Bab 2

8K 359 26
                                    

SEPERTI yang Hirsya katakan tempoh hari pada Asyraaf, dia memang tidak lagi ke gim atau ke tempat yang beradanya lelaki itu untuk bertemu lelaki itu.

Namun, sekarang ini Hirsya dalam perjalanan untuk ke kedai runcit yang menjual bahan masakan untuk dibeli. Atas permintaan uminya.

Sebaik tiba di kedai yang ditujui, kakinya melangkah masuk ke dalam dan terus memilih barang.

"Weh-"

"Argh!"

Serbuan oleh seseorang dari sisinya itu mengejutkan gadis itu tanpa sempat dia bertindak dalam kawalan.

"Kau tahu tak-"

Tubuh kecil itu mula bergetar tatkala mendengar suara garau yang sangat hampir dengan cuping telinganya itu. Sontak, kedua belah tapak tangannya dinaikkan untuk menutup kedua belah telinganya.

"T...Tolong. Pergi.." rayu suara kecil yang lemah itu.

"Eh, aku cuma-"

Mutiara jernih mula menuruni ke pipi Hirsya. Esakan makin jelas kedengaran. Terhinggut bahu kecil itu sambil seakan cuba menjauhkan diri daripada lelaki asing yang tampak cuba mendekati dia itu.

"Bro, apahal ni?"

Tiba-tiba seorang lagi lelaki hadir ke situ apabila melihatian seolah ada sesuatu yang terjadi di situ.

"Entah, minah ni. Aku datang nak tanya je, dia dah tiba-tiba menangis." Balas si lelaki yang menegur Hirsya tadi.

"Kejap, siapa ni?"

Seorang lagi lelaki datang menghampiri gadis yang menangis teresak-esak itu bagi melihat siapa gerangannya.

"Sya? "

Perlahan-lahan, Hirsya mengangkat sedikit wajahnya untuk melihat lelaki yang menyeru nama singkatannya itu.

"Raaf?"

Asyraaf hanya memandang saja wajah kuning langsat yang sudah dibanjiri dengan air mata itu. Mahu saja dikesat dengan jarinya sendiri, namun Islam mengharamkannya.

Walaupun, ini bukan sekali dia melihat air mata gadis itu, perasaan simpati dan belas kasihannya terhadap gadis itu tetap sama.

"Sya kenapa nangis? Sya buat apa dekat sini? Kenapa, Sya? Lelaki ni ada buat apa-apa pada Sya?" Soal Asyraaf bertalu-talu.

"Eh, aku tak ada buat-"

Belum sempat lelaki asing tadi mencelah, Asyraaf sudah terlebih dahulu mengangkat sebelah tapak tangannya di hadapan muka lelaki itu. Meminta untuk berhenti seketika. Dia tidak meminta sebarang penjelasan daripada lelaki tersebut.

Lelaki asing tadi mendengus kasar sebelum beredar dari situ. Dia datang nak tanya soalan saja pun sebab gadis itu yang dia nampak dulu ketika itu. Bukannya dia mahu ambil kesempatan.

"Sya? Jawab saya tanya. " soal Asyraaf sekali lagi. Mengharapkan bahawa gadis itu akan menjawab pertanyaannya buat kali ini.

"Sya.. Sya... Takut.."

Hirsya masih cuba menjawab dengan esakan yang masih bersisa.

"Takut kenapa, Sya? Cuba beritahu elok-elok sampai habis. Saya tak faham." Lembut saja intonasi suara Asyraaf. Seperti biasa.

Gadis itu tidak terus menjawab, sebaliknya kotak memorinya terus teringat pada peristiwa hitam yang telah dia alami pada awal tahun lepas. Semuanya masih kekal tersimpan di ingatannya.

Semakin kuat getaran pada tubuh itu sebaik mengingatkan semuanya.

"Sya.. Hirsya Qaila.."

Seruan itu tidak sama sekali di dengari oleh Hirsya.

"Hey, Sya.. Relaks. Sya pandang saya."

Laju kepala gadis itu menggeleng. "Sya nak keluar. Bawa saya keluar." Masih dengan wajah menunduk ke lantai.

"Ya, ya. Saya bawa Sya keluar. Come here." Asyraaf cuba menggamit gadis itu untuk bangun.

Sebaik mendengarkan suara yang penuh kelembutan itu, Hirsya menurut saja lalu dengan perlahan-lahan dia bangun untuk berdiri.

