The King Romance: 17

10.3K 539 96
                                    


Alara memandang wajahnya yang sudah siap disolek. Lain tampak wajahnya hari ini kerana solekan yang dikenakan adalah solekan khas untuk majlis pertunangannya. Makeup dipilih adalah jenis soft dewy pink nude.

Tanpa sedar, majlis hari ini bakal berlangsung juga. Alara menarik nafas panjang. Punyalah dia nak elak dari bertunang bersama Raja Adriel, tapi langsung tiada jalan pintas. Nak atau tak nak, dia tetap perlu melaluinya.

Pintu bilik tiba-tiba ditolak dari luar. Terpancul wajah Fariha.

"Lara... ni baju kau dah sampai..." Fariha membawa baju persalinan untuk dipakai Alara sekejap nanti.

" Fariha membawa baju persalinan untuk dipakai Alara sekejap nanti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alara memandang baju di tangan Fariha. Cantik! Baju tenunan songket dan sulaman warna hijau lumut dengan hiasan lace keemasan di bahagian depan. Baju ini disediakan oleh Raja Bariyah sendiri. Nasib mummynya tahu ukuran badannya. Jadi, semuanya diselesaikan oleh dua wanita itu. 

"Letaklah situ dulu..." Beritahu Alara. Dia tidak bersemangat lagi untuk menyarung baju berkenaan.

"Eh kau kena pakai terus. Kejap lagi kau nak buat rambut pulak. Dah cepat pakai, meh aku tolong kau." Fariha menarik tangan Alara untuk bangun dari kerusi.

Alara hanya menurut sahaja. Dia memang sudah memakai singlet di tubuhnya. Baju pertunangan itu terus di sarung dengan perlahan-lahan. Yela, takut rosak pula baju mahal ini.

"Perfect! Omg, Alara... kau nampak very classic." Puji Fariha sambil memandang Alara tidak lepas.

Alara menayangkan riak kosong. Dia tidak terkesan dengan pujian itu. Pujilah melambung sampai langit pun, jiwanya tidak merasa apa-apa.

"Okay... now aku panggil hair stylist untuk buat rambut kau pulak. Jap eh." Fariha terus keluar dari bilik.

Alara mengambil peluang untuk melihat dirinya pada cermin. Tubuhnya digerak-gerak ke kiri dan kanan. Betul, dia memang telihat seperti wanita melayu terakhir. Ayu betul dia hari ini.

Tidak sampai beberapa minit. Dua orang hair stylist yang diarahkan untuk mendandan rambutnya muncul di bilik. Rambut Alara yang panjang itu disanggul dengan gaya jenis sanggul twisted. Malah, cucuk sanggul tradisional dicucuk pada rambut Alara untuk menambahkan lagi seri bakal pengantin.

Setengah jam bersiap, Alara tampil lengkap dari atas hingga ke bawah. Kakinya turut menyarung heels dua inci setengah warna senada dengan baju. Selendang sulam dilekatkan pada bahu. Wah, memang dah rasa seperti puteri raja zaman dahulu kala.

"Ya Allah, cantiknya adik ipar Kak Long ni..." Adawiyah, isteri kepada Amsyar masuk menjengah ke bilik. "Kak Long ingatkan puteri manalah tadi..."

Adawiyah memegang bahu Alara. Dia terpukau melihat penampilan Alara. Yela, tidak pernah dia melihat Alara memakai persalinan begini. Selalu Alara dihiasi baju-baju mewah dan modern.

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now