6

229 30 7
                                    

Hana melangkah masuk ke rumah. Senyuman dihulurkan kepada bibik yang siap sedia ingin pulang ke rumahnya.

" Lama keluar dating. "

Belum sempat dia ingin membuka langkah, suara tuan Kwon sudah bergema di ruang tamu. Laju saja dia berjalan ke arah si ayah. Beg kertas yang dibeli tadi dicampak ke atas sofa lalu dia segera memeluk tuan Kwon.

Tuan Kwon hanya tertawa. Dia mengusap kepala sang anak. Anak manja. Yelah, dia sorang sahaja satu-satunya anak. Haruslah dia jaga bagaikan permata.

" Seronok keluar dating? "  soal tuan Kwon penuh dengan usikan. Hana hanya tersenyum.

" Mana ada dating  la pa. "

" Okey tukar soalan.. Haruto okey tak? " soal tuan Kwon untuk kesekian kalinya.

" Not bad. Dia layan Hana baik je. Apa yang Hana nak semua dia ikut. "

Hana masih tidak mengerti soalan yang ditujukan papanya.

" Hana suka? " soalan tuan Kwon bagaikan perangkap. Sesi cucuk jarum bermula.

" Err, sukalah kot. Hana boleh je anggap dia macam abang. " balas Hana. Tidak tahu mengapa papa bertanya begini. Soalan papa itu sungguh kedengaran lain.

" Jihoon dengan Haruto pun sebaya kan? Kenapa Jihoon pun Hana tak anggap abang? " soal tuan Kwon bersahaja.

Kali ini, Hana terdiam mendengar soalan papanya. Apa maksud papa anggap Jihoon pun macam abang?

" Maksud papa? "

" Tak apalah, Hana pergi naik atas mandi. "

~

Usai mandi, Hana membuka telefon. Dari siang tadi dia tidak membuka telefonnya kerana tidak sempat.

12 message
9 missed call

Terbeliak mata Hana melihat kesemua notification itu datangnya dari si kekasih hati.

Siapa lagi, Jihoon lah.

Antara mesej yang terimanya..

" You kat mana? "

" Jom keluar nak? "

" Sayang, i miss you "

" Sayang bila kita boleh jumpa? It's almost one week I tak tengok muka cantik you. "

" Where are you love? Kenapa tak reply mesej I ni? "

" Love, reply mesej I please? "

" You pergi mana ni mesej tak jawab, I call pun you tak angkat. "

Dan yang lagi dia terkejut..

" You keluar dengan siapa tadi? "

Hana tersentak. Jihoon tahu?!

Dan tanpa membuang masa, jari lincah menekan-nekan keyboad, membalas mesej dari Jihoon itu.

" I'm so sorry sayang, tadi I keluar sampai tak perasan mesej you.

" Btw dia bukan siapa-siapa pun, dia driver yang papa upah untuk I. Tadi pun dia bawa I keluar sebab papa suruh. "

" Next week la baru kita keluar ya? I janji, you and me only. "

Mesej dihantar.

One tick. Means dia masih belum tengok mesej ni.

" Dia busy agaknya. "

Ting!

" Okay, but I need more explanation bila kita jumpa nanti. Good night love. "

Hana mengeluh perlahan. Tak tahu mengapa, dia rasa begini.

Seperti tiada perasaan.

Tidak lama itu, kedengaran mesej baru pula masuk.

Dia mencapai semula telefonnya. Berkerut dia apabila mesej kali ni bukan dari Jihoon, tetapi dari Haruto.

" Esok kau sekolah kan? Rest well. Aku tak nak kau penat sekolah esok. "

Hana tersenyum membaca mesej dari Haruto. Hehe, macam tahu-tahu je.

" Okey abe. Kau pun sama esok nak hantar aku pergi sekolah. *emoji mulut muncung* "

Blue tick.

Siot Watanabe dia seen je mesej aku.

Mr. Perfectly fineWhere stories live. Discover now