Bab 6

6.3K 301 30
                                    


TATKALA dihurung rasa kecewa dan sakit, hanya mendiamkan diri saja kelakuan Hirsya sejak dulu. Kerana bibirnya sudah tidak mampu untuk mencurahkan isi hati dan hanya membiarkan ianya menangis sendiri.

Sudah sekian lamanya dia tidak bersua apatah lagi berbual dengan insan yang telah merobekkan hatinya hanya melalui lisan.

Buku teks subjek Kimia di depan mata, ditatapnya dengan rasa bosan. Subjek yang paling dia tidak suka. Malahan, subjek yang paling sukar untuk dia dapatkan markah bagi capai tahap lulus.

"Uh. I hate chemistry so much," keluhnya sebelum mata dipejamkan seketika.

Rasa ingin menangis saja apabila dia langsung tidak faham akan perkara yang dipelajarinya.

"Sya? Boleh buat tak?"

Sekonyongnya suara Puan Hasnah menerjah ke dalam sistem pendengarannya. Lekas mata dicelik semula. Posisi tubuh juga dibetulkan.

"Tak boleh. Tak faham. Sya tak suka chemist. Kenapa Sya kena ambil juga subjek ni?"

"Kimia ni sains. Dan sains ini hidup. Mestilah Sya kena ambil. Nak masuk uni nanti mudah. Sya boleh ambil apa-apa saja bidang yang Sya nak di universiti nanti."

Hirsya mengeluh dalam diam. Lelah hendak faham. Perah otak sudah berapa kali untuk perolehi tapi tetap gagal juga.

Ada guna lagi ke untuk dia berusaha? Kerana semangatnya sudah benar-benar putus saat ini. Bagaikan tiada apa lagi yang boleh diusahakannya.

"Sya tak boleh buat, umi. Tak faham. Sya tak ada Kimia dengan Kimia."

"Umi bawa Sya join personal tuisyen, nak?"

Sudah semestinya Hirsya tetap tidak mahu. Tapi untuk menolaknya, tidak mungkin terjadi. Ada juga yang kena makan rotan dengan uminya nanti.

Siapa lagi kalau bukan dia orangnya?

"Tapi kan umi dah hantar Sya tuisyen Kimia di tempat lain setiap hari Khamis? Tak akan nak tuisyen lagi?" dalih Hirsya.

"Tak apa. Asalkan Sya boleh lulus Kimia. Tak dapat A atau B pun tak apa."

"Bila?"

Sungguh dia mahu menangis ketika ini. Tapi dia tidak boleh.

"Setiap hari Sabtu. 2 jam aje."

Hirsya mula melihat jadual belajarnya di depan mata. Penuh.

Hari isnin, ada kelas tambahan dari 2.30 sampai 3.30 petang. Hari selasa, ada tuisyen matematik dan matematik tambahan dari jam 7.50 hingga 10.30 malam.

Kemudian, hari khamis ada tuisyen fizik, kimia dan biologi dari jam 5.45 petang hingga 10.30 malam. Akhir sekali, petang jumaat pula ada kelas tambahan dari jam 2.30 petang hingga 4 petang. Semuanya setiap minggu.

Hanya hari rabu dan hujung minggu saja dia ada sedikit masa terluang.

"Penatnya belajar. Tapi nak berjaya," bisiknya perlahan.

"Boleh ya, Sya? Tahan sekejap aje. Lagi berapa bulan aje lepastu awak bebaslah nak buat apa pun lepas SPM."

"Sya penatlah, umi," suaranya sudah berubah parau.



KAKI galahnya melangkah penuh sopan dan beradab ke dalam kedai makan tersebut. Hari ini dia bakal bertemu dengan abang kepada wanita yang dikatakan Haydan tempoh hari.

Faqihah Imani.

Tapi sebelum itu, dia perlu bertemu dulu dengan abang wanita itu iaitu Faliq Ilham yang tua tiga tahun daripadanya dan sudah berumah tangga.

Sampai saja di depan mereka, Asyraaf melabuhkan duduk di hadapan Faliq.

Ulas bibir Asyraaf melorek senyum tipis buat Faliq.

"Maaf kalau saya buat awak tertunggu."

Haruslah gaya bahasa yang formal dan beradab digunakan memandangkan mereka hanya orang asing buat masa ini. Di awal pertemuan.

Faliq hanya menggeleng.

