The King Romance: 13

8.9K 498 59
                                    


Alara santai menikmati buah mangga yang dipotong di piring

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alara santai menikmati buah mangga yang dipotong di piring. Dia baru sahaja selesai makan malam bersama ahli keluarga. Bukan main sedap lagi Alara menyuap buah mangga harum manis ke dalam mulut. Buah kegemaran dia.

Ashraf yang melihat adiknya makan itu cuba mengambil sedikit mangga dari piring. Tapi laju Alara menepis.

"Ish Angah ni... janganlah ambik yang adik punya. Pergilah potong sendiri." Rengus Alara.

"Eeeii kedekutnya. Angah nak sikit aje pun... cepatlah... bak sini." Ashraf merampas piring dari tangan Alara.

Alara merenung tajam apabila piring sudah bertukar tangan. Haih, spoil betul abangnya yang sorang ini. Tidak boleh lihat dia makan dengan tenang.

Ashraf makan tanpa menghiraukan jelingan adiknya. Alaaa, bukan selalu dapat usik Alara.

Datin Rosila yang melihat telatah anak-anaknya itu hanya menggeleng. Ada sahaja benda yang hendak direbutkan.

"Ni Lara... mummy nak tanya sikit..." Ujar Datin Rosila tiba-tiba.

Alara mengalihkan pandangan pada mummynya yang duduk di depan. Mereka santai lepak di island table.

"Tanya apa mummy?"

"Kenapa kamu dah lama tak keluar dengan Hariz? Mummy tengok sejak kamu balik dari shooting, kamu macam senyap aje. Kamu gaduh dengan dia ke?" Prihatin Datin Rosila bertanya.

Alara terkedu dengan pertanyaan itu. Dia masih belum memaklumkan tentang hubungannya dengan Hariz pada keluarga. Yelah, semua berlaku mendadak. Dia sendiri memerlukan masa untuk menerimanya.

"Lara... mummy tanya ni. Ada apa-apa jadi ke antara kamu dan dia?" Datin Rosila menyentuh lembut tangan anak perempuannya.

Alara sedar dari lamunan.

"Errr... sebenarnya... Lara dan Hariz dah putus..." Jawab Alara perlahan.

Ashraf yang sedang makan buah di sebelah itu tersedak. Laju dia meneguk minuman untuk menghilangkan rasa terkejut mendengar kenyataan yang keluar dari mulut adiknya.

"What?! Adik dan dia dah putus? What do you mean, adik?!" Tanya Ashraf kuat.

"Adik dah putus dengan dia. I'm no longer with him, Angah. Do you understand?" Alara mengulangi ayatnya.

"But why? Bukan ke hari tu korang elok-elok ke?"

"Something happened between us. He broke my trust and my feelings. So, I decided to get over with him." Beritahu Alara ringkas. Cukuplah sampai sini sahaja dia memaklumkan masalah hubungannya dengan Hariz pada keluarga. Dia tidak mahu membuka aib sesiapa lagi. Yang lepas biarlah lepas.

"Kurang ajar dia! Berani dia sakitkan hati adik. Memang nak kena ni..." Ashraf berura-ura hendak bangun.

Alara menahan Ashraf.

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now