20

202 33 4
                                    

" Sorry sayang, I have to go "

Kereta milik Haruto kembali meluncur diatas jalan selepas dia menghantar isterinya pulang ke rumah.

Tadi di Disneyland, semasa dua mempelai itu sedang merehatkan diri menikmati aiskrim, Jeongwoo menelefon Haruto memberitahu bahawa ada sesuatu hal penting untuk dibincangkan. Dan itu membuatkan Haruto ingin cepat-cepat berjumpa lelaki itu.

Hana di dalam bilik hanya melepaskan nafas kasar.

Apa je yang memgubah hidupnya? Rasanya tiada. Orang yang disayanginya sibuk sehingga tiada masa untuknya. Dulu papa, sekarang Haruto. Sama je, tak ada beza pun.

" Husband you tinggalkan you ke? Kesiannya. " Tracie menegur dari belakang sambil tangannya elok memegang sebiji gelas.

Hana hanya membalas dengan menjeling. Dia tak ada mood, malas layan orang macam ni.

" Sombongnya you. Jom la kita duduk borak borak dulu. "

" Malas. "

Selepas itu Tracie hanya menghantar pemergian Hana dari ekor mata.

Haruto melangkah masuk ke bilik sambil tangannya elok memegang tiga beg plastik berjenama Dior.

Hana yang sedang tidur di atas katil dipandang sekilas lalu dia melabuhkan punggung di birai katil.

Dia tahu isterinya menunggunya selepas dia menghantar Hana balik ke rumah tadi. Dan itu membuatkan Haruto rasa bersalah.

" I'm Sorry. Very sorry."

Haruto mengeluh perlahan. Rambut Hana diselak ke belakang telinga. Tidak lama, gadis itu terjaga dari tidurnya.

" Bila balik? "

" Baru je. "

" Okay. Bye, nak sambung tidur balik! " laju sahaja Hana menarik selimut sekaligus tidur bertentangan Haruto. Merajuk la sebenarnya. Nak tunggu pujuk je ni.

" Sayang, awak merajuk dengan saya ke? "

" Nak tido! Jangan kacau! "

" Sayang, I'm sorry. Really really sorry. It's my fault, sebab dah kata nak spend time dengan awak aje kan? I'm sorry okay. Hal tadi tu nak kena sign hari ni juga. So saya terpaksa. Janganlah merajuk, pleaseeeeee! " rujukan dari Haruto dibiarkan sepi. Hana terus bangun dari baringan dan bertukar ke posisi duduk menghadap Haruto.

" Promise tak buat lagi? "

" Iya sayang, promise ! "

" Okay. Beg tu beli apa?" soal Hana apabila dia melihat tiga beg kertas berjenama Dior di birai katilnya.

" Err, tanda minta maaf? Here for you ! " kini beg plastik itu bertukar tangan. Pantas sahaja Hana membuka isi di dalamnya. Terbeliak matanya melihat apa yang dibeli oleh Haruto. Ada handbag, kasut, dan set makeup. OMG!

" Suka tak? "

" Omg, i like it. Thank you! "

" Eh, ada satu lagi hadiah nak bagi kat sayang. " kata Haruto perlahan sambil mengucup rambut isterinya.

" Apa dia? "

" Pergi la siap dulu. "

Hana memuncung. Surprise apa pulak dia nak bagi?

" Kita nak pergi mana ni? " kerut Hana bingung. Melihat jalan seketika, apabila dia menyedari Haruto memasuki kawasan perumahan yang agak mewah dan moden.

" Kita pergi rumah kita, sayang. "

" Ki- kita? "

" Sampai. " serentak Haruto memakirkan kenderaannya dikawasan yang disediakan. Hana masih kelu, memandang pemandangan hadapannya.

Rumah ini sudah seperti banglo tiga tingkat. Luas rumah ini seperti dua kali besar dari rumahnya di Seoul. Besar nak mampus! Hanya ahli jutawan saja yang mampu duduk di apartment begini.

Hana tersentak apabila Haruto sudah mengetuk cerminnya diluar. Kejap, bila pulak dia keluar?

" Kita kat mana ni? Jangan main-main. Ini rumah orang jutawan tau. Nanti orang marah macam mana? " bebel Hana. Haruto masih diam, menghadirkan senyuman dibibir. Aih isterinya ini comel betul. Dia lupa ke suami dia ni ceo?

Hana memandang Haruto sebelum dia melihat lelaki eksen kata laluan di daun pintu rumah. Terbeliak matanya apabila melihat kata laluan rumah ini ialah nombor tarikh ulang tahun nya.

" Sayang masuklah dulu. Tengok rumah. Saya nak tunggu Jeongwoo untuk sign documents sikit. " kata Haruto melepaskan pegangan tangan mereka.

" Ini rumah kita? " soalan Hana membuatkan Haruto ketawa. Ah, isterinya ini lucu betul. Comel rasa nak picit pipi tu.

" Iya sayang. Kan dah cakap banyak kali tadi. "

" Besar sangatlah. Kita tinggal berdua aje kan? "

" Sekarang berdua. Soon ada tiga, empat, lima, enam, tuj-- ADUH! " pantas saja sepit ketam Hana itu mendarat di pinggang Haruto.

" Gatal " Hana terus berlalu pergi naik ke atas melihat tanpa memperdulikan Haruto.

Mr. Perfectly fineWhere stories live. Discover now