Melihatkan air mata yang masih bersisa di pipi bersih itu, Asyraaf segera mencapai hujung selendang jersi yang dipakai Hirsya itu lalu dibawa ke pipi gadis itu. Mengesat air mata itu.

"Orang comel tak boleh menangis banyak sangat. Nanti hilang tenaga sampai sakit, tak ke susah?" Tutur lelaki itu.

"Siapa comel?"

"Sya lah, semua orang kata Sya comel."

"Siapa kata? Umi tak pernah pun kata Sya comel."

Terdiam Asyraaf saat Hirsya menyebut umi. Biarpun dia tidak seberapa rapat dengan keluarga gadis itu, tapi dia sangat tahu bahawa ibu kandung gadis itu sangat membenci Hirsya.

Selalu tubuh kecil itu dipukul tanpa belas kasihan hingga lebam, kemerahan dan menampakkan isi.

Selalu digertaknya Hirsya.

Selalu diarahnya Hirsya mengikut kehendaknya seperti orang suruhan.

"Raaf? Kenapa diam?"

Laju Asyraaf menggeleng.

"Saya bukan cakap umi, tapi orang lain. Ramai kawan saya kata Sya comel. Indeed, you are really cute and a cute girl like you cannot cry too much. Okay?"

"Hirsya!"

Belum sempat gadis itu membalas, satu suara bingit yang amat dia kenali datang menjerkah.

Lantas, gadis itu berpaling ke belakang. Sebaik saja melihat wajah itu, membulat mata bundarnya.

"U..umi.." serunya perlahan.

"Kau buat apa dekat sini, hah? Umi suruh kau beli barang saja kan? Ini, kenapa jumpa dengan lelaki pula ni? Siapa ni?" Gertak wanita separuh umur itu.

"In..ini.."

"Saya Asyraaf, mak cik. Cikgu Hirsya."

Sontak, Hirsya menoleh ke arah Asyraaf. Cikgu?! Ya Tuhan, masa bila pula?

Memanglah adakalanya Asyraaf akan membantu dia dalam menyiapkan kerja sekolah yang dia kurang tahu serta mengajarnya tapi tidak pernah langsung dipanggilnya lelaki itu gurunya.

Terus mengendur riak wajah Puan Hasnah, umi kepada Hirsya.

"Oh, cikgu. Maaflah, cikgu. Saya ingatkan kawan atau teman lelaki dia tadi. Siap lah dia kalau betul! "

Puan Hasnah menghulurkan senyum tipis buat lelaki di hadapannya itu. Intonasi suaranya juga sudah berubah menjadi lebih perlahan daripada sebelumnya.

Asyraaf tetap berlagak biasa. Dia membalas senyuman wanita itu sambil menundukkan sedikit kepala.

"Tak apa, Puan. Cumanya, saya mohon Puan tidak perlulah gertak Hirsya begitu lagi. Berkemungkinan dia akan trauma di masa akan datang dan mengalami masalah mental hingga boleh menjejaskan pembelajaran dia. Tak elok. Puan pasti mahu Hirsya berjaya dalam pelajaran, bukan?"

Pesanan lembut diberikan oleh Asyraaf. Sungguh bijak dia menyusun ayat agar ibu Hirsya itu tidak mengesyaki apa-apa.

"Oh, baik. Saya akan cuba. Tapi itulah cara saya besarkan dan didik anak-anak saya, cikgu. Semuanya dah besar panjang dan berjaya sekarang."

"Tapi itu di zaman anak Puan yang lahir lebih awal daripada Hirsya. Yang seumuran saya. Memang itu biasa dulu tapi bukan lagi sekarang. Era kini akan semakin berubah, Puan. Puan juga perlu mendidik anak mengikut peredaran masa. Maafkan saya jika ayat saya ni kasar. Saya sebagai gurunya juga mahu yang terbaik buat masa depan Hirsya. "

Ayat lelaki itu terjeda seketika untuk dia menarik nafas sedalamnya sebelum dihembus perlahan. Lalu, disambungnya kembali.

"Sebab Hirsya satu-satunya pelajar kesayangan saya. Dia budak baik dan sangat rajin. Cuma orang yang tidak pernah nampak usaha dia."

Jangan menilai dulu. Jangan terburu. Beri waktu.






Takdir Kita | E-BOOK Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin