BAB 16

6K 317 8
                                    

SOROTAN mata bundarnya terhenti pada suatu kawasan luas yang dikerumuni oleh beberapa orang lelaki beruniform biru gelap yang sedang berbual. Semuanya tampak segak dan kemas belaka.

"Kenapa kita di ibu pejabat Bukit Aman? Sya ingat, Raaf nak bawa ke kedai makan."

"Sorry, Sya. Tiba-tiba tadi Tuan saya call ada hal urgent. Selepas settle semuanya, kita pergi makan, ya? "

Terbias riak serba salah di wajah Asyraaf.

"Okay."

"Sya nak turun ke nak stay dalam kereta? Saya bukakkan aircond."

Laju, Hirsya menggeleng.

"Tak perlulah. Sya ikut sekali. Boleh kan?"

Asyraaf mengangguk sekali.

"Boleh. Jom."

Pintu kereta dibuka lalu mereka berdua keluar dari perut kereta sebelum ianya dikunci.

"Sya ikut saja saya tau. Dekat sini, bahaya sikit," bisik Asyraaf, perlahan.

"Kenapa? Ramai orang jahat ke?" dengan polosnya, Hirsya menyoal.

Terletus tawa Asyraaf. Geram melihatkan kepolosan Hirsya.

"Tak, Sya. Maksud saya, dekat sini ramai buaya. Saya takut kalau Sya tak selesa. "

"Buaya? Oh! Faham. Faham."

Gadis itu cuba menyorokkan senyumnya dek kerana terhibur.

"Okay. Let's go."

Mereka berdua, jalan beriringan ke suatu tempat. Sebaik sampai saja di hadapan sebuah pejabat, Asyraaf mempelawa gadis itu masuk terlebih dahulu diiringi olehnya dari belakang.

Namun tatkala Hirsya sudah masuk ke dalam bilik tersebut, dia melihat ada beberapa orang lelaki berbadan tegap sedang melakukan kerja dan ada juga sedang bersantai seketika.

Refleks, dia mengundur beberapa tapak ke belakang. Gerun. Dia tidak biasa dengan persekitaran sebegini.

Hirsya mendekat sedikit pada Asyraaf tapi masih ada jarak yang bersisa antara mereka berdua. Dia mendongak sedikit memandang lelaki itu.

"Tempat apa ni, Raaf? Ramainya lelaki. Sya tak biasa. Sya seganlah." Perlahan saja suaranya berkata tanpa membalas lelaki itu.

Katakanlah saja bahawa dia manja, mungkin ya dan mungkin tidak juga. Cumanya, dia tidak dibesarkan dengan persekitaran yang terlalu bebas dengan lelaki.

Mungkin bagi orang lain, ianya hanya perkara biasa. Tapi jikalau mereka di tempatnya, pasti akan memahami dan merasai perasaannya.

Tiba-tiba, ada seseorang bersiul nakal. Matanya jatuh pada wajah Hirsya.

"Uihh.. Acap bawak mai awek la.."

Bermula dari seorang, hadir pula lagi seorang rakan jejaka itu ke arah mereka.

Hirsya mengenggam erat jemarinya sesama sendiri. Dia perasan Asyraaf menjeling rakan lelaki itu.

"Dahlah. Dia tak selesalah." Tegas, Asyraaf berkata sambil berjalan ke depan satu pintu bilik yang terdapat di situ.

Terus tertawa kedua orang jejaka itu. Salah seorang rakannya memandang ke wajah jelita Hirsya.

"Comelnya dia ni. Acap, berapa umur dia?" soal si lelaki yang bersiul tadi yang bernama Mikael. Keningnya dijongketkan.

Asyraaf menolak bahu rakannya itu. Terletus tawa rakannya.

"Tak payahlah kacau dia."

"Apa? Aku tanya aje." Lelaki itu tersengih.

Takdir Kita | E-BOOK Donde viven las historias. Descúbrelo ahora