BAB 19

6.7K 330 27
                                    

"RAAF.."

"Hm?" sahut Asyraaf tanpa memandang Hirsya yang setia merenungnya di sebelah.

Sudah hampir tiga minggu jugalah Hirsya telah boleh discharge dari wad selepas kemalangan yang lepas. Jadi hari ini, mereka bersua kembali di taman yang sentiasa menjadi tempat mereka bertemu. Tempat yang terbuka.

"Betul ke Raaf kerja bawah PDRM?" soal Hirsya.

Selama ini, dia hanya tahu bahawa Asyraaf bekerja di bawah PDRM sahaja tapi tidak pula dia ketahui nama khasnya. Kerana setahunya, bukan polis biasa seperti Eshan.

Asyraaf tertawa kecil. Tidak faham mengapa gadis itu terlalu ingin mengetahui tentang pekerjaannya.

"Kenapa Sya nak tahu sangat?" Baru kali ini wajah manis itu ditatapnya dengan senyum tipis.

Hirsya mengemam bibirnya. Rasa kesal pula kerana kerap mengulangi soalan yang sama buat Asyraaf. Pasti lelaki itu berasa rimas terhadapnya.

"Tak. Nak tahu aje." Jemarinya disulamkan sesama sendiri.

Lelaki itu tersenyum tipis sambil menatap lembut gadis itu.

"Yes. Nama khasnya, Vat69 Komando."

Kerutan terentang di dahi Hirsya. Pekerjaan di bawah Polis Diraja Malaysia yang tidak pernah dia ketahui dan dengari. Dia cuma tahu polis biasa sahaja seperti yang selalu dia ketemui di balai polis.

Tapi tidak pernah pula dia dengar jenis yang Asyraaf katakan.

"Huh? Apa tu? Sya tak pernah dengar pun."

"Tak perlu tahulah. Kalau nak tahu sangat, Sya google aje. Saya cakap pun, bukannya Sya faham pun." Biasa saja nada suaranya. Tidak berbunyi kasar tapi lain pula di pendengaran Hirsya.

Hirsya tidak dapat tahan diri lagi dari memutarkan bola matanya.

Ayat lelaki itu seperti memerlinya yang sentiasa lambat faham akan sesuatu perkara. Walau dengan intonasi suara yang lembut dan berbunyi gurauan pun, tetap juga buat hatinya tersentap.

Biasalah hati wanita. Mudah tersentuh. Manja. Biarpun Hirsya bukan selalu begitu.

"Sakit hati betul lah cakap dengan ahjussi ni. Eeee nasib baik dah tua," gerutunya perlahan.

Namun, Asyraaf tetap juga dapat mendengarinya. Terjongket keningnya apabila Hirsya memanggilnya begitu.

Dia muda lagi, okay?

"Dah tua pun, awak juga yang terkejar-kejarkan?" perli lelaki itu.

Hirsya mengemam rapat bibirnya. Tubir matanya sudah mula membahang. Sungguh dia sangat malu!

Kenyataan oleh Asyraaf itu benar sama sekali dan tidak dapat ditolak lagi. Tapi tidak perlulah mengingatkannya lagi. Suka sangat buat orang sakit hati!

"Dah lah. Sekali kalau tak buat Sya sakit hati memang tak boleh, kan? Ada aje mulut pedas dia tu menjawab. Sya cili mulut tu karang, baru tahu."

Bingkas Hirsya bangun dari duduk di situ. Perasaannya saat ini sudah seperti baru selepas ditolak lamaran pula. Malu dan sakit dalam masa yang sama. Hati cengengnya ingin berteriak tika ini juga.

Semuanya hanya disebabkan Asyraaf Hafeez!

Mata Asyraaf hanya menyoroti saja tindak-tanduk gadis itu.

"Eh, Sya. Stay lah sini dulu. Borak dengan saya," halangnya.

"Tak nak! Ahjussi mulut pedas! Sya benci ahjussi!" jeritnya sambil langkah dilajukan. Tersengguk bahunya.

Takdir Kita | E-BOOK Where stories live. Discover now