Bab 13

7.2K 313 20
                                    

SEPASANG mata dipejamkan. Menikmati keindahan alam di depannya. Di depan tasik, dia bersendiri lagi. Dia sukakan itu.

Ketenangan yang dirasakan saat ini buatkan dia mengimbau kembali kenangan lamanya dengan lelaki yang masih setia mendapat tempat di hatinya hingga ke hari ini.

flasback

"Sya suka polis. Teringin nak ada kawan polis," ujar Hirsya sambil melempar makanan ikan ke dalam kolam ikan mini itu.

Asyraaf juga turut melakukan perkara yang sama.

"Kenapa nak kawan aje kalau boleh kahwin, Cik Hirsya?" soalnya tanpa memandang Hirsya.

Laju Hirsya memandang Asyraaf dengan kerutan di dahi.

"Kenapa nak kahwin kalau tiada kemahuan? Sya nak kawan aje. Nak tahu bagaimana personaliti, pemikiran dan cara seorang polis bercakap. Bagaimana cara mereka berkerja? Itu aje."

"Mereka pun cuma manusia biasa. Apa yang nak tahunya?"

Asyraaf menjongketkan keningnya dan menghentikan tingkahnya tadi. Tumpuannya sepenuhnya diletakkan kepada Hirsya.

"Lain. Sya pernahlah juga ada pengalaman berkawan dengan seorang anggota polis. Sya tak tahulah kalau dia suka membaca ke, tapi cara dia bercakap sangat complicated. Kena baca berulang kali baru faham. Dari situ juga, boleh ada yang anggap dia seorang penulis sebab bahasa dan penulisan yang dia gunakan sangat mantap."

Kali ini, Hirsya menghentikan aktivitinya tadi dan memandang Asyraaf.

"Just wondering how it feels to have a friend like him. And is it same like an ordinary person? Memang polis manusia biasa. Tapi adakalanya, sesetengah daripada mereka ada perbezaannya dengan yang bukan seperti mereka. Faham tak? It is hard to explain but seriously, for me some of them are different. Kalau faham, fahamlah."

Tawa kecil Asyraaf terletus. Kepalanya menggeleng kecil.

"Minat betul, ya? Sampai teringin nak ada kawan. Tapi tak apa. Tak salah pun. You looks cute."

Terbit senyum kecil di bibirnya sebelum menyambung menghabiskan sisa makanan ikan yang ada di dalam bekas yang dipegangnya tadi.

Kerutan terentang di dahi Hirsya.

"Apa yang cute? Tak habis-habis puji orang cute."

Asyraaf hanya menjongket bahu dengan lagak muka santai.

Jujur, dia pun tidak tahu mengapa dia merasakan gadis itu comel apabila menceritakan hasrat yang satu itu. Sedangkan dia juga salah seorang daripada anggota polis. Cuma Hirsya saja yang tidak tahu.

"Pelik-pelik ajelah ahjussi ni." Hirsya menggumam kecil sambil menggeleng.

"Kenapa suka panggil saya ahjussi? Saya muda lagi, ya? Muka pun tak macam umur 30 lagi."

"Kita kena hormat orang lebih tua daripada kita. Ingatkan Sya bahawa Sya tak boleh suka lelaki yang terlalu tua daripada Sya."

Tersentap sedikit Asyraaf mendengar bicara gadis itu yang terang-terangan memberi suatu makna disebaliknya.

Hirsya yang perasan akan kelakuan Asyraaf itu segera berpaling.

"Kenapa diam? Terasa ke?" Dia tersengih nakal. Cuba menahan tawa.

Namun Asyraaf tetap Asyraaf. Lelaki itu hanya kelal beriak santai dan tenang saja. Perkataan yang sangat sinonim dengan dirinya. Seraya itu, langkah dibawa dari situ.

Takdir Kita | E-BOOK Where stories live. Discover now