17

171 30 12
                                    

Hana meraba-raba ruang katil disebelahnya. Dia kemudian mencelikkan mata setelah menyedari Haruto tiada disisinya. Mana laki aku pergi?

Hana turun dari katilnya sebelum dia turun ke tingkat bawah. Kaki diatur ingin ke ruang tamu sebelum dia terdengar bunyi seperti sudu sedang berlaga di ruang makan.

" Eh kak, nak makan? " tegur Airi di tengah sisi meja. Disebelah ada ibu Haruto manakala di belah hujung meja ada bapanya pula.

" Hana nak makan? Meh la. Haruto dah pergi office dulu pagi tadi. Lama sangat tak masuk, jadi dia gerak awal sikit tadi. " kata ibu Haruto sambil tersenyum ke arahnya. Hana hanya membalas dengan senyuman kekok. Erk?

" Sinilah duduk, jangan malu-malu! "

Hana berlari anak menuju ke arah kerusi di tepi Airi. Sekali lagi senyuman kekok diberikan.

" So you're Hana. Now I understand why my son loves you so much. You're so pretty. Just like an angel."  puji ibu Haruto dengan loghat inggerisnya. Senyuman kecil diberikan kepada si menantu.

Hana menggaru belakang lehernya. Dia puji, kita makin awkward la!

" Makanlah dulu. Kejap lagi sembang. " kata bapa Haruto selepas menyedari Hana seperti dalam keadaan kekok.

Haruto memandang ke arah siling bilik office nya. Keluhan kecil diberi sebelum dia mencapai telefonnya yang berada di atas meja. Tiada sebarang notification yang keluar dari si isteri. Apa bini aku buat kat rumah?

BANG!

Dengan kasar pintu bilik officenya dibuka kasar dari luar. Mujur tak pecah pintu kaca tu.

" Najis, lain kali ketuk pintu dulu la setan! " kata Haruto mendatar. Jeongwoo hanya menunjukkan wajah tanpa reaksi.

" Kemain kau termenung ya. Teringat bini kat rumah ke apa? Rindu sangatlah tu~ "

Haruto hanya memulaukan Jeongwoo. Jam di tangan ditilik sebelum dia mencapai telefonnya kembali dan bangun dari kerusinya.

" Oi oi, nak gi mana? "

" Lunch. Kau tu tak nak lunch ke? " soal Haruto kembali yang sudah ingin keluar dari bilik pejabat itu.

" Sebab tu aku datang bilik office kau. Nak ajak lunch la ni. "

" Aku lunch kat rumah. "

" Anjay, jarang kau pergi lunch kat rumah. Ohh ya, dah ada bini kan. Okay faham. " Jeongwoo mengangguk kepalanya berkali kali tanda protes. Ceh, dia ingat Haruto kesah ke?

" Pergi la lunch dengan staff  lain. Have a good lunch bro! " kata Haruto seraya meninggalkan Jeongwoo seorang diri.

Jeongwoo hanya melakarkan senyum segaris. Tak apa, aku faham semua orang tinggal aku sebab dah ada ayang!

Hana di meja hanya melihat wajahnya dengan perasaan kosong. Sungguh, dia bosan sekarang. Telefonnya pula ditilik pada setiap minit. Sungguh, ingin sahaja dia menelefon suaminya sekarang. Tetapi dia tidak mahu menggangu waktu kerja lelaki itu.

Tiba-tiba terasa seperti ada tangan yang sedang melingkar dipinggangnya. Cepat-cepat dia menoleh perlahan.

" I miss you "

" Bila awak balik? " soal Hana setelah menyedari Haruto sedang berada dibelakangnya.

" Baru je. Nak ajak keluar lunch. "

" Lunch? Jomlah. Saya bosan ni. "

" Pergilah siap dulu. Saya tunggu luar. " kata Haruto mendatar. Tangannya masih lagi memeluk pinggang Hana dari belakang.

" Erkk, kot ye lepas dulu tangan tu. " serta merta tangan itu turun. Haruto menggaru belakang lehernya pula. Erkk, aku keluarlah.

Tiba sahaja di mall, dua pasangan ini terus saja ke ruang makan. Kejap lagi lah shopping.

" Nak makan apa? "

" Sushi! Hehe, dah lama tak makan. " kata Hana dengan terujanya.

" Okay, let's go darling-- "

" Abang Ruto ke tu? "

Haruto dan Hana pantas menoleh ke arah suara itu. Terbeliak mata Haruto setelah melihat sosok yang sedang berdiri di hadapannya kini. Hana tidak apa malah hanya menunjukkan riaksi kosong.

" Tracie? Bila balik jepun? " soal Haruto. Fokusnya kini hanya pada gadis di hadapannya. Gadis itu hanya muda dua tahun saja dari Haruto. Bermakna juga gadis ini sebaya Hana.

" Semalam. Well, I ambil cuti because I miss japan so much. And before I lupa, I duduk rumah you untuk dua minggu ni tau. Mummy and daddy I tak ada kat jepun, diorang overseas la macam biasa."

" Yelah, I tak kisah pun. Lagipun you rasanya almost two year juga kan duduk US ?" soal Haruto mesra. Gadis itu hanya mengangguk sebelum dia tersenyum.

Melihat mereka seperti terlalu mesra, Hana berdehem kecil.

" Oh, I lupa nak bagitahu you. This is my wife, Hana. Hana ini cousin saya, Tracie. " Haruto memperkenalkan dua gadis itu. Hana hanya tersenyum sebelum dia dan Tracie bersalaman.

" By the way, kami nak lunch ni. You nak join sama tak? " soal Haruto selamba tanpa memikirkan perasaan si isteri. Hana hanya diam tidak terkata walau sebenarnya dia agak terkejut. Suka hati je ajak dia untuk kita date!

" Tak ganggu ke? "

" Eh tak la, kan sayang? " Haruto memeluk bahu Hana sebelum dia mengusap bahu itu. Hana hanya tersenyum.

" Okay, kalau macam tu let's go! "

Suasana di meja makan hanya diam membisu. Sesekali bunyi chopstick kedengaran sedang berlaga dengan pinggan.

" Awak nak sushi apa lagi, sayang? "

" Udang. Nak yang udang. " kata Hana perlahan. Mulutnya masih sedang menguyah tempura.

Tidak lama itu, Haruto menyuapkan Hana sushi yang dimintanya tadi. Hana berkerut sebelum dia hanya akur Dan menerima juga suapan Haruto itu. Tracie di hadapannya hanya memandang tanpa kata.

" Abang Ruto, ambilkan I sushi udang tu juga. Can? "

" Yes, sure"  Haruto meletakkan satu pinggan sushi udang itu berhadapan dengan gadis itu di atas meja, sebelum gadis itu sendiri yang mengeluh.

" Alaa, abang ni. Suaplah juga! " kata Tracie bersama suara kepitnya. Haruto hanya akur lalu dia menyuap juga gadis itu sushi yang sama dengan yang Hana tadi.

Hana sudah memandang tajam ke arah gadis itu. Ahh, laki aku lepas tu kau nak menggatal?! Huh, I think you don't know who I am.

Mr. Perfectly fineWhere stories live. Discover now