BAB 20

7.8K 371 22
                                    

SEBUAH buku nota yang berwarna coklat gelap bercorakkan klasik itu dihulurkan pada Asyraaf yang sedang makan di hadapannya. Semuanya sudah kembali seperti biasa selepas dia yang kononnya merajuk dengan Asyraaf beberapa hari lepas.

Sebenarnya, dia ingin menutup rasa malu saja.

Sementara hari masih cerah dan mereka masih di kedai makan, Hirsya membuat keputusan untuk memberikan buku tersebut buat Asyraaf. Alang-alang sudah berada di tempat yang santai dan tidak ada ramai orang ini iaitu pantai.

"Apa ni?"

"Untuk Raaf. Dalam ni, ada kisah tentang kita. Raaf sebagai male lead and Sya as a female lead."

Huluran disambut oleh Asyraaf sambil tangan kirinya mengesat sisa makanan di pinggir bibir.

"Sya karang cerita?"

Laju gadis itu mengangguk sambil tersenyum comel.

Tidak sabar mahu menanti Asyraaf baca hasil penulisannya kerana lelaki itu juga suka menulis apabila mempunyai masa lapang. Cuma Asyraaf lebih kepada curhat saja. Bukan rekaan cerita fiksi sepertinya.

"Gaya penulisan kita tak sama. Sya tak reti karang ayat sehebat Raaf. Jadi Sya hanya guna cara sendiri."

"Tak apa. Saya menulis pun ikut suka saya."

Tiba-tiba, lelaki itu tertawa kecil sambil melihat buku di tangannya itu.

"Tapi comelnya. Sya tulis cerita tentang kita?" Sekali lagi, jejaka itu ajukan soalan sama.

"Sebab bila Sya rindu, Sya selalu doa pada Allah dan tulis tentang Raaf dalam buku. I only write a story when I am in love."

"And the person you're in love with is me?"

"Obviously, Asyraaf Hafeez."

Hirsya hanya mampu menyimpul senyum lalu matanya jatuh pada buku di tangan lelaki itu. Kedua tangannya disatukan.

"Bila Raaf menghilang dan diamkan diri lama sangat, Sya tak dapat nak contact sebab Sya tak ada nombor Raaf. Nak dm, Sya tahu Raaf jarang buka. Jadi, ini saja yang mampu Sya buat. Sya suka menulis bila Sya jatuh cinta dan rindukan seseorang sangat-sangat. Hanya dengan menulis, Sya meluahkan kata dan perasaan yang terpendam di hati. "

Sepasang mata milik Asyraaf hanya menatap dalam wajah lembut gadis dihadapannya itu.

Daripada seorang Hirsya yang sangat kuat memendam daripada bercerita, Hirsya sentiasa menjadi seorang yang banyak mulut setiap kali bersama dengannya.

Itu bermakna bahawa gadis itu selesa dan merasa selamat setiap kali dengannya dan itu sudah mencambahkan putik sayang dalam hatinya buat Hirsya Qaila.

"Awak tahu tak saya pun selalu menulis curhat saya bila saya rindukan awak, Syayang?"

Bicara yang terletus dari mulut lelaki di hadapan Hirsya, buatkan dia lekas mengangkat wajah untuk memandang Asyraaf.

"Raaf panggil Sya apa tadi?"

"It might be surprising, but my feelings for you are super special. I think you have a spark that attracts me. "

Soalan Hirsya tidak dijawabnya. Dia tahu bahawa gadis itu hanya mahukan kepastian atas segala yang didengarinya tadi saja.

Jantung Hirsya mengepam darah dengan sangat laju kerana ini merupakan kali pertama Asyraaf meluahkan kata manis dan romantis buatnya. Seakan bukan Asyraaf yang dia kenal selama ini.

Pandangan, Asyraaf tundukkan ke bawah. Keluhan terhela dari mulutnya tanpa dia sedar. Dia rasa, dia tidak patut melakukan semua ini.

"Saya terpaksa juga luahkan semua yang saya simpan berkaitan dengan awak sekarang ini, Hirsya. Ikutkan, saya hanya mahu simpan dan pendam sampai bila-bila but then, saya sedar saya tak mampu. Ianya terlalu berat dan sakit untuk ditanggung dan disimpan dalam diam. Saya lemah untuk berlawan dengan kehendak hati sendiri. Atau mungkin semua ini hanyalah ujian buat saya."

Takdir Kita | E-BOOK Where stories live. Discover now