The King Romance: 47

10.5K 649 110
                                    




Raja Adriel memarkirkan sportcar di hadapan introport. Dilihat kereta rakan-rakannya juga sudah memenuhi perkarangan bangunan itu. Nampaknya, dia lah orang terakhir yang tiba.

"Ssuuppp, bro." Sapa Raja Adriel.

Raja Haziq, Captain Aaryan, Tengku Ervan, Hazwan dan Helmi bangun dan melakukan men handshake bersama Raja Adriel. Malah, orang-orang bawahan yang turut ada bersama juga menunduk hormat pada ketua mereka.

"Asal lambat bro? Meeting keluarga dekat rumah dulu ke?" Tengku Ervan mengusik.

"Atau meeting nak luaskan empayar kerabat lagi?" Captain Aaryan menambah.

Raja Adriel hanya diam. Dua orang ni kalau dah bergabung memang parah. Ditambah pula dengan lagi tiga orang yang tunggu masa aje hendak membahan.

"Dah... dah...tak payah nak kenakan aku sangat. Ingat tujuan aku panggil korang semua datang sini." Raja Adriel duduk di sofa.

"Haaa ada apa kau tiba-tiba buat meeting?" Captain Aaryan bertanya.

"Aku nak mintak tolong korang semua." Raja Adriel memandang wajah-wajah yang turut duduk di depannya. "Erv, isteri kau dulu pernah kena macam ni kan?"

"Yup, pernah. Kes isteri kau samalah dengan kes isteri aku. Kena fitnah di media." Jawab Tengku Ervan yang sudah tahu apa yang menimpa isteri sahabatnya. "Ada apa-apa yang aku boleh bantu ke, Riel?"

"Aku nak mintak tolong kau incharge untuk ajar para media yang berani nak calarkan nama baik isteri aku. Make sure dorang tak tulis atau sebarkan apa-apa lagi berkaitan isteri aku. Atau, aku sendiri yang akan ajar media nanti cukup-cukup. Dan tolong aturkan sesi sidang media dalam masa terdekat." Raja Adriel mengeluarkan arahan.

"Faham..." Tengku Ervan menerima arahan.

"Dan, kau Ryan... aku nak mintak tolong kau jadualkan satu penerbangan untuk bawak manusia yang berani cari nahas dengan aku untuk dicampak keluar dari negara ni." Padat maksud Raja Adriel menyampaikan rancangannya.

"Sure..." Captain Aaryan segera mengangguk.

Masing-masing diam apabila melihat muka tegang Raja Adriel. Semua bagaikan faham jika Raja Adriel sudah dihambat dengan rasa marah. Jangan ada yang berani nak melawak atau mengusik. Silap-silap mereka yang kena lucut kerakyatan kerana tidak peka dengan emosi anak raja ini.

"Kitorang pulak nak buat apa?" Tanya Raja Haziq sambil tangannya sibuk mengopek kuaci.

"Kau, Hazwan dan Helmi tengokkan perempuan tak guna tu. Jangan bagi dia terlepas. Kurung dia dulu sampai aku decide what kind of torture I wanna do to her."

Mereka bertiga berpandangan. Sekali titah sudah dikeluarkan oleh Raja Adriel, jangan mimpi mereka boleh menolak. Lambat-lambat mereka setuju. Alaa, kerja senang aje. Setakat pastikan Isyika berada dalam genggaman, semua settlelah nanti. Selebihnya, tahulah Raja Adriel apa yang ingin dilakukan.

Raja Adriel memetik jari sebagai isyarat untuk memanggil orang-orang bawahannya.

"Ya Tuan Ray?"

"Bawakkan aku kumpulan yang sudah di train. Jumpa aku dekat bilik MMA."

Raja Adriel terus bangun dari sofa dan menuju ke satu bilik khas. Yang lain-lain hanya menurut. Mereka ingin juga melihat sebab Raja Adriel mahu berjumpa dengan kumpulan-kumpulan yang direkrut di bawah Royal Colony ini.

Orang-orang bawahan terus membawa kumpulan-kumpulan yang masih dalam latihan untuk ke bilik yang diberitahu oleh Raja Adriel tadi. Dilihat Raja Adriel sudah menanggalkan t-shirt dan hanya mengenakan singlet di tubuh.

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now