajak you kahwin selain dari I? " soal Jihoon, membulatkan matanya. Hana geleng lagi.

" Watanabe Haruto.. " tangan Hana naik mengelus pipi Jihoon.

" You kenal? Driver yang papa upah untuk I? " sengih Hana.

Jihoon mengetap rahangnya.

Jadi sekarang dia sudah ada saingan?

" Love, you takkan terima tawaran tu kan? Kenapa papa you nak sangat you kahwin dengan dia? "

" I tak tahu, hiks! Dia kata senang untuk lelaki tu jaga I bila dia dah tak ada nanti. "

" Haruto setuju je? Dia tak cakap apa-apa? " Hana menggeleng. Jihoon mengguling bebola mata.

Aih tuan Kwon, dah nak mati pun menyusahkan lagi.

" I tak nak dia, hiks! "

Hana menyandarkan tubuhnya. Cuba menghilang rasa pening yang mencucuk di kepala.

Sungguh dia pening.

" I benci dia. "

Hana tersenyum. Tangannya naik mengelus tangan Jihoon. Lantas dibawa ke pehanya.

" Jom. Biar Haruto tu tahu yang kita dah terlanjur. " tawa Hana.

Kuat.

Tawa yang agak meruntun jiwa.

" You tahu I boleh buat kan? "

Jihoon menelan liur. Dia mengusap pipi Hana yang mulai kemerahan, akibat alkohol.

Lantas, rahang Hana dipegang lembut sebelum bibir Jihoon berlabuh di bibir Hana. Mengucup lembut, hanya kerana Jihoon sungguh rindu.

" Sayang.. "

DUSHH!

" BANGSAT! JANGAN SENTUH DIA SIALAN! " teriak satu suara lantas satu tumbukan hinggap dipipi Jihoon. Terjatuh si pemuda, mengundang kesemua pengunjung kelab malam memerhatikan mereka.

Jihoon menyentuh bibirnya yang mulai berdarah. Memandang tajam sosok yang menumbuknya tadi.

Lantas senyuman sinis itu hadir lagi.

" Oh, Haruto "

Haruto mengabaikannya, lantas dia cuba memapah tubuh Hana yang terkulai layu, akibat alkohol berlebihan.

" Kau nak kahwin dengan dia? Kenapa? "

Haruto masih tidak melayan. Cuba mendukung tubuh Hana sebelum gadis itu elok terbaring didadanya.

" KAU SUKA DIA KE HARUTO?! "

" Park Jihoon, ini amaran pertama dan terakhir " keras Haruto berbicara.

" Ini Kwon Hana. Soon to be Watanabe Hana. And she's my future wife, not your girlfriend anymore. I love her more than you do. Ingat Park Jihoon, jangan kacau dia lagi. Atau kau akan berhadapan dengan Watanabe Haruto, bakal suami Hana. "

-

Cahaya lampu menerobos masuk. Menyilaukan pandangan si gadis sebelum cuba membuka kelopak matanya perlahan. Serentak keadaan asing menyapa dirinya.

Aku kat mana?

Si gadis keliru. Ini bukan biliknya.

Tapi...

Ini macam bilik...

" Dah bangun? "

Suara itu tidak asing. Suara pemilik bilik ini.

Suara Haruto.

Hana mendengus. Mengangkat selimut lantas memandang tubuhnya.

Nasib baik masih berpakaian.

" Aku kat mana ni? "

" Rumah aku. "

" Kenapa aku kat rumah kau? "

" Kau betul-betul tak ingat apa berlaku semalam heh? " kerut Haruto. Dia melabuhkan punggungnya dihujung katil.

Hana memegang kepalanya yang berdenyut sebelum dia menggeleng.

" Tak.. "

" Kau kat kelab malam semalam dengan Jihoon. Kau buat apa huh? Jatuhkan kehormatan kau? Gila ke? Kalau tuan Kwon tahu ni mampos la kau. "

Hana membulatkan matanya. Sampai macam tu?

" Jangan bagitahu papa please. "

" Kau patut bersyukur benda tu tak terlintas ke fikiran aku. " Haruto menghembus nafas kasar.

Segelas susu disua pada gadis.

" Minum ni. Bagi segar sikit kepala. Tak ada la ting tong macam semalam. "

" Kau yang buat aku ting tong, Haruto. "

" Dengan mengahwini kau? "

Hana terdiam.

" Aku tahu semua ni macam tibe, bahkan mesti kau rasa yang aku ni tengah main-main kan? Tapi aku nak kau tahu yang perasaan yang ada ni tak, pernah main-main bila dengan kau, Hana. Aku sayang kau, terlalu sayang sampai aku takut. Aku takut kau lepas menjadi milik Park Jihoon. Semalam bila aku nampak kau berciuman dengan Jihoon, hati ni rasa sakit... rasa nak pecah. "

Haruto menunduk. Malu sebenarnya ingin membongkar perasaan sebenar.

" Aku akan janji, bila aku jadi suami kau nanti aku akan jaga kau, lindungi kau, dan berharap kau tak akan ada rasa sakit, wife."

Hana kelu. Matanya yang berair menatap Haruto yang mulai diam. Bibir bawah digigit.

Haruto menatap tepat ke mata Hana.

" Haruto... "

" Izinkan aku tukar Kwon Hana menjadi Watanabe Hana. Kahwin dengan aku, Hana? "

Mr. Perfectly fineWhere stories live. Discover now