Bab 9

6K 280 21
                                    

PEJAM celik, kini Hirsya telah memasuki semester ketiga sejak dia mula menyambung pengajian di Universiti Sains Malaysia. Syukur semuanya masih stabil dan dia bisa menguruskan jadual belajar dan waktu untuk berseronok dengan rakan.

Rutin hariannya, perpustakaan sudah menjadi pilihan. Dibawa beg galas ke situ untuk membaca novel hanya disebabkan tempat itu ada penghawa dingin dan sentiasa terbuka buatnya.

Novel dikeluarkan dari beg galas serta beberapa barang lain juga lalu diletakkan ke atas meja.

"Assalamualaikum."

Gadis itu terus memanggung kepala ke atas apabila mendengar salam oleh seseorang.

Isham.

Wajahnya berubah ketat tanpa secalit senyuman. Dia tidak sukakan lelaki ini. Sentiasa sibuk ingin berbual dengannya. Punyalah tiada jejaka yang ingin berbual dan menjadi teman dengannya, tapi hanya Isham yang tetap suka muncul di depan matanya.

"Waalaikumsalam. Nak apa?" Selanya kasar.

"Saya duduk boleh?"

Gadis itu tayang wajah jengkel akan gaya bahasa yang digunakan oleh Isham.

"Tak boleh. Aku tak ada masa nak berborak dengan kau."

"Okaylah. Saya ada nak bagi hadiah untuk awak."

Hirsya merengus kasar.

"Apa guna awak-saya ni? Gelilah." Riak wajah jelik ditayangkan.

"Kenapa? Barulah sopan sikit, kan?"

"Hm, ikut kau lah. " dijelingnya pemuda itu.

Pandangannya dikalihkan dari lelaki itu. Membuka halaman yang ingin disambungnya.

"Nah."

Buku yang tadinya hampir menutupi wajahnya, diturunkan sedikit. Bola matanya dijatuhkan pada objek di atas meja kini.

Patung beruang.

"Pollar bear? Seriously, Is?" Riak wajah tidak percaya ditayangkan olehnya.

"Kenapa? Perempuan suka-"

"Aku benci patung beruang. Aku akan bakar kalau ada orang beri. Selama aku hidup, tak pernah sekali pun aku beli atau dapat bear daripada sesiapa. I hate pollar bear."

"But why?"

"Its reminds me of someone. Get lost, Is. I need me time."

"Tapi saya dah beli ni."

"Beri sajalah pada orang lain. Kalau kau beri pada aku pun, aku bakar. Tak ada beza pun." Bahunya dijongketkan.

"Kenapa awak benci sangat saya, ya Sya? Cuba beritahu."

"Sebab tujuan aku datang sini bukan untuk cari jodoh. Jodoh aku tak ada dekat sini. Dia dah habis belajar, dah kerja. Aku tak minat lelaki sebaya. Aku tak minat lelaki yang masih tengah sambung belajar. Dulu, dekat sekolah pun aku tak minat budak sekolah. Kau datang sini pun, guna duit mak ayah kau. Lepas tu kau nak balas dengan bawa balik anak dara orang dan bukannya sijil ijazah? Huh? "

Panjang berjela gadis itu membalas siap dengan perlian yang penuh mendalam hingga membuatkan Isham terdiam seribu bahasa.

Isham mengemam bibir, cuba menahan rasa yang terbuku di dada. Manakan tidak? Bertalu-talu gadis itu menembaknya dengan bicara kasar dan kesat.

Tercarik hatinya menerima satu demi satu ayat yang dilontarkan oleh Hirsya yang sejelasnya begitu jujur itu.

"Jadi lelaki yang matang, Isham. Tak perlu memikirkan cinta saat muda ni sampai boleh merosakkan masa depan kau. Tak penting pun."

Takdir Kita | E-BOOK Where stories live. Discover now