BAB 17

6.1K 298 8
                                    

SUASANA di dalam kereta hening saja. Hanya bunyi radio yang mengisi segenap ruang di dalam kereta Range Rover yang dipandu oleh Asyraaf itu.

"Raaf?"

"Ya, saya."

"Sya nak tanya soalan, boleh?"

"Soalan apa itu?"

"Raaf pernah ada girlfriend?"

Mengeras tubuh Asyraaf sebaik mendengarkan soalan itu. Tidak menyangka langsung soalan itu yang Hirsya mahu ajukan kepadanya.

"Raaf? Betul ke?"

"Kyle beritahu Sya?"

"Ha'ah. Betul ke?"

"Hm."

"Raaf masih sayangkan dia?"

Gadis itu, dipandang Asyraaf sekilas dengan kerutan di dahi.

"Kenapa Sya tanya?"

"Sebab itulah Raaf tolak Sya, ya? Raaf sudah ada seorang wanita yang Raaf sayang."

Terkelu lidah Asyraaf. Tidak tahu sama ada mahu mengiakan atau menidakkan. Kerana dia sendiri tiada jawapannya.

"Sya masih sukakan saya?"

"Sya tanya aje."

"Saya dah lama terima semuanya yang jadi antara kami berdua, Sya. Tiada jodoh. Mungkin orang lain ataupun awak orangnya?" Suaranya sengaja diperlahankan sedikit dihujung bicara.

Drastik, Hirsya menoleh ke arah Asyraaf. Adakah dia tersalah dengar atau memang ianya benar?

"Ha?"

"Tak ada apa. Kita dah sampai." Laju saja Asyraaf berdalih.

Mereka berdua masuk ke dalam sebuah restoran yang menjual masakan panas. Pesanan diambil lalu Hirsya memulakan perbualan.

"Raaf dah 35 kan sekarang?"

"Hm. Tua dah."

"Dah ada calon? Sya ingat kan Raaf akan kahwin bila umur Raaf dah masuk 30."

Asyraaf berpeluk tubuh lalu belakang tubuh disandarkan di kerusi. Santai saja gayanya seakan tidak terusik akan soalan yang diajukan oleh Hirsya.

"Tak jadi umur 30. Saya tunggu dia habis belajar dulu. Sekarang, dah habis. InshaaAllah, minggu depan saya dan keluarga akan masuk meminang dia. "

Hati seorang Hirsya usai mendengarkan itu, usah dikata lagi. Menyiat rasanya hingga ke lubuk paling dalam. Pedih!

Tapi terpaksa ditahan juga kerana sudah bertahun lamanya berlalu. Semestinya jawapan lelaki itu akan tetap sama buatnya. Hanya dia saja yang terlalu beria.

Mata gadis itu jatuh ke lantai. Tidak mampu lagi menatap wajah tampan yang dari dulu hingga sekarang sentiasa menemani harinya.

"So, who is that lucky girl?"

"Nanti Sya tahu juga. Saya tak akan rahsiakan daripada Sya. Sabar dulu."

"Okay." Senyum kelat terukir di wajah.

"Berapa umur dia?"

"24."

Terjongket keningnya.

"Oh, sebaya Sya? Wahh. Sya tak sangka pula Raaf minat perempuan muda."

"Saya pun masih nampak seperti awek muda kan?"

Hirsya tidak menjawab. Sebaliknya, dia hanya tersenyum kecil sambil menggeleng perlahan.

Takdir Kita | E-BOOK Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora