The King Romance: 19

10.1K 616 190
                                    


Raja Adriel keluar dari kereta sebaik kereta selamat diparkirkan di petak VVIP. Raja Haziq mengikut dari belakang. Mereka baru sahaja selesai melawat tapak projek.

"Eh Riel..." Raja Haziq bersuara dari belakang.

"Yes?" Sahut Raja Adriel.

"Kau ada dapat tak invitation untuk ke majlis perasmian malam nanti?" Tanya Raja Haziq.

Raja Adriel cuma diam. Hanya langkah di atur untuk masuk ke dalam bangunan syarikatnya.

"Kau tak nak pergi ke?" Raja Haziq menyambung soalan lagi.

"Hmmm..." Raja Adriel tidak berminat untuk meneruskan perbualan.

Raja Haziq yang faham dengan respon Raja Adriel itu cuba mencari ayat untuk memujuk. Raja Adriel memang tidak suka menghadiri majlis-majlis rasmi yang diadakan. Susah betul sepupunya itu hendak tunjuk muka.

"Pergilah weyyy. Waktu ni lah kau nak menyantuni rakyat. Lagipun... semua nak kenal jugak putera mahkota macam kau ni. Confirm semua gila bayang tengok kau ni. Haaaa, waktu ni lah kau nak buktikan kehandsomeman kau." Ucap Raja Haziq.

"Huh, takde maknanya. Aku malas nak pergi. Kalau kau dapat invitation tu, kau pergilah." Jawab Raja Adriel malas.

"Come on, bro. Aku dah bosan asyik pergi sorang. Apa salahnya kali ni kau teman aku?" Raja Haziq mencuba nasib. "Dah lah nanti kau dah kahwin... aku tak boleh nak kacau kau dah."

"Asal lak?" Raja Adriel berkerut.

"Yelaaa... nanti mesti kau nak berkepit aje dengan isteri kau yang cun tu." Balas Raja Haziq.

"Nonsense. Takde maknanya aku nak berkepit. Kahwin atau tak, jawapan aku tetap sama. Aku takkan pergi dan tak berminat untuk pergi. So, kau tak payah nak pujuk-pujuk aku."

Raja Haziq mengeluh. Kan dah cakap, Raja Adriel ini susah nak diajak ke tempat orang ramai. Seratus kali memujuk pun, jangan harap Raja Adriel ini bersetuju.

Raja Haziq hanya menurut langkah Raja Adriel untuk memasuki lif. Tiba-tiba Raja Haziq menghentikan langkah.

"Weh Riel... aku nak pergi toilet jap ah." Raja Haziq berkerut menahan sakit perut. "Kau tolong pegang jap."

Raja Haziq menghulurkan briefcase dan beberapa fail pada Raja Adriel dan terus berlari menuju ke tandas berdekatan.

Raja Adriel pula memandang Raja Haziq dengan pandangan geram. Macam-macam lah Raja Haziq ni. Dia menyandarkan badan pada dinding kaca untuk menunggu Raja Haziq.

Lima belas minit menunggu, Raja Haziq muncul semula. Mereka sama-sama masuk ke perut lif. Raja Adriel menoleh ke arah Raja Haziq yang seperti terkial-kial memegang di bahagian zip seluar.

"Kau dah kenapa?" Tanya Raja Adriel.

"Aku tak tahulah apa masalah zip seluar aku ni. Tiberrr stuck." Beritahu Raja Haziq.

Raja Haziq struggle cuba untuk menarik zip seluar itu. Raja Adriel menggeleng kepala. Ni sampai ke sudah, memang takkan dapat-dapat ni.

"Sini, biar aku tengok." Pinta Raja Adriel.

Raja Adriel menunduk sedikit untuk membantu Raja Haziq. Tangannya memegang zip yang tersekat. Punya fokus matanya memandang untuk mencari punca masalah.

"Aku rasa zip kau ni rosaklah. Tengok ni..." Raja Adriel menunjukkan pada Raja Haziq.

"Seriouslah... aku baru beli seluar ni. Mahal kot." Raja Haziq tidak puas hati.

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now