The King Romance: 18

9.7K 536 67
                                    

Dua minggu bertunang, Alara dan Raja Adriel membawa haluan masing-masing. Mereka tidak lagi berjumpa. Tenang kehidupan yang dirasakan mereka berdua. Kalau tak, ada sahaja perkara yang hendak digaduhkan bila bertemu empat mata.

Alara santai di depan TV sambil menonton drama lakonan sendiri. Waktu inilah dia mahu menilai tahap lakonannya untuk memperbaiki mana yang kurang.

Mulut Alara pula tidak berhenti mengunyah salad di tangan. Pagi-pagi begini memang dia akan bersarapan dengan sayur hijau. Maklumlah, jaga badan katakan.

'Ding dong.'

Tiba-tiba kedengaran loceng di pintu utama. Alara mengerling seketika. Dia tidak berganjak kerana dia tahu orang gaji akan membukakan pintu itu.

'Ding dong.'

Loceng berbunyi lagi. Eh mana pula pergi orang gajinya ini? Ah, Alara lupa. Orang gajinya keluar sebentar untuk ke pasar.

Lambat-lambat Alara bangun juga. Punyalah dia membebel siapa yang datang menganggu. Dah lah hanya dia keseorangan di rumah. Semua ahli keluarganya sudah sibuk dengan jadual harian kecuali dia aje yang santai berehat.

Alara menarik pintu utama. Terkejut bukan kepalang dia melihat gerangan yang berdiri di depannya sekarang.

"Nak apa?" Tanya Alara dengan suara cuba dikawal.

Raja Adriel memandang Alara yang hanya mengenakan t-shirt ketat dan loose pant di tubuh. Amboi, bukan main lawa lagi body Alara ini ya?

"Nak apa kau tanya aku? Hoi... kau lupa ke apa kita kena buat hari ni?" Raja Adriel bertanya kembali.

"Buat? Buat apa? Kita ada kena buat pape ke?" Alara berkerut. Baru tadi dia ingin rasa bebas dari bertemu dengan Raja Adriel. Lah... elok pula lelaki itu di depannya sekarang.

Raja Adriel bagaikan tidak percaya dengan pertanyaan itu. Alara memang tidak tahu atau buat-buat tidak tahu ni?

"Yaaa... kau lupa ke kita kena pergi kursus kahwin?!" Keras Raja Adriel mengingatkan.

Alara diam sejenak. Kursus kahwin ya? Aduh, baru dia teringat tentang ini. Memang langsung dia tidak mengambil peduli tentang kursus kahwin yang diberitahu oleh Raja Adriel minggu lepas. Semuanya didaftarkan oleh lelaki itu sendiri. Dia tidak campur tangan.

"Errrr... hari ni ke?" Alara minta kepastian.

"Eh tak lah... lagi seribu tahun akan datang." Raja Adriel memerli.

Alara tersenyum kelat. Raja Adriel ni tak pernah nak jawab elok-elok. Garang setiap masa.

"Ohhh... hmmm dah tu you pergi ajelah. Buat apa datang sini?" Alara bertanya lagi.

"Aku datang sebab nak kena pergi dengan kau lah!" Raja Adriel bercekak pinggang. Geram pula dengan Alara ini.

"Oh yeke? Kena pergi sekali eh?" Alara blur.

"Yaaa... kursus kita sama waktu." Jelas Raja Adriel lagi.

"Aahhhh faham... pukul berapa kursus kita?" Tanya Alara lagi.

"Pukul 9 kejap lagi." Beritahu Raja Adriel.

Alara pantas menarik lengan Raja Adriel. Dia melihat jam di pergelangan tangan kiri lelaki itu. Jarum telah menunjukkan pukul 8:40 minit pagi.

"Errr... sempat ke kita nak pergi ni?" Alara berubah riak.

"Sempat kalau kau dah bersiap sekarang. Tapi kau elok lagi dengan tak mandi ni." Raja Adriel memandang Alara atas dan bawah.

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now