Bab 11

6.1K 322 45
                                    

SETIAP hari, tidak pernah sekalipun sebaris nama itu gugur dari fikirannya. Hanya nama lelaki yang sama sahaja setiap detik, setiap masa.

Asyraaf Hafeez.

Hirsya melepaskan keluhan berat seraya menundukkan wajah memandang lantai.

"Kenapa? Kenapa perasaan ini perlu wujud? Kenapa perempuan selalu kalah dengan perasaannya sendiri?"

Kepalanya didongakkan semula. Cuba menahan tangis dari terhambur.

"Saya rasa berdosa sangat, Ya Allah. Saya rasa berdosa sebabkan perasaan ini. Saya tak patut mencintai dia. Dia yang bernama Asyraaf Hafeez." Bibirnya tercebik.

Setitik.

Air hujan jatuh mengucup kulit wajahnya yang bersih itu. Di tepi jejantas, dia berdiri sendiri. Dia tidak pernah ke sini. Tapi entah sebab apa, tiba-tiba hatinya terasa menjejak kaki ke kawasan seperti ini.

Tangan mengenggam kemas pemegang jejantas tersebut. Erat. Hingga menimbulkan urat tipis di tangan halusnya.

"Assalamualaikum," sapa satu suara garau dari belakang.

Lekas Hirsya berpaling. Kelihatan seorang jejaka yang kemas berbaju uniform biru tua dan kasut kulit hitam dengan payung di tangan mendekatinya.

Rahang Hirsya jatuh sedikit. Terkejut. Sudah kalau lengkap beruniform polis ini, memang dia cuak terus.

"Tu...Tuan... S... Saya minta maaf. Saya saja hilangkan bosan di sini. Tuan jangan saman saya. Saya..."

"Hey, relaks." Lelaki itu tertawa kecil seraya mendekati Hirsya.

"Kenapa saya nak kena saman awak pula? Awak tak buat salah apa pun. Ni, kenapa berdiri bawah hujan seorang diri ni? Awak ada masalah ke?" Prihatin sekali lelaki itu bertanya.

Hirsya terkelu seketika. Sempat matanya jatuh ke arah tag nama yang terletak di uniform lelaki itu.

Eshan Ishaq.

Dalam rahmat Allah ; nama nabi.

Indah.

Rupanya juga boleh tahan tampan. Hirsya tebak, pasti lelaki bernama Eshan tersebut sudah berpunya. Atau mungkin, sudah berkahwin.

Tersentak gadis itu tatkala Eshan berdehem. Payung di tangan Eshan, jejaka itu bawa melindungi Hirsya juga. Hinggakan dapat gadis itu menghidu wangian yang dipakai oleh Eshan.

"Tuan, jangan dekat sangat. Kesian isteri Tuan di rumah nanti. Cemburu dia kalau-"

"Saya belum kahwin lagi. Umur saya baru 28 tahun," cantas Eshan siap memberitahu umur dan statusnya.

Hirsya mendongak sedikit untuk memandang wajah Eshan. Namun disebabkan jurang antara mereka yang agak dekat, dia menunduk semula.

"Saya nak balik ni. "

"Awak naik apa?"

"Teksi aje."

"Bahaya perempuan naik teksi malam-malam begini. Saya hantarkan, ya?" pelawa Eshan.

"Kenapa baik sangat ni?" gumam Hirsya perlahan.

"Huh?"

"Tak. Tak ada apa. Aaaa... Tuan nak hantar saya balik, kan? Ha, kat mana kereta Tuan?"

Eshan mula menunjukkan arah keberadaan keretanya. Manakala, Hirsya pula hanya diam mengikut. Tidak tahu sebabnya dia terlalu mudah percayakan anggota polis seperti Eshan.

Mungkin sebab dia polis?

Polis orang baik kan?

"Awak... student lagi, ya?" Enjin kereta mula dihidupkan Eshan.

Takdir Kita | E-BOOK Where stories live. Discover now