14

238 34 1
                                    

[ 5 bulan kemudian ]


Haruto dan Hana jogging bersama di taman. Sudah hampir satu jam mereka jogging.

Jogging tak apa.

Asal jangan lari.

" Kita duduk dulu" kata Haruto. Dia sudah melangkah menuju ke sebuah bangku yang disediakan. Hana mengiakan aja sebelum dia juga turut melabuhkan punggung berselahan Haruto.

" Aku nak bagitahu kau something  ni. " kata Haruto kembali memulakan bicara. Dia membetulkan duduknya sambil mata menatap anak mata coklat milik Hana.

" Apa dia? "

" Lusa, aku kena balik jepun dah. Banyak kerja aku dah tertanguh. "

Sudah berbulan dia meninggalkan kerjanya di Jepun. Mujurlah ada Jeongwoo yang selalu update tentang perkembangan kerjanya di sana. Dan misinya di Korea ini juga sudah selesai. Eloklah dia pulang.

Mendengarkan itu, serta merta riak wajah Hana berubah. Haruto mahu tinggalkan dia?

" Habis tu kau nak tinggal aku sorang-sorang ke kat Seoul ni? "

" Apa maksud kau tinggalkan kau? Mestilah kau ikut aku balik sana juga. Memang niat aku lepas kau graduate sekolah, aku akan bawa kau balik jepun sama"

" Dan tinggalkan semua yang aku ada kat sini? It's not easy man."

Haruto terdiam lalu dia melepaskan nafas kasar.

" Ya aku tahu. Sebab Jihoon? Itu aku faham kau sayang dia tapi tak boleh ke kau putus dengan dia and respect me as your husband? "

" Apa kau merepek ni? Jihoon tu first love aku tau. Ingat senang ke nak putus macam tu je? And kau tu tolonglah sedar diri yang aku kahwin dengan kau sebab papa. Kalau bukan sebab dia minta, aku tak akan kahwin dengan kau la. Ingat Haruto, sedar diri kau. " sesudah itu, Hana bangun lalu meninggalkan Haruto berseorangan di belakang. Earbuds di dalam kocek seluar diambil lalu menyumbat ia ke dalam telinga untuk dia teruskan berlari.

Haruto yang masih kaku di tempatnya itu hanya melepaskan nafas kasar. Haih, susah!

















Malam. Masing-masing masih mendiamkan diri. Haruto yang berada di hadapan skrin tv memandang Hana yang sedang sibuk mentatarias wajahnya. Sesekali eyeliner dilentikkan sedikit. Dipadankan pula dengan lipmate pink pudar bagi menjayakan makeupnya pada malam ini.

" Kau nak keluar ke? " soal Haruto tiba-tiba. Hana malah mengangguk.

" Ke bandar kejap dengan Jihoon. "

Haruto tidak berkata apa malah skrin tv ditumpukan kembali. Malaslah dia ingin berbahas lagi dengan gadis itu.

" Aku pergi dulu tau. " ucap Hana sebelum dia tersenyum ke arah Haruto. Memandang wajah Haruto yang beku mengundang rasa tidak senang di hatinya.

Keluar saja Hana dari pintu, dia bingkas bangun lalu cermin tingkap yang mempamerkan dua sosok itu dipandang tajam.

Oh mamat tu datang naik kereta.

Eh-- bukan selama ni mamat tu bawa superbike dia je ke?

Haruto seperti terasa ada benda yang tidak kena. Haruto hanya memandang tanpa reaksi sebelum dia sempat menangkap wajah Jihoon sedang tersenyum sinis kepadanya. Apa plan kau sebenarnya?

Tanpa berfikir panjang, kunci kereta yang elok tergantung di ambil sebelum kereta itu dihidupkan dan memecut laju di atas jalan raya.

-

" Minumlah. " pelawa Jihoon. Dia menghulurkan segelas alkohol kepada Hana.

" Thanks"

" So you nak ikut ke husband you balik Jepun? " soal Jihoon, menyilang kaki memandang Hana yang sedang meneguk air.

" Nak tak nak kena juga. "

" So you akan tinggal I la kan? "

" Ya nampaknya. "

" Or you tak akan. "

Jihoon tersenyum sinis, lantas tangannya naik...

Mengelus lembut peha Hana.

" Huh? Apa maksud you-- ARGHH! " Hana memegang kepalanya yang mendadak sakit.

SHIT!

Air apa ni?!

" You okay? "

" I nak balik. " dengus Hana, cuba untuk berdiri tegak. Pemandangan mulai Kabir, keseimbangannya juga seakan- terganggu.

Baru sahaja dia mahu berdiri, dia mendadak pening.

" Jom I hantar you balik. " tangan Hana diraih, menarik tubuh si gadis untuk mengikutinya menuju ke kereta. Hana tidak membantah malah hanya mengikut.

" I nak call Haruto. Mana telefon I? " tangan Hana meraba mencari telefonnya di dalam beg. Jihoon yang memandang itu tersenyum sinis.

Nampaknya dia lebih cepat daripada perempuan ini.

" Its okay tak payah call dia, I tahu mana nak bawa you. "

Perlahan lahan kereta yang dibawa Jihoon itu memecut sebelum mereka tiba disebuah tempat.

" I percaya, Haruto masih belum rasmi you. So I will make it for him."  ucap Jihoon dalam sinisnya, memandang wajah si gadis yang kini tidak sedarkan diri.

Baru sahaja tangannya ingin menyentuh, bunyi hon dari kereta lain menganggu.

" Siapa-- "

BURGHHHH!

" BANGSAT SIALAN! BERANI KAU SENTUH DIA?! " teriak satu suara lantas satu tumbukan hinggap dipipi Jihoon.

BURGHH!

BURGH!

BURGHHHH!

Jihoon menyentuh bibirnya yang mulai berdarah akibat beberapa tumbukan tadi. Memandang tajam sosok yang menumbuknya tadi.

Lantas senyuman sinis itu hadir lagi.

" Sial, lain kali jangan kacau malam aku. "

" MALAM KAU?! KEPALA OTAK KAU LA! " Haruto sudah menggila. Lantas Jihoon didekati lalu dia memberikan lagi beberapa tumbukan.

" Haruto stop it!  Mati dia nanti! " Jeongwoo yang dari tadi hanya memerhati kini menghentikan teriakan Haruto.

" Ikutkan hati aku, memang malam ni juga kau mati. Manusia bangsat! "

Haruto mendengus sebelum air liurnya diludahkan ke arah Jihoon yang sedang mengerang kesakitan. Selepas itu Hana yang berada di dalam kereta dipapah sebelum mereka bertiga pergi meninggalkan Jihoon.

" Nasib kau cepat bro. Kalau tidak bini kau dah jadi makanan dia. " kata Jeongwoo selepas itu.

Haruto meraub wajahnya. Inilah kenapa dia berasa tidak sedap hati dari tadi. Wajah si isteri yang sedang baring di atas ribanya dipandang sayu.

Perlu ke dia cerita tentang ini ke isterinya? Dan Hana tu nak ke percaya dia?

Mr. Perfectly fineWhere stories live. Discover now