Pembelian Ebook Takdir Kita

9.1K 343 44
                                    

Hi peeps!

Setelah agak lama saya mendiamkan diri dari update TK, akhirnya ianya telah siap dikarang sepenuhnya dan dikeluarkan dalam bentuk buku elektronik (ebook).

Details :

• muka surat : 396
• patah perkataan : 42k+
• font : georgia pro saiz 14
• ending : happy
• dalam bentuk pdf.
• bab : 43
• harga : rm14

Ada sedikit perubahan yang dilakukan iaitu bahagian yang tidak diperlukan dibuang. Tetapi ianya sama seperti jalan cerita yang pernah diterbitkan sebelum ianya menjadi ebook. Ada penambahan.

Jika berminat untuk dapatkan atau ada sebarang pertanyaan, boleh contact saya atau admin saya :-

011 13147037 atau tekan link di bio instagram saya, [ hasyagrizelle_ ] dan pilih 'nak beli ebook' dan nyatakan tajuknya untuk membeli.

Pembayaran diterima melalui shopee pay, tng e-wallet sahaja.

📌 Setelah pembayaran berjaya dilakukan, ebook ini akan diedarkan dalam masa 24jam. Mohon menunggu dengan sabar dalam tempoh yang diberikan. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih atas pembelian dan selamat membaca ❤️

Sekiranya ada apa apa masalah, sila berhubung dengan saya melalui dm [ hasyagrizelle_ ]

READY FILE.

Terima kasih!

Sedutan :

○○○○○

"Sya ada confession  untuk abang."

Asyraaf menjongketkan keningnya. "What is it?"

"Sebenarnya, hadirnya abang sejak sebelum kita kahwin, sentiasa buatkan Sya makin dekat dengan Allah. Sebab abang selalu kongsi pelbagai doa kepada Sya. Abang selalu pesan Sya untuk jaga aurat Sya sebagai seorang perempuan. Abang selalu pesan pada Sya untuk jaga adab biarpun kita sangat berilmu. Abang selalu tekankan perkara itu."

Tanpa sebarang kata, tangan kanan suaminya dibawa ke bibir lalu dikucup lembut seraya mata tidak dialihkan dari menatap anak mata lelaki itu.

"That is the reason why I adore and love you so much. You bring me closer to Allah. You influenced me," sambung Hirsya lagi.

Asyraaf mengelus kepala isterinya yang masih berlapik selendang itu. Tangannya menyauk tubuh itu ke dalam pelukan gagahnya.

"Cantiknya seorang wanita itu apabila dia juga bertakwa, berilmu, beradab dan berakhlak. Abang nak Sya jadi begitu buat orang di sekeliling Sya. Menunjukkan betapa berharganya dirimu."

○○○○

"

Sya... Sya belum solat?"

"Ha? Dahlah. Kenapa?"

Anak mata Asyraaf jatuh ke arah seluar isterinya di bahagian pinggul. Bukan mahu menggatal atau nakal tapi dia harus beritahu juga. Mungkin Hirsya tidak perasan atau merasakannya.

"Ke... Kenapa ni, abang?" soal Hirsya yang sudah mula cuak tika melihat gerakan mata suaminya.

"Sya... Sya perasan tak Sya datang bulan ni, sayang?" soalnya lembut.

"Hah?"

Lekas Hirsya mengintai sedikit seluarnya. Tidak terlalu terasa tapi tadi hanya perutnya saja yang rasa agak berangin. Fikirnya, masuk angin.

"Allah.. Abang, Sya tukar seluar dulu. Abang turunlah dulu. Nanti Sya menyusul," ujar Hirsya.

"Tak apa. Abang tunggu. Sya nak abang tolong apa-apa tak?"

○○○○

"Sya tak pernah cakap lagi kan pada abang?" soal Hirsya tiba-tiba.

"Cakap apa?"

Hirsya maju setapak mendekati tubuh kekar yang tinggi lampai itu. Ditatapnya sepasang mata Asyraaf dengan penuh rasa cinta dan kasih.

"You are everything that I desire for in life. I promise to love you all my life, Mohd Asyraaf Hafeez."

Makin mekar senyuman terlakar di bibir Asyraaf menerima bait bicara romantis oleh Hirsya itu. Tatapannya buat wanita itu juga kian lunak.

"The feelings of love occur naturally. What I feel for you is mystical. I cant explain it in words, but if you listen with your heart, you'll understand that my life without you is incomplete, Hirsya Qaila."

○○○○○

"Ayna! Apa you buat ni?!" Segera Hirsya mengambil anak perempuannya dari pangkuan Milayna.

Milayna yang terkejut itu segera menurunkan semula bajunya yang disingkap ke atas tadi. Dia berdehem.

"I know you dah anak tiga tapi you tak ada hak nak breastfeed anak I sesuka hati! Anak I bukan binatang! " jerkah Hirsya dengan lantangnya. Jelas tidak suka terhadap kelakuan rakannya itu tadi ke atas Adella.

"Sya, kenapa ni? Sampai ke atas dengar. " Satu suara garau hadir dari tangga. Asyraaf segera mendekati isterinya yang sedang memangku Adella itu.

Hirsya memandang Milayna tajam.

○○○○○

Setiap kali Sya dengar lagu ni, Sya terus teringat dekat Tuan Asyraaf yang seorang ni. Hanya Asyraaf yang ini. Bukan Asyraaf yang lain."

"Betul?" Lelaki itu kembali tegakkan posisi tubuhnya. Kini, tangannya pula dilingkarkan ke pinggang isterinya sebelum dagu kembali dijatuhkan ke atas bahu wanita itu.

"Yup!"

Tersengih lebar Asyraaf mendengar kejujuran oleh isterinya itu. Berbunga rasa hati. Mereka mempuyai banyak persamaan. Setiap perkara yang difikirkan olehnya, pasti sama dengan Hirsya.

"Terima kasih, Syayang. Abang terharu ada wanita yang mencintai abang dan sentiasa mengingati abang. You are very precious for me." Diperkemaskan pelukan.

Seketika, Hirsya tersenyum kelat. Jarinya yang tadi lincah bekerja di atas papan kekunci, kini terhenti. Fokusnya juga lari.

"Tapi Sya seorang aje kan yang beria?" Lirih suaranya. Kepalanya ditundukkan.

○○○○○○

"Abang betul-betul ikhlas cintakan Sya ke?" soal Hirsya. Mengharapkan kejujuran oleh sekeping hati Asyraaf.

"I am married you, Sya."

"Atau abang hanya gunakan Sya untuk lupakan arwah tunang abang?" duga Hirsya pula.

Takdir Kita | E-BOOK Where stories live. Discover now