Bab 8

5.7K 255 30
                                    

SUDAH seminggu ikatan pertunangan diikat, hubungan Faqihah dan tunangnya, Asyraaf sentiasa dalam keadaan yang baik. Mereka sama-sama bahagia atas perkenalan dari mula.

Sementara menanti Faqihah keluar dari rumahnya, Asyraaf membuat persiapan di bahagian penumpang hadapan buat wanita itu sebagai kejutan.

Jujur katakan, dia bukan lelaki yang arif perihal romantis dan manis jadi hampir segala yang dia lakukan buat wanita itu, hanyalah diperolehi melalui sumber dalam talian saja.

Asyraaf kembali ke posisi asal tatkala menyedari Faqihah telah di pintu pagar. Telefon dikeluarkan dari kocek seluar, dan aplikasi kamera dibuka untuk merakam momen tersebut.

Sebaik Faqihah membuka saja pintu kereta mewah milik tunangnya itu, betapa tergamamnya dia melihat sekotak coklat yang dihias seperti hamper. Terlalu banyak. Rahangnya jatuh melihat itu.

Manakala, Asyraaf pula hanya tersengih lebar sambil merakam momen itu.

"Silakan masuk, Cik Faqihah saya."

Tersipu malu wanita itu tersenyum seraya mengangkat kotak coklat itu dan dibawa ke atas riba. Pintu kereta ditutup. Ralit matanya meneliti pelbagai jenis coklat yang terkandung.

"MaShaaAllah... Banyaknya, Asy!" Dipandang Asyraaf yang segak berbaju kelabu berkolar dan seluar krim itu dengan senyuman melebar dan mata yang bersinar.

"Suka?"

Laju Faqihah mengangguk. "Mestilah! Nak makan sekarang, boleh?"

Asyraaf menamatkan rakaman. Disimpan telefon ke tempat asal.

"Terpulang. Takut nanti Qihah sakit perut kalau makan sekarang. Kita dekat luar lama lagi ni."

Faqihah mengemam bibir. "Okaylah. Nanti Qihah makan dekat rumah."

Kepala Asyraaf jatuh sekali. Dia memusingkan tubuh menghadap depan semula. Pemanduan dimulakan.

"Qihah okay?"

"Okay! Asy okay kerja?"

"Alhamdulillah okay. Penat tu biasalah."

Faqihah mengangguk beberapa kali. "Asy jangan push diri sangat sampai tak cukup rehat. Jangan tidur lewat. Nanti otak lelah, susah nak buat kerja. Awak tu, salah seorang perwira negara. "

Tawa kecil Asyraaf terletus mendengar ocehan tunangnya yang kedengaran comel itu.

"Ya, Asy tau. Qihah pun sama. Belajar elok-elok. Habiskan master biar dapat graduate dengan umi dan walid. Nanti, Asy akan jadi orang pertama yang datang beri Qihah hadiah."

Faqihah tersenyum lebar. Terharu akan bicara manis tunangnya itu. Baginya, Asyraaf bukanlah lelaki yang suka melontar bicara manis sepanjang masa tapi kata-katanya sentiasa menyenangkan hati dalam nada yang beradab dan lembut.

"Kalau Qihah nak sambung sampai PhD , boleh? Asy kasi tak?"

Asyraaf terdiam seketika. Berfikir. Jika Faqihah akan terus menamatkan pengajian hingga peringkat itu, dia bimbang nanti dia pula yang diabaikan oleh wanita itu setelah mereka berkahwin. Apatah lagi, jika mereka bakal mempunyai cahaya mata bersama.

"Asy? Asy kasi tak?" ulang Faqihah. Dipandang sisi wajah tampan tunangnya itu.

"Hurm... I... will wait for you. Don't worry." Asyraaf menguntum senyum manis buat Faqihah sekilas pandang.

"Betul ni, Asy kasi?"

"Ya, Cik Faqihah."

"Cik apa?"

"Cik Faqihah." Asyraaf setia melayan.

Tertawa Faqihah apabila dipanggil sebegitu oleh Asyraaf. Entah mengapa, hatinya rasa berbunga tatkala lelaki itu menambah panggilan itu di depan namanya. Rasa istimewa. Rasa dihormati.

"Cik Faqihah saya nak pergi mana dulu? Makan, atau jalan-jalan dulu?"

"Kalau jalan-jalan, kita nak pergi mana?"

Asyraaf memang tidak memberitahu Faqihah bahawa di mana lokasi mereka untuk meluangkan masa hari ini. Oleh sebab, kejutan yang ingin dibuat setelah beberapa bulan mereka berjauhan disebabkan tugasan yang harus Asyraaf laksanakan.

"Farm In The City. Qihah tau? Dia lebih kurang macam Zoo Negara juga tapi ini versi mini dan lagi fun."

"Oh. Tau! Kita pergi sana dululah. Then, baru pergi makan. Nanti lepas have fun, mesti lapar kan?"

"Baiklah, Cik Faqihah. ."

Sekali lagi Faqihah tertawa.

Takdir Kita | E-BOOK Kde žijí příběhy. Začni objevovat