Bab 5

6.5K 328 16
                                    

UNIFORM dilucutkan dari tubuh lalu disangkut ke pintu besi tersebut. Membiarkan tubuh kekarnya yang berpeluh itu terdedah kepada angin yang menampar lembut kulitnya.

Tidak dijangka operasi mereka berleretan dari tempoh yang dijangkakan gara-gara musuh kali ini yang sukar hendak ditumpaskan. Kadang manusia hanya mampu mengagak saja dan tidak mampu tahu seberapa lama tempoh masanya.

Tapi cukup sebulan dia menghilangkan diri daripada ahli keluarganya dan juga gadis yang sentiasa menghidupkan hari-harinya.

Hirsya Qaila.

Oleh kerana dia memerlukan rehat mental dan fizikal setelah bertempur di hutan. Beberapa kecederaan yang hinggap di kulitnya perlu dirawat dan diberikan rehat secukupnya. Disebabkan itulah dia kekal mendiamkan diri.

Khabar dari ahli keluarga sendiri pun, jarang kali Asyraaf berpeluang hendak perolehi.

"Acap."

Kepala ditolehkan ke arah insan yang memanggilnya.

Fath yang sedang menghulurkan telefon milik Asyraaf yang sedang berdering.

"Ada orang call," maklum Fath.

Segera Asyraaf menyambut huluran tersebut lalu dijawabnya panggilan tersebut. Fath juga terus beransur pergi untuk memberi ruang privasi buat rakan setugasnya itu.

"Assalamualaikum, Raaf," sapa suara lembut milik Hirsya.

"Waalaikumsalam."

"Raaf pergi mana? Lama Sya tunggu–"

"Sya, saya penat lah. Saya nak berehat. Call lain kali lah, ya," pintas Asyraaf. Malas sebenarnya mahu berborak dengan gadis itu.

Namun di sudut lain pula, begitu tersentak sekeping hati Hirsya tatkala bicaranya dicantas begitu oleh lelaki yang dia rindui. Seperti kaca terhempas ke batu.

"Tapi, Sya ada perkara nak tanya. Raaf ingat tak yang Sya pernah kata Sya ada nak tanya Raaf soalan tu?"

"Hm. Tanya apa?" Dingin.

Hirsya mengigit bibir bawahnya.

Hatinya tertanya, mengapa Asyraaf sebegini dingin dengannya?

Sedangkan selalunya, tidak begini. Asyraaf akan sentiasa melayannya dengan penuh kelembutan biarpun lelaki itu tiada sebarang perasaan istimewa terhadapnya.

"Urm.. Kita jumpa, boleh? Senang Sya nak tanya dan dapatkan penjelasannya," pinta Hirsya.

Asyraaf menghembus perlahan nafasnya. Dia memang tidak mahu keluar dan bertemu dengan sesiapa pun buat masa ini. Melainkan ahli keluarganya.

"Saya busy, Sya," tolaknya tidak bernada.

"Ouh."

"Sya nak tanya apa? Tanya ajelah di dm saya. Kan ada. Nanti free, saya reply."

Tubuhnya dibaringkan ke atas tilam empuk itu. Sebelah lengan diangkat lalu dibawa menindih dahinya.

"Tapi Sya nak jumpa," bentak Hirsya.

"Kenapa nak jumpa saya sangat ni? Hm? Tak boleh ke kalau tak jumpa? Saya ada banyak kerja nak kena buat, Sya. Awak tu tak apalah masih study lagi. Semuanya parents awak yang tanggung. Saya ni dah kerja. Semuanya saya kena tanggung sendiri," ujar Asyraaf panjang lebar.

Masih cuba untuk berlembut dengan insan yang bergelar wanita itu. Tidak kira selelah apa pun dia, tidak akan pernah sekali dia kasari kaum tersebut.

"Kenapa kena kerja?" soal Hirya tanpa sebab.

Takdir Kita | E-BOOK Where stories live. Discover now