"Tak apa. Tak lama pun. Jadi, awak ni Asyraaf Hafeez? Yang Haydan beritahu pada saya untuk kenenkan dengan Faqihah?" Terus lelaki itu membuka bicara.

Dia tahu mengenai Asyraaf yang berniat mahu berkenalan dengan adik keduanya itu pun daripada Haydan iaitu rakan baiknya.

Haydan ialah orang yang mengatur semuanya bahawa dia mahu perkenalkan Faqihah kepada Asyraaf memandangkan lelaki itu memang sedang mencari calon.

Jual mahal, tapi nak berbini bukan main!

Asyraaf mengangguk sekali.

"Ya, saya."

Faliq menyulamkan jari jemarinya sesama sendiri lalu meletakkannya ke atas meja.

"Baiklah. Saya sebenarnya lebih suka jika awak berkenalan dengan Faqihah melalui taaruf tapi sebabkan saya pun kurang fasih hal begitu, kita terus beralih kepada ikatan pertunangan dulu? Cuba suai kenal sesama sendiri dan kalau rasa tak boleh teruskan, saya izinkan awak atau Faqihah putuskannya. Boleh?"

Bicara Faliq yang terlalu berseloroh dan mudah membuat keputusan itu jadikan Asyraaf agak terkejut.

Tidak akanlah semudah itu saja?

Terus bertunang tanpa bertemu secara bersemuka terlebih dahulu? Bercakap pun tidak pernah. Lain daripada yang lain betul abang Faqihah ini.

"Tak apa ke? Saya rasa, macam cepat sangat walau hanya tunang dulu. Sebab tunang ini dah dikira saya mengikat Faqihah. Saya bimbang nanti dia tak suka saya pula." Cuba menyusun ayat yang lebih mudah difahami.

"Tak apa. Tak perlu risau tentang itu. Dari mulakan melalui yang haram, lebih baik kita mulakan melalui yang digalakkan. Lagipun, tengok pada diri awak ni, saya yakin Faqihah akan terima."

Asyraaf hilang aksara tatkala Faliq sudah terang-terangan menolak kata-katanya melalui lisan.

Hati lelakinya juga kuat mengatakan bahawa Faqihah adalah wanita yang baik dan sesuai buatnya walau mereka masih belum bertemu apatah lagi berkenalan.

Tapi ikutkan seperti yang dikatakan oleh Faliq tadi, tidak salah rasanya jika dia cuba berkenalan dengan wanita itu dulu.

"Bagi saya bincang dengan keluarga saya dulu. Then, we can proceed," utus Asyraaf.

Kepala Faliq jatuh sekali.

"Boleh. Tak ada masalah. Apa-apa nanti, terus beritahu saya. Ni, nombor saya." Sekeping kad berwarna putih dihulurkan kepada Asyraaf dan disambut lelaki itu.

Oh, agal kuno betul beri nombor melalui kad ini. Kerana kebiasaannya di zaman kini, manusia sering gemar memberinya secara mudah iaitu hanya dimasukkan ke dalam senarai kenalan terus.

Tapi lainlah bagi seorang Faliq yang lain di zaman lama itu. Memang itulah kebiasaannya jika dia perlu berikan nombor telefonnya kepada seseorang.

"Okay."

"Saya balik dulu?"

"Uh, okay."

Batang tubuh Faliq perlahan hilang dari ruas matanya. Kad ditangan dikerling sekilas. Dia perlu pulang ke ibu pejabat semula seperti biasa.

Tapi saat ini, dia masih berfikir sama ada patutkah dia menyatakan hasratnya untuk bertunang dengan seseorang kepada ahli keluarganya?

Fikirannya buntu tapi rasanya, masa sekarang inilah sesuai untuknya mencari calon isteri.

Umur pun sudah mahu menginjak angka 30. Sudah cukup matang untuk beristeri apatah lagi berkeluarga sendiri.

"Betul ke apa yang aku buat ni? Tunang dengan wanita yang aku tak pernah kenal?"

"Tapi mama pun dah tertunggu aku kahwin." Bagai terlayar semula kata sang ibu yang mahu dia beristeri di umur ini.

Tapi bagi seorang Asyraaf, umur bukan ada masalah dengan statusnya disaat ini yang masih bujang.

Mahu atau tidak, dia harus juga. Kalau hendak ditunggu berkurun lamanya, masalahnya sampai bila?

Takdir Kita | E-BOOK Where stories live. Discover now