Bab 4

6.9K 322 10
                                    


PANGGILAN yang hadir oleh seseorang membantutkan tingkah Asyraaf yang baru saja ingin meninggalkan kamarnya. Dia dipanggil untuk bertugas jadi telefon haruslah ditinggalkan saja selama bertugas.

Lantas, gadget mewah tersebut diambil lalu ditekapkan pada telinganya. Mata helangnya tajam saja.

"Assalamualaikum, Raaf."

Kedengaran suara lunak seorang gadis menyentuh sistem pendengarannya.

"Waalaikumsalam, Sya. Ada apa Sya call saya? Saya ada kerja ni."

"Urm.. Sya nak tanya pasal-"

"Get ready, staf! Kita tak tinggal banyak masa lagi!"

Tiba-tiba suara Inspektor Rizall kedengaran kuat, menyeru semua ahli Vat69 untuk bersiap sedia bagi menjalankan tugas mereka sebentar saja lagi.

"Suara siapa tu?" soal Hirsya.

"Suara bos saya. Sya, saya minta maaf. Saya dah kena pergi. Dont call me for a week sebab saya tengah on duty. But if you wanna ask anything, just hit me on dm. Dah habis bertugas nanti, saya reply. Assalamualaikum," laju saja Asyraaf membalas disebabkan terkejarkan masa.

Panggilan dimatikan tanpa sempat gadis itu menjawab salamnya.

Telefon dimatikan lalu disimpan di tempatnya. Kemudian, pantas kaki galahnya berlari keluar dari kamar tersebut dan menuju ke arah suatu sudut yang mempunyai semua ahli yang lain.

"Maaf lambat, Tuan," ucapnya sambil matanya memandang sekilas rakannya yang sedang bersiap menyarungkan uniform khas untuk menjalankan tugas.

"Hurry up, Raven. We need to get ready from now," tegas dan dingin saja suara Inspektor Rizal berkata. Raven ialah kod nama yang diberi Asyraaf.

Asyraaf segera melucutkan baju T hitam ditubuh kekarnya sebelum digantikan dengan uniform khas Vat69 yang berwarna gabungan hitam, kelabu, dan berlengan panjang tersebut. Vest kalis peluru turut disarungkan ke tubuh kekarnya.

Segala senjata seperti Beretta M92F/S¹, Glock 19, diambil dan disematkan ke uniform yang dipakai. Tidak dilupakan juga, 2 bilah kerambit diselitkan di bahagian sisi tubuh serta lembing dan tombak yang sentiasa menjadi kegunaan mereka sewaktu beroperasi di hutan.

Sejurus itu, topeng muka hitam disarung menutupi wajah sepenuhnya sebelum kaca mata hitam khas dipakai bagi menutupi mata. Topi pelindung disarungkan dikepala dan dipakai dengan kemas. Senapang yang tersedia diambil dan dipegangnya.

"Vat69 member, ready?!" Lantang dan kuat suara garau itu bertanya. Ketua untuk operasi mereka kali ini.

"Ready, staf!"

"UTK members, ready?!"

"Ready, staf!"

Sahutan oleh ahli Unit Tindakan Khas pula kedengaran. Kebiasaannya, mereka akan lakukan tugasan bersama dengan ahli Vat69 juga. Oleh kerana tugas mereka yang sesuai dilakukan bersama.

Sebuah kenderaan khas buat mereka menjalankan tugas dinaiki. Semua ahli tampak bersedia untuk mendepani musuh. Misi mereka kali ini ialah menumpaskan sebilangan komunis dan merampas kesemua senjata dan kelengkapan komunis.

Sebaik tiba di suatu lokasi yang diarahkan, seorang demi seorang ahli menuruni kenderaan tersebut dengan langkah yang penuh berjaga-jaga. Senapang dipegang kemas di bahagian depan tubuh.

Bang!

Tiba saja di suatu sudut yang tersembunyi, mereka menundukkan tubuh sedikit sebaik mendengar tembakan oleh pihak musuh.

Takdir Kita | E-BOOK Where stories live. Discover now