BAB 15

6.1K 317 19
                                    

Masa ni, Hirsya dah graduate jadi umur dia dah 24 tahun. Asyraaf dah 35 tahun.

Setahun kemudian..

SEDARI tadi, bibir merah itu tidak berhenti tersenyum manis di depan ahli keluarga dan rakan-rakannya. Sudah tentulah gembira. Lima tahun dia perjuangkan dan korbankan segalanya untuk memperolehi kejayaan yang diimpikan untuk hari ini.

Tambahan pula, hari ini sudah genap dia berumur 24 tahun. Sekali gus, tamat pengajian peringkat sarjana muda bagi bidang pengajian am dan sastera.

Bidang yang amat dia handal dan bisa kendalikan walaupun ianya sukar kerana minatnya terhadap bidang tersebut. Hampir setiap semester pasti dia berjaya memperolehi anugerah dekan.

"Alhamdulillah.. Terima kasih, Ya Allah," ucapnya perlahan dalam cuba menahan sebak di dada.

"Tahniah anak, umi."

Puan Hasnah maju mendakap tubuh anak perempuannya erat. Bangga akan pencapaian si anak.

"Tak sia-sia umi pukul kau dengan rotan, marah kau dulu, hantar tuisyen empat kali seminggu. Berjaya juga akhirnya. Umi dah cakap, cara umi akan sentiasa berkesan," ujar wanita itu.

Hirsya tetap membalas pelukan sang ibu. Walau sekasar mana pun bahasa orang tua itu, wanita itu tetap syurganya selagi dia belum bersuami.

'Memanglah berkesan dah kalau rasa macam hidup dalam neraka dunia saja. Terseksa!' bisik hati Hirsya.

Mujurlah dia mampu bertahan hingga ke hari ini. Hari inilah yang sentiasa dia mahukan dan impikan kerana bermulanya saja hari ini, dia akan bebas daripada dikongkong oleh sang ibu.

Dah boleh keluar dengan kawan-kawan!

Dah boleh bercuti dengan kawan-kawan atau seorangan!

Dah boleh baca novel semahunya!

Dan dah boleh kahwin!

"Terima kasih, umi. Terima kasih untuk segala kesan parut luka yang umi dah tinggalkan pada tubuh Sya."

Perit. Tapi senyuman tetap terlakar pada wajah jelita itu. Tatapannya pada Puan Hasnah juga lembut dan penuh dengan kasih saja.

Mujurlah Puan Hasnah menganggap itu hanyalah sekadar gurauan. Tangannya naik menepuk lembut bahu si anak sambil tertawa kecil.

Pelukan dileraikan apabila Huwairah, adik bongsu Hirsya yang baru berumur 16 tahun memanggil Puan Hasnah.

"Kenapa?" Puan Hasnah memandang wajah anak bongsunya.

Huwairah mengerutkan wajah sambil memegang perutnya.

"Laparlah. Jomlah, pergi makan dekat kafe sini dulu," adunya, manja.

"Yalah."

Akhirnya, kelibat dua orang itu tidak lagi kelihatan. Tinggallah Hirsya seorang dengan tangan kosong saja.

Bapa dan adik-beradiknya tidak dapat hadir kerana mereka semua ada urusan kerja.

Jadi, hanya Puan Hasnah saja yang menjadi wakil untuk masuk ke dalam dewan sewaktu upacara tadi kerana Huwairah masih bawah umur. Bermakna, tidak dibenarkan masuk.

"Hirsya Qaila."

Suara garau yang hadir dari belakang membuatkan bahunya terenjut sedikit. Perlahan-lahan, dia memusingkan tubuh ke belakang.

Membundar matanya tatkala seraut wajah tampan yang sudah lama tidak menyapa ruas matanya itu kini berada di hadapannya sambil tersenyum lebar.

Lelaki itu tetap kelihatan sama. Matang seperti tujuh tahun yang lepas. Namun kali ini, kian bertambah ketampanan yang terserlah pada wajahnya. Malahan, tubuhnya juga kelihatan lebih maskulin.

Takdir Kita | E-BOOK Where stories live. Discover now