BAB 18

6.3K 545 42
                                    

MEMBULAT matanya sebaik mendapat berita tentang kemalangan yang dihadapi Hirsya. Dengan tingkah yang begitu drastik, kaki jinjang miliknya melangkah keluar dari ibu pejabat Bukit Aman tersebut. Baru saja seminggu yang lepas dia membawa gadis itu ke hospital selepas pengsan di kedai makan. Sekarang, kemalangan pula.

"Acap, nak pergi mana?" Soal Kyle yang melihat Asyraaf seakan terburu-buru.

"Hospital."

"Asal?"

"Hirsya."

Hanya sebaris nama itu disebut sebelum figura tegap lelaki itu hilang dari pandangan setelah memasuki perut kereta. Dengan jantung yang berdetak abnormal, laju kereta miliknya dipandu ke lokasi yang diperolehi sebentar tadi.

Sebaik tiba di hospital, wad yang menempatkan gadis yang dicarinya menjadi tujuan. Sampai saja di depan pintu wad yang tertera nombor wad Hirsya, segera pintu itu ditolak.

Kakinya bagaikan terpasak di lantai tatkala melihat batang tubuh seorang lelaki sedang berdiri sambil berpeluk tubuh memandang Hirsya yang sedang terlantar dengan kepala, siku dan lutut yang berbalut.

Berkerut pelik keningnya. Setahunya, Hirsya tidak ada rakan lelaki. Gadis itu hanya suka dan selesa bergaul dengannya saja. Abang juga, gadis itu tiada.

"Excuse me? Boleh saya tahu awak siapa?" Soal Asyraaf dengan sopan seraya mendekati lelaki tersebut.

Pantas, lelaki itu berpaling ke arah hadirnya suara Asyraaf. Tangannya dijatuhkan ke sisi.

"Aku kawan dia. Isham. Kau?"

Lelaki itu mula memperkenalkan dirinya.

"Bakal suami dia."

Terjongket kening Isham. Tawa kecilnya terletus.

"Sejak bila kau jadi tunang dia?"

Asyraaf menghela nafas. Pandangan dilarikan pada gadis kesayangannya yang masih tidak sedarkan diri atau mungkin sedang lena dibuai mimpi.

"Kau bukan sesiapa. Tak perlu masuk campur." Dingin saja suaranya.

Usai itu, katil Hirsya didekati olehnya. Rasa simpati mula menghuni diri apabila melihat wajah yang masih tidak tercela itu sudah dibaluti tubuhnya menandakan luka yang dialami agak teruk.

Semakin lama dia merenung wajah polos itu, mulalah terbit sedikit rasa geram terhadap Hirsya. Dia sudah lama kenal gadis itu. Seorang Hirsya yang penuh dengan sifat kecuaian. Sudah banyak luka yang dialami olehnya. Terutamanya di bahagian kaki.

Tersepak kerusi, terpijak paku, jatuh basikal, jatuh motosikal, tertendang besi.

Kepalanya menggeleng kecil.

"Hirsya, Hirsya. Tak habis-habis careless. Dari kecil sampai dah dewasa pun tetap sama."

Katanya kepada gadis itu seakan tidak dipedulikan kewujudan insan lain di situ juga.

"Aku tak pernah nampak kau dengan Hirsya pun selama ni. Kau ni siapa sebenarnya?"

Suara yang sama, kembali menerjah ke dalam sistem pendengarannya.

"Untuk apa aku selalu ada dengan wanita yang masih belum halal untuk aku? "

Asyraaf bangun berdiri seraya memalingkan tubuhnya menghadap lelaki itu.

"Kenapa? Do you like her?" soalnya sambil menjongketkan kening.

"Yes."

Dengan riak wajah yang begitu serius, yakin Isham menjawab.

Takdir Kita | E-BOOK Où les histoires vivent. Découvrez maintenant