The King Romance: 9

9.4K 503 124
                                    


Raja Haziq memandang Raja Adriel yang sedang bersandar pada meja kerja. Dia datang ke rumah sepupunya hari ini seperti yang dipinta oleh Raja Adriel.

"Ni semua maklumat yang kau dapat ke?" Tanya Raja Adriel.

"Yup. So far itulah yang aku dapat. Aku dah confirm memang itu orangnya." Jawab Raja Haziq.

Raja Adriel mengangguk kecil. Dia berpuas hati dengan segala maklumat yang diterima.

"Oh ya... nah... ni telefon Alara." Raja Haziq menyerahkan Iphone 14 Pro pada Raja Adriel.

Raja Adriel menyambut. Sebenarnya, telefon Alara tidaklah rosak. Dia memberikan kepada Raja Haziq untuk trace and track apa-apa maklumat dari device ini.

"Ni berapa lama Alara stay rumah kau?" Tanya Raja Haziq.

"Not sure. Depends on the situation..." Balas Raja Adriel. "Aku tak rasa dia boleh balik dalam masa yang cepat ni. It's quite dangerous for her."

Raja Haziq faham apa yang dimaksudkan oleh sepupunya. Susah jadi orang terkenal ni, soal keselamatan perlu diutamakan.

"Then, nanti apa pulak cakap family dia kalau tahu Alara tak balik rumah?"

"Aku dah arranged everything."

"Maksud kau?"

"Aku minta Fariha inform pada family dia yang she's on holiday."

"Holiday? Biar betul? Kau plan holiday ke mana?"

"Singapore."

"Jadi, sebab ni ke kau mintak nombor telefon Fariha?"

"Yeah, exactly..."

Raja Haziq terkedu. Tidak menyangka sepantas dan secepat ini tindakan Raja Adriel. Wah, bukan main lagi Raja Adriel ingin melindungi Alara ya?

"Kenapa kau buat semua ni? Kau bukannya kenal Alara pun kan?"

"Responsibility. I'll do it because of responsibility..."

"Ceyyy... dan-dan kau nak cakap pasal responsibility ya..." Perli Raja Haziq. "Sebelum ni takde pulak kau nak selamatkan perempuan sampai sanggup menipu..."

"Kau ni... Alara tu siapa? Selebriti kan? Takkan lah nak biar semua orang tahu pasal dia. Plus, she's not in good condition. Emosi dia pun tak berapa okay. Asyik memekik dan meracau setiap malam."

Bercahaya mata Raja Haziq mendengar tutur akhir Raja Adriel itu.

"Apa kau cakap? Setiap malam? Macam mana kau tahu? Kau... kau... kau tidur dengan dia ke?"

Raja Adriel terus memukul Raja Haziq dengan envelope di tangan.

"Otak tu jangan nak travel sangat." Marah Raja Adriel.

Raja Haziq menayangkan sengihan.

"Okaylah... aku nak keluar jumpa dengan Alara kejap."

Raja Haziq bangun dari duduk. Dia terserempak dengan Alara tadi di ruang tamu. Tapi tidak berpeluang untuk menegur memandangkan Raja Adriel mengheretnya masuk ke bilik pejabat.

Alara pula duduk di ruang tamu sambil membelek-belek majalah. Ish, semua majalah berkaitan perniagaan dan hartanah. Tiada satu pun majalah hiburan. Bosan betul rumah ini.

"Hi Alara..."

Alara menoleh pada seseorang yang duduk di sebelahnya. Dia mengesot sedikit kerana dia tidak mengenali lelaki itu.

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now