Bab 7

5.9K 277 80
                                    

DISEBABKAN jarang dapat cuti, hari ini Asyraaf membuat keputusan untuk pulang ke rumah keluarga buat seketika. Ada perihal yang mahu dibincangkan terutamanya berkenaan dia yang mahu bertunang dengan seorang gadis.

Kenderaan Range Rover putih miliknya membelah jalan raya hingga tiba ke destinasinya. Sebaik tiba di rumah orang tuanya, dia melabuhkan duduk di sofa. Ada bapanya, Encik Hilwan di situ.

"Cuti hari ni?" soal Encik Hilwan yang sedang membelek surat khabar di tangan itu.

"Haah." Asyraaf meregangkan otot tubuhnya.

"Ada apa-apa ke? Biasanya, kalau balik ni mesti ada apa-apa," sampuk Puan Kamsah yang hadir dari dapur lalu melabuhkan duduk di sebelah anak terunanya itu.

"Raaf nak tunang."

Sekilap itu, fokus Encik Hilwan terus dialihkan sepenuhnya kepada anaknya itu.

"Bila masa Raaf bercinta? Tak beritahu ibu pun?"

Asyraaf memandang ibunya dengan senyuman tipis terlakar di wajah tampannya.

"Raaf tak pernah bercinta dengan dia. Tapi Raaf nak cuba berkenalan dengan dia melalui ikatan pertunangan. Nanti dah selesa dan sehaluan, boleh terus kahwin. Mudah."

"Kenapa tiba-tiba aje?" soal Encik Hilwan pula.

Tangan kekar Asyraaf naik bersilang di dada bidangnya sendiri. Nafasnya dihela perlahan.

"Ibu kan nak Raaf kahwin tapi Raaf masih tak ada calon. Jadi, mungkin perempuan itu sesuai dengan Raaf. Lagipun, kalau dilihat, dia memenuhi citarasa Raaf. Umur Raaf pun bukan muda lagi. Dah nak masuk 30. "

Puan Kasmah mengangguk beberapa kali. Menyetujui akan bicara anaknya itu. Memang dia sudah lama teringin mahu melihat Asyraaf yang sebeku ais kutub itu berdamping dengan seorang wanita.

"Baguslah. Bila nak bawa dia kenal dengan ayah dan ibu?"

Terjongket sepasang kening tebal milik Asyraaf. Dia memandang kedua orang tuanya itu dengan riak wajah tidak percaya.

"Jadi, ibu dan ayah approve lah ni Raaf nak tunang?"

Puan Kamsah dan Encik Hilwan mengangguk serentak.

Asyraaf menolak isi pipinya dari dalam dan cuba mengawal riak wajahnya yang agak teruja itu.

"Nanti Raaf cakap dengan dia. Kalau dia setuju, InshaaAllah Raaf cuti nanti, Raaf bawa dia ke sini."

"Berapa umur dia?"

"25 tahun."

"Apa nama dia?"

"Faqihah."

Puan Kamsah mengangguk beberapa kali. "Ada gambar dia?"

"Ada dengan kawan. Haydan yang cadangkan Raaf cuba kenal-kenal dengan Faqihah."

"Mintalah pada Haydan. Ibu nak tengok gambar Faqihah," pinta Puan Kamsah.

Kepala Asyraaf jatuh sekali. "Boleh. Nanti Raaf minta pada Haydan."

"Pakai purdah ke orangnya?"

"Tak. Sekadar bertudung labuh aje. "

"Dah okay dah tu."








DETAK jantungnya mula berirama tatkala figura seorang wanita yang manis bertudung labuh merah jambu menyapa ruas matanya. Halkumnya tenggelam timbul.

Pertama kali dalam sejarah seorang Asyraaf Hafeez bersua mata dengan wanita untuk dijadikan pasangan hidup.

Tuhan, dia kelu. Dia kaku. Kotak suaranya seperti tidak mahu berfungsi.

Takdir Kita | E-BOOK Where stories live. Discover now