Bab 12

6.6K 322 18
                                    

BEBERAPA fail yang mempunyai kertas kursusnya dipeluk rapat ke dada sambil kaki menelusuri jalan khas buat pelajar dari fakulti ke bangunan penginapan masing-masing.

Sendirian. Tiada teman. Bukannya dia yang sombong tetapi malas hendak beramai-ramai. Menyesakkan, melelahkan dan memenatkan.

"Seorang aje?"

Terus bola mata diputarkan tatkala disapa oleh suara lunak itu. Perempuan.

Setiap kali dia berjalan seorang diri, pasti ada yang mendekati. Seolah dia hanya seorang gadis bertubuh genit yang lemah pula.

Dan kononnya menyedihkan kerana tiada teman. Walhal, dia yang lebih selesa sebegitu.

"Kau ada nampak makhluk lain ke dengan aku sekarang ni?" bidasnya dengan nada yang dingin. Tanpa memandang wajah insan di sebelah.

"Chill lah. Tanya aje. Kenapa jalan seorang? Tak ada kawan?"

Hirsya mendesis.

"Ini dah masuk zaman universiti. Bukannya sekolah lagi. Normal lah kalau jalan seorang diri. Bukan bermaknanya tiada teman. Tapi sebab dah terbiasa dengan kesendirian."

"Tak bosan ke?"

"Aku bahagia. Sangat."

"Tapi saya tak. Everyone leave me. Can we be friends?"

Baru kali ini Hirsya menoleh ke arah gadis tersebut. Terkedu dia apabila melihat rupa dan penampilan gadis tidak bertudung itu. Dari atas sampai bawah pakai warna merah jambu!

Beg, fail, klip rambut, subang, gelang, baju, skirt labuhnya, jam tangan dan juga kasut. Semuanya berwarna merah jambu. Lembut. Warna pastel.

"Kenapa pandang saya begitu? Ada yang tak kena ke?" soal gadis itu.

"Apa nama kau?" pertanyaan gadis itu tidak dijawabnya.

"Ariel. Ariel Adara."

"Islam?" sudah seperti sesi temu duga pula dia tidak henti menyoal.

Laju Ariel menggeleng. "Kristian."

Terjongket kening Hirsya sambil mula terbuka sedikit. Tidak menyangka gadis yang menyapanya tadi bukan beragama Islam. Tidak salah kerana dia bukannya racist cuma terkejut sedikit.

"So.. Boleh tak?" tanya Ariel lagi sekali.

Dipandangnya Ariel atas bawah. Bagaikan sedang memikirkan sesuatu.

"Kau.. seorang yang bebas? I mean, have you ever hang out with a boy and make..." terasa kesat pula tekaknya ingin menyambung ayat yang seterusnya.

Ariel tayang wajah bingung. Terpinga-pinga gadis itu kerana tidak faham akan bicara yang dimaksudkan oleh Hirsya.

"You know, sleep with boy and-"

Apabila sudah mendapat maksud disebalik kata-kata Hirsya, pantas Ariel menggeleng sambil kedua belah tangan diangkat diparas dada dan digoyangkan. Menafikan perspektif gadis itu.

"Apa pula awak ni? Saya tak adalah sampai begitu. My parents are so strict. And I never been in love with any boy. I dont trust them. Sebab saya pernah ditipu."

Kerutan terentang di dahi Hirsya sebaik mendengar ayat akhir.

Tidak pernah bercinta tapi pernah ditipu?

"What do you mean? Kau cakap kau tak pernah bercinta tapi kenapa kau cakap kau pernah kena tipu? Apa yang tipu? I didnt get it. "

Tidak semena-mena Ariel sudah mula membuka cerita tentang pengalaman lalunya yang gelap dan menyebabkan dia tidak percaya kepada sesiapa. Terutamanya yang berlainan jantina daripadanya.

Takdir Kita | E-BOOK Where stories live. Discover now