Bab 3

7.6K 408 23
                                    

HIRSYA melabuhkan duduk di bangku, bersebelahan dengan Asyraaf. Hari ini, lelaki itu tidak bertugas. Jadi boleh lah dia berehat buat seketika dengan berbual bersama dengan gadis mentah di sebelahnya ini.

"Urm.. Raaf."

Lantas, lelaki itu menoleh ke arah hadirnya suara itu. Hirsya hanya setia memandang ke hadapan walau bibirnya menyeru nama lelaki itu.

"Ya, saya?"

"Sya dah lama nak tanya. Raaf kerja apa? Kenapa Raaf selalu macam hantu? Muncul bila dia nak dan tanpa diduga saja. Selepas itu, menghilang untuk jangka masa yang lama."

Bibir Asyraaf mengukir senyum tipis. Angin petang menampar lembut kulit wajahnya.

"Cuba Sya teka."

"Hurm.. Kejap eh, Sya fikir. Biasanya yang jarang munculkan diri ni kerja dia berkaitan dengan negara. "

Kepala Asyraaf jatuh sekali. Menyetujui akan ayat yang dituturkan oleh gadis itu. Benarlah pekerjaannya berkaitan dengan negara. Tapi apakah namanya?

"Okay. Itu klu dia. "

"Oh! Askar ke? Atau polis?!" Terhambur tawa kecil milik Asyraaf tatkala mendengar riak keterujaan dalam suara itu.

"Askar itu tidak. Tapi polis itu.. Hampir kena. Tapi bukan polis. Dia ada nama khasnya sendiri. Cuba Sya teka lagi."

Lelaki itu masih setia melayan gadis itu. Kadang, gadis inilah penghiburnya. Tanpa dia sedari, bahawa dia juga adalah pengubat hati seorang Hirsya. Layanan dan bicaranya terhadap gadis itu sentiasa lembut dan beradab.

"Aaaa.. Manalah Sya tahu selain daripada askar dan polis ni. Tapi Sya pernah dengar Paskau. Ha, paskau ke?"

Asyraaf menggeleng.

Bahu Hirsya jatuh sambil dia mengeluh. Dia sudah putus asa. Memang tidak dapat meneka atau berfikir langsung.

Lagipun, dia tidak minat pekerjaan yang melibatkan tembak-menembak dan memerlukan kekasaran ini. Senang kata, dia tidak suka pekerjaan badan beruniform. Jadi, dia memang tidak mahu ambil kisah langsung.

"Dahlah. Sya tak tahulah. "

Asyraaf berdecit.

"Come on, Sya. Tekalah lagi. Baru tiga kali salah. "

Hirsya menoleh ke arah Asyraaf.

"Tak tahu. Sya tak tahu-mentahu pasal tu. Raaf bagitahulah."

"Pekerjaan saya rahsia. Tidak semua orang tahu. Paling tidak, ahli keluarga dan kawan terdekat saya saja tahu."

"Kenapa pula?"

Soalan Hirsya dibiarkan berlalu begitu saja. Asyraaf tetap memilih untuk tidak menjawabnya. Biarlah ianya kekal rahsia hingga sudah tiba masanya untuk gadis itu tahu.

Mungkin, selepas gadis itu sudah mempunyai ijazah sarjana muda dan menjadi yang halal buatnya.

Dia juga tidak pasti bilakah ajal akan datang menjemputnya disebabkan oleh perkerjaannya yang boleh dikatakan bermain dengan nyawa. Bermakna, ianya sangat berbahaya.

"Okaylah. Sya nak balik dulu. Takut umi marah."

Suara gadis itu menyentakkan Asyraaf dari asyik memikirkan perkara yang sentiasa bermain di fikirannya.

"Awak tak keluar rumah sekali pun, tetap umi marah kan?" Sinis, Asyraaf menyoal.

Hirsya menggarit kening.

"Bagaimana Raaf tahu? Raaf skodeng saya, eh?"

Membulat mata lelaki itu.

"Aish! Astagfirullahalzim. Apa awak ni? Saya pun jarang ada di rumah, Sya. Saya tahu dari kawan perempuan saya."

Takdir Kita | E-BOOK Where stories live. Discover now