15

238 36 10
                                    

Cahaya matahari menerobos masuk.
Menyilaukan pandangan si gadis sebelum cuba membuka kelopak matanya perlahan.

Hana mendengus. Lantas selimut diangkat memandang tubuhnya.

Syukurlah masih dengan pakaian.

Kejap...

Semalam dia keluar dengan Jihoon...

Rasa nak pitam...

Jihoon bawa balik...

SHIT APA DIA BUAT?!

" Kau dah bangun ke? "

" Apa jadi malam tadi? " soal Hana, memegang kepalanya yang masih berdenyut.

" Tak ingat ke apa kau dah buat dengan dia? Seronok? " sinis Haruto bertanya. Mata tidak langsung memandang ke Hana yang sedang masih terbaring.

Kejap, maknanya?!??!

Haruto menghela nafas kasar. Tak. Bukan itu caranya.

" Haih, takde apalah. Kau okay. Nasib aku datang cepat. Kalau aku lambat sikit lagi, entah apa jadi kat kau. " kata Haruto mendatar.

" Minum ni. "

Segelas air kosong disua pada gadis. Hana menerima lalu menogok minuman itu dengan rakus.

" Pergi la mandi. Aku siapkan makanan kau. " baru saja kakinya ingin berdiri, terasa seperti hujung bajunya ditarik. Haruto pantas menoleh.

" Hm? "

" Sorry "

" Sorry? For what? "

" Aku disrespect kau. Maaf. Aku tak tahu pun yang Jihoon akan buat macam tu. Aku tak agak. Maaf. " sayu Hana bersuara, dia menunduk. Haruto masih hanya diam memandangnya tanpa reaksi.

" Janganlah diam. Kau buat aku rasa lagi bersalah. " omel Hana, bangun dari pembaringnya.

" Forget it. Sekarang, pergi mandi. "










" Haruto? Mana kau? " puas di tingkat atas Hana mencari sosok itu. Namun tiada sahutan.

Dia turun ke bawah pula, sebelum sosok lain yang dia tidak kenali sedang menghirup rakus semangkuk mi segera.

" OH MAK KAU-- "

" Kau siapa? Macam mana boleh ada dalam rumah aku? "

" Aku? Aku Park Jeongwoo, kesayangan laki kau, Haruto. " jawab Jeongwoo selamba.

Pakk!

" Adoi! Sakitlah! " jerit Jeongwoo selepas Haruto mengetuk kepalanya. Dari mana pula mamat ni muncul?

"Padan muka. Kesayangan kepala otak kau la! Jijik aku dengar"

" Betul apa kan? Dulu sebelum kau usya bini kau kat Lotte World kan-- "

Pakk!

" Adoi! Sakitlah setan! Kau kenapa?! "

" Jangan mengarut boleh? Kang aku halau kau keluar nanti. "

Hana yang hanya memerhati itu hanya mendiamkan diri. Apa sedang berlaku pun dia tidak tahu.

" Kau nak makan? Aku ada buat bubur untuk kau. " tutur Haruto lembut ke arah Hana. Mangkuk diambil untuk dihidang pada si gadis. Hana tidak berkata apa lalu meja yang menempatkan mereka dituju.

Hana terdiam selepas melihat Haruto hanya memegang sahaja mangkuk berisi bubur itu.

"Aku suap kau" sedikit Haruto menyedok bubur itu menggunakan sudu. Hana yang memandang itu hanya ikutkan saja.

Aaaa...

"Sedap?" Haruto tersengih memandang Hana yang sedang mengunyah makanan.

" Not bad "

Jeongwoo yang memerhati itu terasa panas. Hekeleh, mentang ada bini boleh pula lupa aku kat sini lagi.

" Aku keluar jap. Cari makan sendiri. " Jeongwoo bingkas bangun, meninggalkan dua insan itu. Enjin kereta dihidupkan dan memecut laju ke bandar.

" Dia kenapa? "

" Jealous la tu. Aku dengan kau macam ni. Dia tak ada. "

Erkk? Macam tu pun boleh

" Minggu depan aku dengan Jeongwoo nak balik jepun dah ni. Kau nak ikut? " soal Haruto. Bubur di dalam mangkuk tadi sudah pun habis.

" Ikutlah. Aku pun dah tak ada sesiapa lagi kat sini. "

" Jihoon? "

" Dia? Aku tak rasa aku boleh teruskan hubungan aku dengan dia. I will move on and... "

" I will try to love you "

Haruto melakarkan senyuman. Memang itu yang dia mahukan. Tak jadi sia-sia dia menunggu, kan? Target dia, akhirnya sudah tercapai.

" Hana, kita dah enam bulan kahwin. Panggilan antara kita tu, boleh tak aku minta tukar? "

" Tukar? Nak panggil apa? "

" Sayang, honey "

" HELL NO, EWWW!!! " geli Hana, gelengan laju dibalas. Haruto hanya tertawa.

" Ala, kau dengan Jihoon dulu elok je bersayang bagai. Ni dengan suami sendiri pun geli. "

" Tak naklah! "

" Okay okay, kau nak panggil apa? "

Hana diam seketika. Berfikir lama lantas mengangkat sebelah keningnya.

" Hana, Haru "

" Panggilan nama? "

" Haah. Kau nak tak? "

" Ala, tapi aku nak sayang, babyboo-- "

" Blah la kau. Aku nak naik atas tengok Netflix. "

" OKAY OKAY!! Haru terima Hana punya cadangan! " teriak Haruto. Hana berperingai, berpaling memandang Haruto yang memuncung.

" Baik, suamiku. Jom teman isterimu ini tengok Netflix kat atas. "

Mr. Perfectly fineWhere stories live. Discover now